Sabtu, 30 April 2011

Istiqamah PAS bersama Pakatan Rakyat

Oleh Abu Firdaus

Menjelang pilihan raya umum ini, PAS menghadapi tekanan kuat daripada Umno supaya meninggalkan Pakatan Rakyat.

Ada tiga hujah yang sentiasa dipasakkan oleh Umno kepada PAS sejak pilihan raya umum lalu. Pertama,Anwar Ibrahim itu tidak bermoral dan Keadilan itu mempunyai agenda anti-Islam. Kedua, DAP menggunakan PAS. Ketiga, PAS mesti bersatu dengan Umno demi kepentingan Melayu dan Islam.



Tetapi bukan saja hujah-hujah itu dicanangkan. Gerakan dilakukan supaya pendedahan dibuat untuk menunjukkan bahawa Anwar itu tidak bermoral dan Keadilan itu didokong Yahudi Amerika.

Sementara terhadap DAP pula didedahkan ia merupakan parti rasis Cina yang licik dengan beroperasi memperalatkan PAS.

Akhir sekali, terhadap PAS pula ditonjolkan betapa parti itu berpecah dua, yang satu menyokong Anwar, dan satu lagi menentang Anwar. Maka mereka akan memuji-muji pihak yang menentang Anwar, dan memburukkan golongan yang menyokong Anwar.

Matlamat politiknya mudah, apabila PAS keluar dari Pakatan Rakyat, lemahlah Keadilan dan DAP, danBarisan Nasional kembali cemerlang seperti keadaan pra 2008.

Untuk tujuan itu, Umno sanggup berunding dengan PAS dalam gagasan Kerajaan Perpaduan. Maknanya PAS dan BN tidak perlu berebut kawasan yang sama.

Di mana-mana kawasan yang PAS menerajui, maka BN tidak akan meletakkan calonnya. Sebaliknya PAS dminta menentang calon Keadilan atau DAP.

Dengan cara ini BN akan dapat terus memegang pemerintahan negara dan negeri-negeri. Malah mungkin PAS boleh terus menerajui negeri Kelantan dan Kedah dengan sokongan BN. Hatta di Perak pun, PAS boleh terus menjadi Menteri Besar.

Strategi memecah-belahkan PAS ini juga akan digunaka terhadap bukan saja Keadilan tetapi juga DAP. BN secara tidak langsung akan memberi dokongan moral kepada mana-mana kumpulan Keadilan yang sanggup menentang Anwar.

Maka dalam hal ini, apa yang disebut sebagai Kuasa Ketiga iaitu golongan bekas Keadilan yang menubuhkan kumpulan masing-masing akan diperkuatkan.

Bagi Kuasa Ketiga ini termasuklah Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) pimpinan Raja Petra Kamaruddin, KITA pimpinan Zaid Ibrahim, Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) pimpinan Nallakarupan.

Usaha terus dilakukan untuk melemahkan Keadilan. Namun begitu, setakat ini usaha untuk melunyaikan DAP tidak nampak kesannya.

Dalam hal ini, lihatlah bagaimana BN ditubuhkan antara lain adalah untuk mengukuhkan Perikatan dan sekaligus melemahkan pembangkang.

Tetapi lihatlah apa yang berlaku sekarang. PAS dipinggirkan apabila Perikatan kembali kuat. Akhirnya kini Gerakan dan Parti Progresif Rakyat (PPP) berjaya dilemahkan.

Yang kuat sekarang ialah DAP dan ia merupakan parti utama yang menolak untuk menyertai BN pada tahun 1970.

Sementara Parti Rakyat Malaya (PRM) juga kuat sebagai sebuah parti yang bergabung dalam Keadilan.

Soalannya sekarang, adakah benar DAP memperalatkan PAS sejak tahun 2008? Perlu diingat PAS menang di satu negeri iaitu Kedah dan DAP menguasai satu negeri juga iaitu Pulau Pinang. Kemenangan itu adalah kerjasama semua komponen Pakatan Rakyat.

Bukan itu saja, Selangor dipimpin oleh Keadilan dan paling unik ialah Perak. Ia hakikatnya adalah pimpinan DAP. Tetapi ia tumbang pun kerana ADUN DAP.

Semua ini menunjukkan semua parti dalam Pakatan Rakyat saling bantu-membantu. Tidak boleh disebut bahawa DAP menguasai PAS. Platform Pakatan adalah jelas iaitu urus tadbir kerajaan yang baik.

Mengenai Anwar, ia hanyalah seorang tokoh yang diperlukan oleh Pakatan. Tetapi kalau ditakdirkan beliau terpaksa berundur, maka Pakatan akan tetap diteruskan supaya negara tidak akan kembali kepada keadaan pra 2008 yang berfungsi atas hegemoni Umno.

Mat Sabu: , PAS tetap bersama Pakatan

Oleh Syed Mu’az Syed Putra


KUALA LUMPUR,— Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu berkata parti Islam itu akan terus kekal bersama Pakatan Rakyat jika pun rakaman video seks yang melibatkan pemimpin kanan parti perikatan itu terbukti Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menyifatkan ia sebagai pandangan peribadi, Mohamad berkata sekiranya rakaman video itu Anwar, PKR perlu membuat keputusan berhubung pendirian parti itu dan kedudukan Ketua Umum PKR itu

“Ini masalah parti, apa kena dengan Pakatan Rakyat pula? PAS akan kekal bersama Pakatan Rakyat, ini pandangan peribadi saya tapi keputusan itu hanya akan kita buat lepas siasatan polis selesai.

“Ini melibatkan individu, bukan Pakatan Rakyat. Kalau betul, parti yang terlibat perlu buat keputusan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Bagaimanapun tegas bekas naib presiden PAS itu, pendirian rasmi parti itu berhubung rakaman video seks yang didedahkan “Datuk T” pada 21 Mac lalu hanya akan diputuskan selepas siasatan kes itu selesai.

Tambah Mohamad, Anwar tidak boleh dibuktikan bersalah dalam kes itu kerana rakaman video seks tidak boleh dijadikan bahan bukti di mahkamah.

“Kita tunggu siasatan polis selesai dulu, selepas itu baru kita akan berbincang. Lagipun Anwar tidak boleh dibuktikan bersalah kerana dalam Islam kita perlu empat saksi.

“Saya tidak mahu ulas mengenai perkara ini. Apa yang berlaku sekarang adalah spekulasi dan kita tak mahu percaya kepada spekulasi.

“Kita tunggu siasatan keseluruhan, hasil siasatan yang dilakukan pihak berwibawa yang kita boleh terima,” katanya.

Tambah beliau, pendirian PAS dalam isu itu akan dibincangkan dalam Majlis Syura.

“Bukan saya yang buat keputusan, tentang ini ia akan dibincangkan dalam Majlis Syura... kena dapatkan pendangan mereka,” katanya.

“Datuk T”, terdiri daripada ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim telah menggemparkan negara apabila bertindak mempertontokan rakaman video seks itu kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara, 21 Mac lalu.

Sehari selepas pendedahan itu, Anwar telah membuat laporan polis dan menafikan beliau adalah lelaki dalam rakaman video seks itu.

