October 13, 2011
KUALA LUMPUR, 13 Okt – Anggota pasukan komunikasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Abdul Jalil Jamid yang juga bekas wartawan Reuters sah dilantik untuk mengetuai The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP).
Jalil dilantik sebagai pengarang urusan NSTP menggantikan Datuk Zainul Ariffin Mohamd Isa.
Difahamkan langkah itu diambil bagi memperkukuhkan NSTP yang menerbitkan akhbar perdana utama negara menjelang pilihan raya umum ke-13.
Zainul akan kembali mengambil alih jawatan pengarang urusan e-media NSTP dan juga sebagai ketua Bahagian Media Baru Media Prima Berhad.
Pagi tadi The Malaysian Insider membawa laporan mengenai perubahan di peringkat tinggi Media Prima dan anak syarikatnya NSTP.
The Malaysian Insider difahamkan keputusan pelantikan baru itu dibuat pada mesyuarat lembaga semalam.
Selain itu Media Prima juga mengumumkan beberapa pelantikan lain, kata satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Mohammad Azlan Abdullah dilantik sebagai ketua pegawai operasi NSTP dan menggantikan Datuk Anthony Firdauz Bujang yang sebelum ini menyandang jawatan ketua pegawai eksekutif.
Anthony akan mengakhiri tempoh perkhidmatannya di NSTP Disember ini selepas 12 tahun berkhidmat dengan Media Prima.
Dalam pada itu, Datuk Mohd Ashraf Abdullah dilantik sebagai timbalan pengarang urusan rangkaian televisyen dan radio Media Prima – mengawal selia operasi editorial dan berita TV3, ntv7, 8TV, Hot FM, Fly FM dan One FM.
Jeff Cheah See Hong pula dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Big Tree Outdoor Sdn Bhd menggantikan Mohammad Azlan manakala Farisha Pawanteh akan meletakkan jawatan sebagai ketua pegawai operasi Primeworks Studio Sdn Bhd berkuat kuasa 31 Oktober ini, lapor Bernama memetik kenyataan itu.
Ia merupakan perubahan besar dalam tempoh dua tahun ini.

sumber: The Malaysian Insider
Tiada ulasan:
Catat Ulasan