Ahad, 15 Januari 2012

Gesaan agar Peguam Negara tidak memfail rayuan




Karpal gesa AG tak rayu terhadap pembebasan Anwar
Bernama
10:35PM Jan 14, 2012



Peguam utama kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh menggesa Peguam Negara (AG) tidak memfail rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah membebas dan melepaskan ketua pembangkang itu dari tuduhan liwat.

Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu berkata sebagai peguambela beliau juga berhak, berdasarkan keterangan, menggesa AG agar tidak membuat rayuan.

"Perbicaraan ini dipanggil ibu segala perbicaraan di Malaysia dan saya kira tiga tahun (perbicaraan) adalah cukup lama dan ia perlu dihentikan demi kebaikan semua," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya semasa pesta Pongal di George Town hari ini.

Pada 9 Januari, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar dari tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari.

Sekalipun rayuan dibuat bapa Mohd Saiful, Azlan Mohd Lazim supaya AG mengemukakan rayuan, Karpal Singh berkata sebagai peguambela beliau juga mempunyai hak menggesa AG supaya tidak berbuat demikian.

"Cukup malang perkara berkenaan telah berlarutan hingga ke peringkat ini buat Saiful, tetapi sebaiknya negara dan semua terlibat menghentikan penghinaan terhadap Anwar dan keluarganya dan terus bergerak menangani isu-isu politik yang lebih penting yang menyentuh setiap orang," katanya.

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top