Palam sidang media itu juga, Mohamad turut menyentuh kes kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed yang ditemui meninggal dunia di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Wilayah Persekutuan pada 6 April lalu.

Kata bekas ahli Parlimen Kuala Kedah itu, keluarga Ahmad Sarbaini perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap SPRM ekoran kematian bapa lima anak itu yang disifatkan beliau tidak mendapat keadilan.

“Setelah saya menemui keluarga Allahyarham, kami daripada PAS berharap agar keluarga ini mengambil tindakan mahkamah di atas kematian seorang pegawai yang meti dalam siasatan SPRM dan tidak tahu penyebab.

“Kita berpegang Allahyarham tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah, kita memandang serius siasatan yang dilakukan SPRM ini,” katanya.

Mohamad juga menasihatkan SPRM supaya lebih profesional menjalankan siasatan dan belajar daripada negara-negara yang berjaya mengurangkan kadar rasuah.

“SPRM perlu profesional, belajar dari negara-negara yang berjaya kurangkan rasuah, saya harap keluarga Allahyarham lebih aktif dan bukan semata-mata serah kepada takdir.

“Keluarga Allahyarham perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap SPRM dan kita serah kepada peguam keluarga itu untuk menentukannya,” katanya.

Ahmad Sarbaini merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B kendalian SPRM dan beberapa agensi kerajaan yang lain.

sumber : Detikdaily

Najib Pelwa PAS Sertai BN

KUALA TERENGGANU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempelawa PAS untuk menyertai Barisan Nasional (BN) dalam usaha memperjuangan agenda bangsa, agama dan negara.
Perdana Menteri berkata sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.
"Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?
"Hadi (Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 15,000 orang pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia, dekat sini.
Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Perdana Menteri berkata masa depan Malaysia sebenarnya lebih terjamin menerusi kepimpinan kerajaan BN dan Umno.
"Umno lahir di istana dan bukannya lahir di jalanan seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR)".
Najib berkata rakyat telah bijak untuk menilai kepimpinan yang benar-benar dapat memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.
Beliau turut mengulas mengenai kemelut yang sedang berlaku membabitkan kepimpinan parti PKR.
"Semasa di Sarawak (pilihan raya negeri) baru-baru ini, penduduk rumah panjang pun bertanyakan jam Omega (milik Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim).
"Dan semalam kenapa nak halang orang nak bersumpah?," kata Najib yang merujuk kepada suasana tegang apabila hasrat Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat berkenaan pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan Anwar, cuba disabotaj oleh penyokong ketua pembangkang itu.
Eskay ialah seorang daripada tiga individu yang menggelarkan diri sebagai Datuk "T" atau trio, yang terlibat mendedahkan video aksi seks yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang.Najib berkata sudah tibanya rakyat menilai kepimpinan yang benar-benar layak untuk menerajui negara ini.
"Masa depan Malaysia ini adalah lebih terjamin dengan BN," katanya. BERNAMA

Khamis, 28 April 2011

KAEDAH HUKUMAN SEBAT IKUT SYARAK

dn_21_1

SEBAT adalah satu bentuk hukuman dalam perundangan Islam yang bertujuan memberi pengajaran kepada penerima hukuman dan orang yang melihatnya. Hukuman sebat juga berupaya menghindar dan membersihkan masyarakat daripada perbuatan dan tabiat keji dan hina.
Merujuk kepada rencana bertajuk "Kaedah hukuman sebat di Mahkamah Syariah" oleh Datuk Muhammad Asri Abdullah di dalam Jurnal Hukum JLD. XXII BHG. 1 ( 1427 H) September 2006), pelaksanaan hukuman sebat di Malaysia diperuntukkan dalam semua enakmen undang-undang tatacara jenayah syariah bagi kebanyakan negeri.
Peruntukan-peruntukan tersebut antaranya ialah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Johor) 2003, Seksyen 125; Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003, Seksyen 125; Enakmen Acara Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1996, Seksyen 125 dan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 2003, Seksyen 125.
Selain itu, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Kelantan) 2002, Seksyen 125; Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Melaka) 2002, Seksyen 125; Enakmen Tatacara Jenayah (Negeri Pahang) 2002, Seksyen 125 dan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Perak) 2004, Seksyen 125.
Di bawah Seksyen 125 dan 126 Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 560), diperuntukkan kaedah dan masa pelaksanaan hukuman sebat seperti berikut:

Ahad, 24 April 2011

ISLAM DAN KONSEP-KONSEP ASAS Islam Sebagai Cara Hidup

(Pengertian Islam,Iman dan Ihsan)

PENGERTIAN AGAMA

Perkataan ‘Agama’ berasal drpd bahasa pali atau mungkin juga drpd bhs sanskrit. Kata dasarnya ialah “gaacc”, bermakna pergi, manuju, atau datang dan kehidupan manusia. Dalam bhs Arab, perkataan agama diterjemahkan kpd “Ad-din” iaitu satu cara hidup yg ditentukan oleh Allah Dalam kamus dewan : iaitu sebagai kepercayaan kpd Tuhan dan sifatsifat serta kekuasaan Tuahn dan penerimaan aajaran dan perintahNya Agama juga diertikan sbg kepercayaan kpd sesuatu dewa dan lainlain. Endang Saifuddin Anshari mendefinisikan agama sbg sistem keimanan atau keyakinan aatas sesuatu Yang Mutlajk diluar manusia dan satu sistem peribadatan manusia kpd yg dianggapnya yang Mutlak itu serta sistem norma yg mengatur hubungan antara manusia sesama manusia dan hubungan antara manusia dengan alam lain

PENGERTIAN ISLAM

Dari sudut bhs, islam berasal drpd perkataan arab, iaitu salima yg bermaksud selamat dan sentosa atau kedamaian, ia juga bermaksud menyerah diri, tunduk, patuh dan taat. Mengikut istilah atau syara’ ialah patuh dan menyerah diri kpd Allah dengan penuh kesedaran dan kerelaan tanpa paksaan. Islam juga distilahkan peraturan hidup yang mengatur hidup dan kehidupan manusia Definisi Islam juga dpt difahami ketika jibril dtg bertanya Rasulullah tentang Islam: “Ceritakan padaku (wahai muhammad) tentang islam” Rasulullah menjawab “Engkau mengaku bhw tiada Tuhan melainkan Allah Muhammmad ialah hamba dan pesuruh-Nya, mendirikan solat, mengeluarjkan zakat, puasa bulan ramadhan dan menunaikan haji ke baitullah jika engkau mampu”

PENGERTIAN ISLAM

Dari sudut bhs, islam berasal drpd perkataan arab, iaitu salima yg bermaksud selamat dan sentosa atau kedamaian, ia juga bermaksud menyerah diri, tunduk, patuh dan taat. Mengikut istilah atau syara’ ialah patuh dan menyerah diri kpd Allah dengan penuh kesedaran dan kerelaan tanpa paksaan. Islam juga distilahkan peraturan hidup yang mengatur hidup dan kehidupan manusia Definisi Islam juga dpt difahami ketika jibril dtg bertanya Rasulullah tentang Islam: “Ceritakan padaku (wahai muhammad) tentang islam” Rasulullah menjawab “Engkau mengaku bhw tiada Tuhan melainkan Allah Muhammmad ialah hamba dan pesuruh-Nya, mendirikan solat, mengeluarjkan zakat, puasa bulan ramadhan dan menunaikan haji ke baitullah jika engkau mampu”

ISLAM

AKIDAH SYARIAH AKHLAK
Khaliq Rukun Iman Ibadah Muamalah Makhluk Khusus Umum Khusus Umum

PENGERTIAN ISLAM

Mentauhidkan Allah, Tunduk dan Patuh KepadaNya serta menunaikan semua ajaran yang dibawa oleh nabi Muhammad S.A.W.
RUKUN ISLAM
Mengucap dua kalimah syahadah. Sembahyang lima waktu sehari semalam. Berpuasa sebulan bulan Ramadhan. Mengeluarkan zakat. Menunaikan fardhu haji bagi yang berkemampuan.

