Oleh G Manimaran
October 03, 2011
KUALA LUMPUR, 3 Okt — Satu wacana isu semasa mengenai hudud mengesyorkan satu jawatankuasa teknikal ditubuhkan untuk mengkaji kemungkinan bagi melaksanakan undang-undang Islam itu secara serius di Malaysia ketika parti-parti politik pula mempamerkan pendirian berbeda dalam hal ini.
Selain itu, wacana tersebut juga mengesyorkan agar diadakan satu referendum atau pungutan suara untuk memahami persepsi dan kehendak rakyat berhubung pelaksanaan hudud dan juga program penerangan secara berterusan.
Wacana bertajuk “Hudud: Sesuaikah Dilaksanakan Di Malaysia” dianjurkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) semalam.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan, Setiausaha Agung Abim Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, wacana semalam merumuskan undang-undang jenayah syariah tersebut sesuai dan wajar dilaksanakan di Malaysia.
Pendirian itu diketengahkan di sebalik kontroversi semasa yang masuk minggu ketiga.
Kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS meneruskan hasratnya, yang diterjemahkan dalam bentuk enakmen 18 tahun lalu untuk menguatkuasakan hukum hudud.
Sementara DAP dan Majlis Peguam berkata Perlembagaan Persekutuan tidak membolehkan perkara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini menegaskan kerajaan pusat tetap dengan pendirian tidak membolehken perundangan itu dilaksanakan di Kelantan.
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata undang-undang itu hanya akan dilaksanakan di Kelantan dan tidak terpakai ke atas bukan Islam.
Raimi juga berkata, Abim akan memperhalusi cadangan dan saranan yang dirumuskan dalam wacana semalam dalam masa terdekat dan mengemukakan kepada pihak berwajib.
“Justeru, adalah menjadi harapan kami agar segala cadangan dan saranan yang disyorkan dalam wacana ini disahut oleh pihak yang berwajib dan setiap usaha ke arah pelaksanaan hudud ini perlu dilaksanakan secara berhemah.Yang penting, langkah ke arahnya harus bermula, dan ia harus bermula sekarang,” kata Raimi lagi.
Raimi menambah, “wacana hudud yang dianjurkan kali ini merupakan salah satu dari usaha Abim ke arah mendidik masyarakat untuk membincangkan sebarang isu yang timbul secara ilmiah berdasarkan hujah.”
“Isu hudud yang dibicarakan dari sudut perspektif yang perbagai sama ada Perlembagaan, amalan undang-undang, sejarah, syariah dan demokrasi. Wacana kali ini juga telah mengetengahkan beberapa isu yang sangat signifikan untuk diambil perhatian oleh semua pihak,” katanya lagi.
Raimi berkata, usaha ke arah merealisasikan undang-undang hudud boleh dilaksanakan melalui kehendak politik yang kuat dengan mengambil kira penafsiran dan pindaan semula terhadap sistem perundangan yang sedia ada sebelum ini.
Panel wacana itu terdiri daripada pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari, Naib Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia Dr. Abdul Halim El-Muhamadiy dan Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia Musa Awang.
Ia dianjurkan sebagai respons terhadap polemik pelaksanaan hukum hudud yang diketengahkan di media-media arus perdana.
Kata Raimi, sepanjang tempoh semenjak polemik semasa ini tercetus, beberapa pihak telah mengkritik cadangan pelaksanaan undang-undang hudud yang diketengahkan oleh Nik Aziz.
Dalam kenyataan itu, Abdul Halim dipetik berkata, secara umumnya pelaksanaan hudud merupakan satu tuntutan syariat dan akidah bagi umat Islam.
“Perintah pelaksanaan hudud adalah bersifat mutlak iaitu kewajipan yang mesti dilaksanakan,” katanya.
Oleh itu katanya, proses dan usaha ke arah melaksanakan undang-undang hudud perlu diberikan perhatian serius.
Tambah beliau, walaupun tidak disepakati secara ijma, pelaksanaan syariah Islam merupakan salah satu komponen atau ciri sebuah negara Islam.
Dari segi perspektif sejarah pula menurut Abdul Halim, undang-undang hudud sebenarnya telah dilaksanakan sejak zaman Melaka.
Beliau merujuk kepada manuskrip undang-undang Pahang yang juga diguna pakai di Perak dan Johor di sekitar abad ke-17 yang kini disimpan di London membuktikan bahawa undang-undang hudud merupakan undang-undang yang telah dikuatkuasakan ratusan tahun dahulu.
Aziz pula dipetik memberitahu, wacana bahawa Perlembagaan Persekutuan meletakkan Islam di tempat yang istimewa dan ia tidak bersifat sekular.
“Perkara 3 yang menyatakan Islam adalah agama persekutuan perlu juga dibaca dengan Perkara 11, 12 dan beberapa peruntukan yang lain jelas menunjukkan kedudukan istimewa Islam dalam Perlembagaan.
“Pandangan mengatakan Perlembagaan Malaysia adalah sekular adalah tersasar dari pentafsiran sebenar Perlembagaan,” jelas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa ini.
Malah kata beliau, pelaksanaan hudud juga perlu melihat dari aspek kehendak masyarakat atau rakyat dan dalam kes di Kelantan, sekiranya rakyat negeri tersebut telah bersedia dan bersetuju untuk pelaksanaan hudud, “hasrat ini perlu disambut dan ditunaikan.”
“Dalam soal Perlembagaan, kita harus menyedari bahawa ia bukan sesuatu yang mutlak dan tidak boleh diubah. Ia boleh dipinda serta dimansuhkan.
“Namun begitu dalam masa yang sama, pindaan serta pemansuhan (Perlembagaan) ini juga tidak perlu dilakukan kerana Perlembagaan itu sendiri tertakluk kepada pelbagai tafsiran yang boleh menghasilkan perspektif-perspektif yang berbeza,” katanya.
Beliau juga mencadangkan agar satu referendum dilakukan untuk meninjau hasrat dan kehendak rakyat mengenai pelaksanaan hudud.
“Sekiranya referendum itu positif, kerajaan pusat seharusnya membantu kerajaan negeri (Kelantan) ke arah pelaksanaannya dengan bersungguh-sungguh,” kata beliau.
Musa pula berkata undang-undang tidak seharusnya dijadikan halangan dalam merealisasikan hukuman hudud.
“Walaupun diakui terdapat beberapa halangan dari sudut undang-undang umpamanya Akta Mahkamah Syariah 1965 (Pindaan 1988) yang mengehadkan bidang kuasa mahkamah syariah kepada hanya boleh mengenakan hukuman sebanyak tiga tahun penjara, RM5,000 denda dan enam kali sebatan, halangan seumpama ini sebenarnya tidak boleh dijadikan alasan yang tidak membolehkan ia dipinda atau dimansuhkan.
“Bahkan, pindaan undang-undang tersebut boleh dilaksanakan oleh eksekutif tanpa perlu melalui proses mendapatkan mandat dua pertiga majoriti yang diperlukan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau.
Beliau menambah, “hatta Perlembagaan pun pernah dipinda, undang-undang seumpama ini boleh sahaja dipinda atau dimansuhkan dengan adanya keinginan politik.”
Justeru menurut Musa lagi, “persediaan dari sudut yang lain, umpamanya kesediaan badan kehakiman, pengamal undang-undang, infrastruktur, badan penguat kuasa, badan pendakwa dan lain-lain juga perlu diambil perhatian sewajarnya dalam melaksanakan hukum hudud.”

sumber: The Malaysian Insider
Tiada ulasan:
Catat Ulasan