PENGERTIAN IMAN
Membenarkan Dengan Hati Dan Berikrar Dengan Lisan Serta Beramal Dengan Ajaran-Ajaran Yang Dibawa Oleh Nabi Muhammad S.A.W.

RUKUN IMAN
Percaya Kepada Allah. Percaya Kepada Malaikat. Percaya Kepada KitabKitab. Percaya Kepada RasulRasul. Percaya Kepada Hari Akhirat. Percaya Kepada Qada’ Dan

PENGERTIAN IHSAN
Melakukan ibadah dengan khusyuk, ikhlas dan yakin bahawa Allah sentiasa mengawasi apa yang dilakukannya.

CIRI-CIRI KELEBIHAN IHSAN
Mentaati perintah dan larangan Allah S.W.T. dengan ikhlas. Sentiasa amanah, jujur dan menepati janji. Berasa nikmat dan seronok dengan ibadah. Mewujudkan keharmonian masyarakat. Mendapat ganjaran pahala daripada Allah S.W.T.

PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM
Manusia diciptakan untuk beribadah kepada Allah. Manusia adalah Khalifah Allah. Menjadikan Islam sebagai cara hidup :- Iltizam dan patuh hukum Allah - Hubungan baik sesama manusia - Bersikap sederhana - Menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran - Bersyukur dan bertawakkal.

CARA PENGHAYATAN ISLAM, IMAN DAN IHSAN DALAM KEHIDUPAN
Menyembah dan beribadah kepada Allah. Memelihara kesucian aqidah tidak terbatal. Mengerjakan ibadah fardhu ain dan sunat. Hubungan baik dengan keluarga, jiran dan masyarakat. Melakukan perkara-perkara yang baik. Amalkan sifat-sifat mahmudah. Bersyukur atas nikmat Allah S.W.T.

TIGA PUNCA KEROSAKAN IMAN DAN ISLAM
HATI
LIDAH
PERBUATAN:
Kepercayaan / keyakinan / niat dalam hati bercanggah dengan ajaran Islam. Perkataan / ulasan bahawa hukum Islam itu sudah ketinggalan zaman/tidak sesuai. Tingkah laku bercanggah dengan Islam seperti menyembah selain Allah S.W.T.

PERKARA YANG MEMBATALKAN AQIDAH
Mensyirikkan / Menyembah Selain Dari Allah. Mengingkari Dan Mempersendakan Hukum Allah S.W.T. Mempercayai Selain Dari Allah Yang Boleh Memberi Kesan. Menolak Al-Quran Dan As-Sunnah. Mengingkari Kerasulan Nabi Muhammad S.A.W.

KESAN TERBATALNYA AQIDAH
Terbatal ikatan perkahwinan (suami isteri) Menghilangkan hak mempusakai. Menghilangkan hak perwalian. Tidak boleh dikebumikan di perkuburan orang Islam. Menghilangkan hak keistimewaan orang Islam.

KONSEP ASAS

1. Konsep merupakan suatu gambaran untuk kita mengenali sesuatu objek untuk kita memahami sesuatu perkara, begitu juga dengan agama islam untuk kita memahami agama Islam perlulah kita memahami konsep sebenar dalam agama islam, berulah kita dapat memahami agama islam dengan betul Menurut Yusof al-Qaradawi belia telah membahagikan konsep asas dalam agama terbahagi kepada 3 bahagian : Hubungan manusia dengan pencipta Hubungan manusia dengan manusia Hubungan manusia dengan alam Pandangan dari Dr. Afif Abdul fatah tabarah menyatakan konsep asas dalam Islam merangkumi tiga aspek : Akidah syariah Ahklaq

Di sini dapat disimpulkan bahawa konsep asas dalam islam ialah : 1. Kayakinan menesakan Allah s.w.t. dengan cara yang telah ditentukan 2. Mengerjakan Amalan mulia dengan cara mengerjakan segala pekerjaan yang disuruh dan meninggalkan segala perkerjaan yang dilarang 3. ada 4. Menjalinkan Hubungan silaturrahim dalam segala aspek sama bermasyarakatan, bermuamalat dan sebagainya Membangunkan dunia dengan peraturan-peraturan yang telah ditunjukkan oleh Allah a.w.t.

HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALLAH
Hubungan manusia dengan Allah s.w.t. merangkumi kepada hal kepercayaan (aqidah) dan amalan kebaikan (ibadah) yang langsung berhubungan dengan Allah s.w.t.

APA ITU AQIDAH Pada bahasa : keyakinan, kepercayaan, pegangan, tetap. Aqidah ianya sama dengan tauhiddan juga ilmu kalam Menurut Istlah : Berdasar kitab aqidah ahli sunnah wal jamaah, karangan said ibrahim, iaitu : Ilmu yang menyelidik dan memeriksa pekerjaan seseorang berkaitan dengan ketuhanan, kerasulan dengan dalil-dalil yakiniah yang aqliah dan naqliah yang boleh menghilangkan semua keraguan di dalam hati seseorang manusia.

Menurut Abdul Simat Falimbany : Aqidah adalah suatu ilmu yang mendedahkan kebatilan, keraguan dan pendustaan seseorang terhadap orang-orang yang beriman kepada Allah s.w.t.,rasul-rasul, kitab-kitab allah, hari ahkirat qado dan qadar yang berasaskan dalil aqli dan naqli. Di sini dapat di buat kesimpulan bhw hal yang berkaitan dengan aqidah ialah perkara-perkara yang membicarakan tentang Beriman Kepada Allah, beriman kepada rasul, beriman kepada malaikat, beriman kepada kitab dan beriman kepada qado dan kadar

BERIMAN KEPADA KEESAAN ALLAH

ISLAM MENYERU MENTAUHIDKAN ALLAH Islam menolak adat orang-orang Arab yang menyembah selain daripada Allah. Ia mengakui tauhid yang mutlak, zat dan sifat Allah serta mengarah semata-mata kepada Allah di dalam beribadat, dalil surah al Baqarah, bermaksud “ Dan Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Esa. Tidak ada Tuhan Melainkan Dia, Yang Maha pemurah lagi Maha penyayang” Tauhid ialah kaedah pertama dalam Islam di mana hati orang-orang Islam wajib beriman dan lidahnya mesti mengatakan (Syahadah)

JIWA TAUHID DALAM ISLAM 1. Taihid mempunyai kuasa tertentu mengawal manusia 2. Tauhid dalam islam tidak mempunyai keraguan 3. Tauhid orang-orang mukmin mempunyai kebenaran 4. dari tau manusia dapat mengambil faedah yang besar

PEMBAHAGIAN BERIMAN KEPADA ALLAH Pertama : Tauhid Uluhiyyah Mengesakan Allah dalam beribadat Kedua :Tauhid Rububiyyah Meyakini bahawa Allah s.w.t. sahajalah yg mencipta dan mentadbir alam ini 4. BERIMAN KEPADA RASUL UTUSAN ALLAH 4.1. Utusan Resmi 4.2. Penutup Risalah 4.3. Bukti Nabi Muhammad Sebagai Nabi

AMAL SALEH Amal saleh adalah amal yang diredhoi oleh Allah s.w.t., ianya merangkumi dua elemen iaitu : 1. Perbuatan tersebut selari dengan syariat Islam 2. buatan tersebut bertujuan mencari keredhaan Allah dan mentaati Allah 6. PEMBAHAGIAN AMAL SALEH 1. sembahyang 2. puasa 4. zakat haji

Ahad, 10 April 2011

Anak muda Sarawak mula dekati PAS


KOTA SAMARAHAN, 9 April: Ceramah PAS di Kampung Jawa, Dun Muara Tuang yang pada mulanya agak lengang malam tadi kemudiannya bertukar meriah dengan kehadiran hampir 50 anak muda.

Kira-kira setengah jam ceramah berlangsung, mereka datang dan berdiri dalam gelap kemudiannya mengambil tempat di kerusi yang disediakan.
Untuk pilihanraya negeri Sarawak kali ini, Noraini  Hamzah, 49, (gambar) akan berhadapan dengan adik Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud (BN-PBB) yang juga merupakan penyandang kepada DUN ini.
Noraini hampir menang percuma di DUN ini semasa sesi penamaan calon tempoh hari apabila Ali gagal mengemukan penyataan kewangan pilihanrayanya bagi tahun 2006 sebelum tempoh penamaan tamat. Namun ia diselamatkan oleh SPR dan lain-lain pihak.

Pada 2006, Mohamad Ali menang dengan mendapat 7.863 undi menewaskan calon PKR, Abang Ibrahim Abang Othman (1,536 undi) and calon bebas, Jong Nyuk Chan (415 undi).

AJK PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memulakan ceramahnya dengan menekankan prinsip Pakatan Rakyat yang membela rakyat tanpa membela kaum.

Katanya, atas dasar itulah PAS bertanding di Sarawak dan menanamkan semangat kepada ahlinya untuk berusaha sehabis mungkin bagi merampas kerusi daripada BN.

"30 tahun saudara-saudari di bawah pemerintahan Taib Mahmud,nasib masih tidak berubah sebaliknya puak-puak mereka yang mengaut keuntungan.

"PAS datang untuk pastikan saudara-saudari tidak lagi berada di bawah kekuasaan BN," katanya.

Semalam Nizar bersama dengan pemimpin Pakatan Rakyat dari PKR dan DAP melancarkan bersama manifesto Pakatan Rakyat.
(Gambar: Nizar [paling kanan] melancarkan manifesto Pakatan Rakyat bersama pimpinan PKR dan DAP)
Sepuluh perkara yang terkandung di dalamnya ialah kebebasan kepercayaan, pentadbiran yang baik, reformasi tanah dan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputra, pembasmian kemiskinan, hubungan persekutuan negeri Sarawak yang lebih hijau, layanan adil kepada semua rakyat Sarawak, kebudayaan dan pendidikan, hak wanita dan melabur dalam masa depan.

Bagi reformasi tanah dan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputra,Pakatan Rakyat memberi jaminan untuk menubuhkan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumitputra bagi menyiasat semua tuntutan Tanah Hak Adat Bumiputra (NCR),dan selepas itu mengkaji selidik dan mengeluarkan geran atau pajakan bagi tanah yang dipersoal sejajar dengan adat kaum asli Sarawak.

Seorang lagi AJK PAS, Hanipa Maidin yang turut berceramah berkata, walaupun PAS masih baru di Sarawak, namun rakyat Sarawak sudah boleh menerima kehadiran PAS.

"Apa yang membezakan ceramah PAS dengan BN, saudara-saudari tak dapat dengar apa yang kami cakap dalam surat khabar atau televisyen.

"Walaupun PAS masih muda di sini, tapi setakat hari ini, dalam ceramah-ceramah kita menunjukkan orang Sarawak boleh menerima PAS," katanya.

Katanya, rakyat Sarawak tidak termakan dengan kata-kata Timbalan Perdana Menteri yang menuduh Pakatan Rakyat sebagai jembalang.

"Muhyiddin kata PAS jembalang akan masuk Sarawak.

"Kalau kami jembalang, dah tentu dia bapak jembalang," katanya.

Turut berucap malam tadi ialah bekas setiausaha politik Nizar, Ustaz Misbahul Munir dan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Salbiah Wahab.

Sementara itu, bagi suasana pilihan raya pula, belum menampakkan kemeriahan dengan 'perang poster' di kawasan ini baik di pihak PAS mahupun BN.

Di tepi-tepi jalan  tidak begitu kelihatan bendera dan poster calon-calon yang bertanding seperti yang biasa dilihat setiap kali pilihan raya.
sumber : Harakahdaily






Video - Manifesto Pakatan Rakyat praktikal

Sabtu, 9 April 2011

Solat hajat bersama Nik Aziz malam ini


KUALA LUMPUR, 9 April: Markaz Siswazah Kelantan (MSK) menjemput seluruh mahasiswa Kelantan di seluruh kampus di Lembah Klang menghadiri majlis solat hajat bersama Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Stadium Melawati, Shah Alam, malam ini.

Program yang akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam ini akan bermula dengan minum petang disusuli dengan solat Maghrib dan Isyak berjemaah dan berakhir dengan ucapan beberapa pimpinan Kelantan.

Selain Nik Aziz, pimpinan yang akan hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, Abdul Fattah Mahmood.

Maklumat lanjut dan pendaftaran awal, layari http://himpunanmahasiswakelantan2011.blogspot.com atau melalui SMS dengan menaip HAMKA
NAMA KAMPUS send ke Zul Amirul (013-3196286) atau Faradila (013-2001925).

sumber : Harakahdaily

Manifesto Pakatan Rakyat praktikal



KUCHING, 8 April: Manifesto Pakatan Rakyat Sarawak yang dilancarkan hari ini sangat praktikal untuk dilaksanakan dan merangkumi keperluan semua kaum di negeri ini, kata AJK PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Beliau berkata, manifesto yang dirangka oleh Pakatan Rakyat Sarawak dengan persetujuan Pakatan Rakyat Pusat itu dihasilkan setelah mengambil kira semua masalah dan isu-isu rakyat di Sarawak dan negeri-negeri Pakatan yang lain.

"Saya yakin manifesto Pakatan Rakyat untuk rakyat Sarawak merupakan manifesto yang paling praktikal dan boleh dilaksanakan dan menangani isu-isu di negeri Pakatan Rakyat sebelum ini.

"Jadi sudah tentu sepuluh perkara yang dinyatakan dalam manifesto ini amat bertepatan sekali dengan masalah rakyat negeri Sarawak," kata beliau ketika ditemui selepas pelancaran manifesto berkenaan di pusat media PKR, dekat sini hari ini.

Terdahulu, manifesto berkenaan dilancarkan oleh beberapa pimpinan utama Pakatan Rakyat negeri dan pusat antaranya Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, penasihat DAP, Lim Kit Siang, dan beberapa calon Pakatan Rakyat yang bertanding dalam pilihan raya negeri kali ini.

Sepuluh perkara yang terkandung di dalamnya ialah kebebasan kepercayaan, pentadbiran yang baik, reformasi tanah dan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputra, pembasmian kemiskinan, hubungan persekutuan negeri Sarawak yang lebih hijau, layanan adil kepada semua rakyat Sarawak, kebudayaan dan pendidikan, hak wanita dan melabur dalam masa depan.

Bagi reformasi tanah dan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputra,Pakatan Rakyat memberi jaminan untuk menubuhkan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumitputra bagi menyiasat semua tuntutan Tanah Hak Adat Bumiputra (NCR),dan selepas itu mengkaji selidik dan mengeluarkan geran atau pajakan bagi tanah yang dipersoal sejajar dengan adat kaum asli Sarawak.

Nizar yang juga Pengerusi Pakatan Rakyat Perak juga berkata, kandungan manifesto berkenaan mampu memberikan satu perubahan kepada Sarawak dan rakyatnya.

"Saya yakin 10 perkara ini akan memberi kejutan dan transformasi yang besar di Sarawak tanpa ada elemen-elemen huru-hara. Ini yang nak kita pamerkan bahawa perubahan ini merupakan perubahan yang licin dan tidak melibatkan apa-apa perkara yang tidak diingini," katanya yang juga ahli parlimen Bukit Gantang.

sumber : Harakahdaily

Jumaat, 8 April 2011

Selesaikan dulu tuntutan guru, Dato' TPM.

FRIDAY, 08 APRIL 2011 16:35


Tan Sri Muhyiddin, Selesaikan Segera Tuntutan Perjalanan Guru-GuruPDFCetakEmel
Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad   

Parti Islam Se-Malaysia PAS,  bersimpati dengan nasib guru-guru Kementerian  Pelajaran yang lambat menerima tuntutan. Menurut Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendedahkan ada Jabatan Pelajaran Negeri belum membayar tuntutan perjalanan pegawai pendidik walaupun selepas lebih setahun tuntutan dibuat. Ia membabitkan tuntutan perjalanan ke program dan kursus anjuran Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) sejak Februari serta Mac tahun  2010. Difahamkan perkara ini berlaku kerana peruntukan Kementerian Pelajaran dikurangkan.
Fenomena ini amat memalukan ketika Timbalan Presiden Umno yang juga Menteri Pelajaran sibuk temberang rakyat Sarawak dengan berbagai projek sempena pilihanraya Negeri Sarawak. PAS hendak menasihat Tan Sri Muhyiddin Yasin sebelum ke Sarawak selesai dahulu nasib guru-guru di bawah kementerian beliau dahulu. Di dalam Islam, kalau hendak bersedekah dekat orang lain biarlah anak kita tidak mengemis kepada orang lain. Nampaknya Tan Sri Muhyiddin sibuk buat amal sunat, perkara wajib diabaikan.
Nampaknya Kementerian Pelajaran sejak di bawah beliau semakin bercelaru. Sebelumnya berlaku lambakan lebihan guru Sains dan Metematik seramai 26,000. Mungkin beliau pening hendak menjawab tawaran Pakatan Rakyat yang dianggap satu cabaran kepada beliau apabila guru-guru akan diberikan imbuhan khas sebanyak RM500.00 setiap bulan. Untuk melindungi kelemahan beliau maka beliau memberi kenyataan jika ikut Buku Jingga negara bankrap. Sekarang siapa yang bankrap? Sehingga guru-guru tidak dapat tuntutan perjalanan walaupun hampir setahun.
PAS menasihatkan Timbalan Presiden Umno jagalah kebajikan anak kandung dulu sebelum memperdulikan anak orang. Negara akan runtuh jika memperolehi kerajaan yang tidak mengambil berat kepada guru-guru kerana mereka ialah orang yang bertanggungjawab menyediakan sumber tenaga manusia pada masa akan datang.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
sumber : PAS

Manifesto BN Sarawak sekadar 'ratib' lagu lama

Nazri Abdullah


KOTA SAMARAHAN, 7 April: PAS menyifatkan sembilan teras dalam manifesto BN Sarawak yang dilancar hari ini sebagai 'meratib lagu lama' yang gagal dilaksanakan.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang ditemui Harakahdaily di sini berkata, manifesto tersebut hanya tidak lebih untuk cuba memperbodoh rakyat negeri Sarawak untuk sekalian kalinya bila tiba waktu pilihan raya.

"Janji mereka itu terlalu asas yang sepatutnya telah diselesaikan lama apatah lagi hasil negeri Sarawak sangat banyak.

"Namun penderitaan rakyat masih berterusan. Saya lihat infrastruktur di negeri ini seperti 20 tahun ke belakang," katanya.

Rakyat ujarnya harus sedar, taraf hidup rakyat masih di tahap rendah kerana salah urus kerajaan negeri yang hanya mengkayakan ketua menteri dan kroni sahaja, bukannya rakyat.

"Mereka (BN) telah diberi masa yang lama, namun perkara asas seperti masalah air, jalan raya dan palang besar isu tanah masih tidak boleh selesai.

"Isunya, BN dah lebih 20 tahun, negeri ada petroleum dapat royalti, rakyat tak sampai tiga juta, tapi kenapa Sarawak masih seperti ini?" soal Salahudin lagi.

Sehubungan itu, beliau mahu rakyat Sarawak sedar dan berani menolak BN dan memilih Pakatan Rakyat yang mahu membela nasib mereka.

Tambahnya, cukuplah BN diberi peluang sekian lama mengaut hasil negeri untuk kepentingan pemimpin mereka sendiri, sedangkan rakyat merempat di bumi sendiri.

BN hari ini mengumumkan manifesto mereka, antara lain bercita-cita mahu menjadikan Sarawak - antara negeri termiskin- sebagai negeri terkaya di Malaysia.

Dengan tema "Bersama Memajukan Sarawak: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan", ianya meliputi soal urus tadbir yang baik, naik taraf jalan raya, pengurusan alam sekitar, peluang perniagaan dan pekerjaan.

sumber : Harakahdaily

Khamis, 7 April 2011

PAS buka jalan rakyat Sarawak buat perubahan



KOTA SAMARAHAN, 6 April: Rakyat Sarawak sudah menyedari salah laku Ketua Menteri mereka, Tan Sri Abdul Taib Mahmud namun takut untuk membuat perubahan, kata ahli jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Beliau berkata, PAS sudah bersedia untuk membantu rakyat Sarawak keluar daripada ketakutan itu dan membuat perubahan di negeri ini.

"Rakyat Sarawak ngin meyakinkan parti-parti yang bertanding khususnya Pakatan Rakyat bahawa salah laku keluarga Taib Mahmud diketahui umum tapi mereka kurang berani menunjukkan kemarahan.

"Mereka gerun dan takut untuk buat perubahan dan mengharapkan kami untuk tanamkan keyakinan untuk jatuhkan Taib. Kita buat satu mukadimah masuk ke Muara Tuang supaya mereka berasa yakin," katanya ketika ditemui di pusat penamaan calon di Dewan Suarah, dekat sini hari ini.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu juga berkata, PAS sudah pasti ingin merampas kerusi itu dari BN, apatah lagi calonnya ialah adik Taib sendiri.

Namun katanya, jika hanya berjaya mengurangkan majoriti BN sekalipun, ianya merupakan kejayaan besar kerana PAS baru pertama kali bertanding di Dun itu.

"Peluang untuk PAS menang nampaknya 50-50 kerana ini kali pertama PAS bertanding di sini. Sebelum ini PKR bertanding dan mereka kalah dengan majoriti enam ribu lebih. Jadi kita rasa kalau pun kita dapat kurangkan majoriti pun satu kejayaan besar," katanya.

Mengulas mengenai calon wanita yang diletakkan PAS pula, beliau berkata ianya satu keputusan tepat kerana majoriti pengundi di Muara Tuang terdiri daripada wanita.

"Sebahagian besar pengundi di Dun ini adalah wanita jadi dengan PAS meletakkan Noraini yang dikenali di kalangan kebanyakan wanita di sini ini satu pilihan yang tepat," katanya.

Ini juga, katanya satu penghormatan kepada Dun Sarawak apabila memberi peluang kepada calon wanita.

"PAS memang mahu mengenengahkan lebih ramai calon wanita dan ini merupakan penghormatan kepada Dewan Undangan Negeri Sarawak kerana boleh memberi peluang kepada calon wanita untuk menganggotai dewan," katanya.

PAS meletakkan Noraini Hamzah, 49, bagi menentang calon BN-PBB, Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud, 61.

sumber : Harakahdaily

Selasa, 5 April 2011

Sayang Sarawak sungainya sempit…

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
“Apakah mereka menyangka bahawa Kami telah memberikan kepada mereka kekayaan dan anak-anak. Padahal, Kami ingin menyegerakan memberi kebaikan untuk mereka, tetapi mereka tidak mahu mengerti.” (Al-Mukminun 23: 55-56)
***

SEUMUR hidup saya, hanya sekali saja saya berpeluang mengunjungi Bumi Kenyalang. Saya dan isteri menaiki kapal terbang dari KL ke Kuching, kemudian dari Kuching ke Sibu, juga dengan pesawat. Dari Sibu kami menaiki bot ekspres di Sungai (Batang) Rajang ke Sarikei yang ‘transit’ di pekan kecil seperti Bintangor. Saya saksikan sungai-sungai di Sarawak (termasuk Rajang) besar-besar dan panjang-panjang belaka, mencetuskan kehairanan saya mengapa seni kata sebuah lagu berbunyi, ‘Sayang Sarawak sungainya sempit.’


Saya mencari-mencari seni katanya yang lengkap, maka terjumpalah saya bait ini.

Sayang Sarawak sungainya sempit,
Berbuah nanas lamun-lamunan,
Hendakku bawa perahuku sempit,
Tinggallah emas tinggal junjungan.

Disebabkan kurang pengalaman di Sarawak, maka saya tafsirkan ungkapan ‘Sayang Sarawak sungainya sempit’ berdasarkan tidak diterimanya Umno di Sarawak (tinggallah kamu di Semenanjung) sedangkan parti lain hatta PAS yang dicemuh oleh pemimpin BN sudah lama bertapak di sana malah akan bertarung lima kerusi pada pilihan raya negeri akan datang.

Pemimpin Umno-BN seperti Muhyiddin Yassin menyifatkan parti-parti Pakatan Rakyat terutama PAS sebagai hantu dan jembalang di Sarawak, hakikatnya Umno yang gagal mendapat tempat adalah hantu sebenar yang ditakuti orang Sarawak. Jadi mungkinkah Sungai Sarawak yang sempit itu bermaksud negeri itu tiada ruang bagi Umno kerana keadaan sudah sesak (sempit) dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pimpinan Taib Mahmud sudah bermaharajalela sejak sekian lama?

Bagi orang Sarawak mungkinkah kisah betapa hantunya Umno ini menakutkan mereka sehingga tidak memberi peluang parti ini hatta mendirikan cawangan pun di Sarawak. Terkini kemunculan dan pengakuan Dato’T (Abdul Rahim Tamby Chik, Shazryl Eskay Abdullah dan Shuib Lazim) dan kes video lucah menunjukkan betapa hantu Umno hanya mahu menjayakan cita-cita masing-masing. Mereka bagaikan enau melepaskan pucuk masing-masing. Fitnah dan rasuah sudah menjadi kebiasaan sesetengah mereka. Takut orang Sarawak dibuatnya.

Kedudukan dan pangkat dan kuasa menjadi impian hantu-hantu ini. Semua berebut jawatan tertinggi. Matlamat menghalalkan cara (kaedah Machiavelli), yang penting aku berada di kemuncak kuasa. Itulah Umno, dulu kini dan selamanya. Hantunya bermain kotor untuk menjatuhkan satu sama lain.

Hantu-hantu ini tidak peduli orang yang dipijak dan fitnah. Yang penting mereka dapat memuaskan nafsu organ yang berada antara pusat dan lutut mereka. Soal dosa pahala tolak ketepi. Mungkin jenayah qazaf pun mereka tidak ambil ‘pot’ (peduli). Qazaf atau menuduh orang berzina adalah satu dari dosa besar yang layak dikenakan hukuman hudud. Tahu tak hantu-hantu ini jika bersabit kesalahan qazaf boleh disebat 80 kali? Hantu mana ada takut kena sebat!

Hantu-hantu Umno memang banyak menyusahkan rakyat termasuk saya yang pernah menjadi wartawan arus perdana sejak 1986, jadi tahulah aku sikit sebanyak pasal cerita hantu Umno ini. Tahun 1986 ini, hantu Umno berkelahi besar. Tup-tup Musa Hitam 'resign' daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri. Sebelum itu, dia dan Dr Mahathir Mohamad dikatakan bagus 'kliknya'. Pemimpin 2M. Ini menyebabkan ada dua kumpulan dalam Umno. Ada geng Musa Hitam ada geng Dr Mahathir.

Peletakan jawatan Musa Hitam menyebabkan Umno berkrisis sepanjang tahun. Pemimpin menyalahkan satu sama lain. Sebagai pemberita, saya diheret ke sana, ke sini. Sanusi Junid, kata macam ini, Anwar Ibrahim (ini kisah dulu, sekarang sudah bertaubat kot?) kata macam itu pula. Ghafar Baba pula lain 'story', Khalid Yunus pula lain pula cakapnya.

Hantu-hantu Umno ini habiskan beras saja. Buat saya penat, dan orang lain penat. Sepatutnya mereka bersatulah, membangunkan bangsa, negara dan agama seperti yang sering dia orang ucapkan. Ini asyik bergaduh aja. Apabila bergaduh banyaklah tenaga, wang ringgit dan apa saja dibelanjakan untuk tujuan tidak berfaedah.

Kemudian tahun 1988 berlaku satu kejadian teramat dahsyat. Sebab asyik saman menyaman dan tidak puas hati, dalam satu kes, mahkamah putuskan Umno parti tidak sah. Ertinya Umno sudah mati. Umno sudah masuk kubur. Mungkin sudah jadi hantu.

Apabila Umno sudah mati, saya sebagai wartawan lagi susah. Kena berkejar sana, berlari sana, buat liputan. Bukankah hantu-hantu Umno ini menyusahkan rakyat saja. Bergaduh sampai parti diisytiharkan sudah mati. Apabila parti mati dan jadi hantu barulah mereka berpuas hati, agaknya.

Apabila Umno mati, ada geng pulak dalam Umno. Punyalah dia orang menyusahkan wartawan seperti saya dan banyak orang lain. Kejap kena kejar PJ, kejap kena pergi Bangsar. Pada satu majlis di PJ, aku dengar Rais Yatim dan Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah) lanyak cukup-cukup sama Dr Mahathir. Belasah sana, belasah sini. Itu tidak kena, ini tidak kena. Yang kena (bagus) dia orang saja. Turut hadir Rahmah Osman, mana agaknya puan ini sekarang?

Apabila Umno sudah mati, Dr Mahathir hidupkan Umno Baru. Mayat hidup balik. Ini betul-betul hantu. Masa mula-mula Umno Baru ini hidup, dalam suratkhabar, dituliskan Umno Baru, kemudian Umno (B) kemudian tidak pakai apa-apa lagi, Umno saja. Hakikatnya, parti yang ada sekarang adalah Umno Baru. Umno lama dah mati. Umno baru inilah yang banyak menyusahkan rakyat, dulu, kini dan...(tak beranilah aku tulis sebab besok siapa tahu).

Sepuluh tahun kemudian (1998), Umno sekali lagi menyusahkan rakyat. Besar juga kesnya. Kali ini Timbalan Presidennya merangkap TPM, Anwar Ibrahim dipecat. Apabila dipecat, Anwar pun buatlah 'tour' jelajah Malaysia, cerita dia dizalimi.

Selain Anwar, turut berceramah satu negara adalah salah seorang Naib Presiden Umno ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi. Tujuannya untuk menenangkan ahli-ahli Umno. Ketika Anwar dipecat, Abdullah ada di Durban, Afrika Selatan, menghadiri Sidang Kemuncak Komanwel atas kapasitinya sebagai Menteri Luar, mewakilkan Mahathir.

Apabila balik (atau bergegas pulang?), Abdullah pun memulakan siri 'slow talk'nya kepada ahli-ahli Umno - menerangkan keadaan. Abdullah menjelajah kampung dan bandar, kononnya menceritakan keadaan sebenar. Beliau berusaha mengurangkan 'damage' yang sudah berlaku kepada Umno. Apa perkara sebenar yang diceritakan Abdullah itu?

Pada masa Anwar dipecat, saya sudah 'resign' daripada tugas sebagai wartawan. Saya sudah bosan dengan dunia kewartawanan begitu. Tetapi saya tetap mengikuti perkembangan semasa. Suatu hari saya sempat mengikuti 'talk' Abdullah kepada ahli-ahli Umno di Dewan Masjid Al-Azim yang terletak dalam Kompleks Masjid Al-Azim di tengah-tengah bandar Melaka.

Apa Abdullah cakap mengenai Anwar? Katanya, dia pun sedih dengan pemecatan Anwar. Mereka sama-sama dari Penang. Kongsi banyak perkara. Kongsi banyak rasa. Tetapi ada satu perkara yang tidak boleh ada dalam Umno, katanya. Ini kerana Anwar telah buat benda itu, dakwanya. Kerana sudah 'buat benda itu', Umno tidak dapat terima Anwar, katanya.

Demikianlah Umno berpecah lagi. Menyusahkan rakyat saja. Bukankah lebih baik semua tenaga yang ada digembleng untuk kebajikan rakyat. Ini asyik bergaduh saja, dulu, kini dan...Apabila banyak wang, tenaga, dan fikiran digunakan untuk bergaduh dan menaikkan diri sendiri, bila agaknya bangsa Melayu ini dapat ditolong.

Kalau betullah Umno dah tolong orang Melayu, baguslah. Tetapi aku percaya jika orang Umno, terutama pemimpinnya tidak bergaduh besar sepanjang masa, macam anjing dan kucing atau macam hantu, maka lebih banyaklah orang Melayu sudah tertolong. Apabila pemimpin asyik bergaduh macam mana rakyat nak jadi baik. Kata orang bapa borek, anak rintik.

Sebab apa pemimpin Umno ini asyik bergaduh? Salah satu sebabnya aku ingat, dia orang tidak amal Islam sepenuhnya dalam kehidupan. Jika terima Islam sepenuh, selamat dunia akhirat. Taklah selalu gaduh-gaduh macam sekarang. Ini nak hidup macam hantu (termasuklah toyol yang melarikan duit dan harta benda), jadi mana tak kerap bergaduh.

Orang Umno mahu ingat parti sendiri pun pernah mati, pernah jadi hantu. Nanti Melayu pula akan mati. Kesian Hang Tuah dengan 'Melayu Tak Hilang Dari Dunia'nya. Jadi tolonglah pemimpin Umno, jangan menyusahkan rakyat, dulu, kini dan...seperti yang awak sudah buat selama ini. Janganlah menambahkan ‘kehantuan’ anda di Sarawak.

Maka sebab itulah agaknya, orang Sarawak tak dapat terima Umno di bumi mereka. Maka berkokoklah Muhyiddin Yassin menyatakan parti-parti Pakatan Rakyat adalah hantu dan jembalang di Sarawak. Hakikatnya Umnolah hantu dan jerangkung, mungkin langsuir dan drakula (hisap darah rakyat) sebenar sehingga tidak dapat diterima orang Sarawak, al-maklumlah awal-awal lagi mereka sudah mendedangkan lagu, “Sayang Sarawak sungainya sempit…tidak boleh dibawa masuk kapal Umno.”

Ahad, 3 April 2011

Yang kafirkan Umno sudah tinggalkan PAS


KUALA LUMPUR, 3 April : PAS mengakui pernah ada satu ketika dahulu segelintir pemimpinnya mempromosikan pendekatan kafir mengkafir dan memboikot para penyokong dan pemimpin Umno.

Pemikiran dan pandangan sebegitu bukan pandangan dan pendekatan PAS tetapi pandangan sesetengah pemimpin ini yang sudah pun lari meninggalkan PAS dan menyertai Umno, yang mereka kafirkan dahulu, kerana tidak setuju dengan pendekatan PAS.

"Tetapi mereka sudah tidak ada dalam PAS lagi. Sama ada mereka menyertai Umno atau entah ke mana," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu majlis sebelum ini.

Hari ini, akhbar Umno, Utusan Malaysia (gambar) menyiarkan pengakuan bekas ahli PAS yang mengakui pernah pulau sembahyang yang diimami ahli atau pemimpin Umno.

Menurut berita akhbar Umno itu, pengikut PAS yang taksub dengan perjuangan parti itu pernah memulaukan imam Umno dan menganggap sembahyang tidak sah sekiranya berimamkan mereka.

Perkara itu didedahkan oleh bekas penyokong kuat parti itu, Aziz Jusoh, 51, yang mendakwa, ada di kalangan ahli Pas menganggap perkahwinan yang dinikahkan oleh jurunikah UMNO juga tidak sah dan perlu dinikahkan semula.

"Malah, sembelihan orang UMNO juga tidak boleh dimakan sebagaimana yang disebarkan menerusi ceramah Pas pada waktu itu dan ia menjadi ikutan sebilangan besar umat Islam yang taksub termasuk saya sendiri.

“Pada fahaman saya, penceramah PAS pada waktu itu memang mengkafirkan orang-orang UMNO," dakwanya sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Umno itu.

sumber : Harakahdaily

Sabtu, 2 April 2011

Dun Selangor lulus usul mansuh ISA

Sekadar gambar hiasan

SHAH ALAM, 2 Apr: Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor semalam meluluskan usul ‘Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)’ yang dibentangkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang, Shaari Sungib.

Turut diluluskan usul mewujudkan sekretariat khas bagi menggerakkan program-progran kesedaran seluruh Selangor untuk menerangkan berkenaan kezaliman akta tersebut.

Dewan juga meluluskan untuk memberikan peruntukkan bagi memasang papan-papan tanda (billboard) di setiap DUN dengan tema ‘Selamatkan Malaysia: Mansuhkan ISA’.

Timbalan Speaker Haniza Talha berkata, melalui usul ini, kerajaan negeri akan menubuhkan sekretariat khas untuk melaksanakan program penerangan termasuk kempen mansuhkan ISA di seluruh negeri Selangor.

Shaari ketika membentangkan usul tersebut berkata, ISA hanya senjata politik kerajaan untuk menakutkan rakyat namun lebih zalim apabila rakyat yang menjadi mangsa ditahan tanpa dibicarakan di mahkamah.

“Negara Israel yang zalim pun ada undang-undang seperti ISA, tetapi mereka menahan rakyat dibawah kuasa Perintah Tentera 1500, selama 15 hari yang sekarang sudah dipendekkan ke lapan hari, dan apabila ditahan boleh membela di mahkamah tentera. Dan apabila mahkamah tentera yang memang tidak adil ini jika berpuashati disambung enam bulan sahaja,” katanya.

Tambahnya lagi, ISA pula boleh menahan seseorang individu sehingga 60 hari dan boleh disambung ke dua tahun, serta tahanannya pula dikenakan penyeksaan tanpa alasan munasabah.

“Penggunaan ISA ini adalah kuasa kerajaan untuk menerapkan budaya ugut, ancam dan menakutkan rakyat dan kesan daripada itu berlakulah pembolotan dan pemusatan kuasa yang cukup luarbiasa dalam amalan sistem demokrasi negara,” tegas beliau lagi.

Menurut Shaari, usul mansuhkan ISA itu juga terdapat dalam program 100 hari Pakatan Rakyat yang diedarkan menerusi Buku Jingga.

“Apa yang kita perlu lakukan hari ini adalah untuk melonjakkan lagi usaha memberi penerangan kepada rakyat kerana hari ini kita ada kelebihan, untuk melaksanakan program dengan segera,” tambahnya.

sumber : Harakahdaily

Ku Li yakin rakyat tolak tuduhan video seks Anwar

Harakandaily

KUALA LUM PUR, 2 Apr: Vateran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah turut menyelar pihak yang menggunakan video lucah sebagai senjata politik menyerang pihak lawan.

Mengulas isu yang sedang memangsakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tengku Razaeligh yang lebih dikenali 'Ku Li' berkata, tindakan tersebut bukan sahaja keji dan jijik malah ianya bukan budaya Melayu apatah lagi ianya bercanggah dengan ajaran Islam.

"Rakyat Malaysia punya tamadun dan budaya yang baik, kenapa kita hendak ikut budaya tak baik' kata Ku Li.

"Apatah lagi bagi orang Melayu Islam, tak patut kita lakukan benda yang jijik yang dipandang rendah oleh orang. (Apa guna) kita buat perkara yang hina di sisi masyarakat," tegas beliau dalam temubual dengan TV Selangor.

Bagaimanapun, beliau yang juga rnantan Nail) Presic+en Urnno. yakin cubaan untuk memburukkan Anwar dengan taktik itu tidak akan berhasil memandangkan kaedah hampir sama diguna terhadap Ketua Umum PKR itu pada tahun 1998, namun gagal.

Pihak yang bertanggungjawab terhadap video itu juga katanya sebenarnya mengamalkan 'politik longkang' dan telah tersalah langkah kerana orang Melayu Islam tidak boleh menerima tuduhan sebegitu apatah lagi ianya didedahkan dengan penuh persoalan yang tidak dijawab.

"Saya tak fikir rakyat terima hal (video seks) in Kalau tengok kes Anwar yang pertama tahun 1998, rakyat tidak terima. Usung tilam, bantal semua, tak ada orang terima. Saya masih ingat semasa saya adakan majlis dialog di Gua Musang. Orang cakap. Ni Melayu ke ni? Malulah," kata beliau.

"Saya rasa (video seks) ini salah langkah. Jika berpolitik sebegini, kalau kita menang pun, tidak ada maruah, tidak ada nilai, jadi tidak guna kita menang pun kalau kita guna cara buruk dan keji untuk mendapat tempat. Saya rasa rakyat pun tak dapat terima dengan baik," tegas beliau.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar membuat pengumuman mengejutkan apabila mengisytiharkan video itu adalah tulen namun tidak mengulas sama ada pelakunya dikenal pasti.

Beliau berkata hasil siasatan sudah di fasa terakhir dan akan diserahkan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam tempoh terdekat

Jumaat, 1 April 2011

PAS tandingi 5 kerusi di Sarawak





KUALA LUMPUR, 1 Apr: Pada pilihan raya negeri Sarawak yang akan diadakan pada 16 April depan, PAS akan bertanding di lima kerusi DUN iaitu Tanjung Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro.
Memetik dari Harakahdaily, keputusan kelima-kelima kerusi itu diputuskan berdasarkan perbincangan antara ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat.

Melalui mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat yang diadakan baru-baru ini, 5 kerusi akan ditandingi oleh PAS, 15 kerusi oleh DAP manakala selebihnya akan ditandingi oleh PKR iaitu 51 kerusi dimana rundingan akan di buat dengan Snap sebelum apa-apa keputusan muktamat dibuat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top