Ahad, 19 Disember 2010

Dewan kecoh usul gantung Anwar

http://3.bp.blogspot.com/_6IMV4RX7E_Y/SQdoHyKmrdI/AAAAAAAAAcw/P2bb4f0u-p4/S281/AP_Malaysia_Anwar_Ibrahim_210.jpg



KEPALA BATAS, 19 Dis.: Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara bersetuju Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus menjadi Ketua Pembangkang walaupun beliau digantung dari Parlimen selama enam bulan, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata majlis pimpinan membuat keputusan itu sungguhpun ketika ini DAP mempunyai jumlah kerusi paling banyak dalam Dewan Rakyat.

Anwar, Sivarasa Rasiah dan Azmin Ali dari PKR dan Pengerusi DAP Karpal Singh Khamis lalu digantung enam bulan sebagai ahli Parlimen tanpa diberi peluang membela diri bersabit isu Apco.

Karpal berkata partinya tetap menyokong Anwar sebagai Ketua Pembangkang.

“Saya yakin konvensyen ini akan diadakan di Putrajaya tahun depan tetapi kita tidak akan ke sana tanpa tanpa Anwar,” tambah beliau dalam ucapannya kepada perwakilan Pakatan Rakyat.


sumber : Pas Parit Buntar

Sabtu, 11 Disember 2010

Jumaat, 10 Disember 2010

Sabtu, 4 Disember 2010

4-dalam-1: Harga petrol, diesel, gas, gula naik lagi

4-dalam-1: Harga petrol, diesel, gas, gula naik lagi

26 Aulhijjah 1431H.

Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula dijangka mengalami kenaikan lagi mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.

Petrol RON95 petrol, dipercayai akan dinaikkan 5 sen menjadikan harga RM1.90 seliter.

Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Harga diesel pula dipercayai dinaikkan 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.

Harga gula pula dikatakan akan naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Kali terakhir harga barangan meningkat adalah pada 15 Julai lalu. Ia membabitkan kenaikan 5-dalam-1. Barangan yang terjejas itu adalah dua gred petrol, diesel, gula dan gas.

Menurut sumber, pengumuman rasmi kenaikan itu akan diumumkan lewat hari ini oleh kerajaan.

Khamis, 2 Disember 2010

Ketuanan Melayu, hubungan tuan dan hamba.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang partinya, PKR menolak konsep Ketuanan Melayu berkata konsep itu hanya mencerminkan hubungan ‘tuan’ dan ‘hamba’.
Katanya, isu itu dieksploitasi oleh Umno dan BN melalui lidah rasminya, Utusan Malaysia dengan memutarbelitkan fakta berhubung isu ketuanan rakyat yang dibangkitkan oleh Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada persidangan kongres PKR minggu lalu.
“Dalam Agenda Ekonomi Malaysia yang kita perkenalkan, kita menolak Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerana ia hanya menguntungkan segelintir walaupun permasalahannya adalah terdiri daripada majoriti masyarakat Melayu / Bumiputera dan di kalangan orang Cina dan India miskin yang menjadi teras program kita.
“Jikalau kita lihat maksud ‘tuan’, ia bermakna yang berkuasa atau yang memiliki, jadi bagaimana pula tentang kedudukan orang Iban, Kadazan, Cina dan India?
“Kita menolak ketuanan yang cuba diputarbelitkan Umno-BN dan Utusan sebagai cuba menolak Perlembagaan Negara,” kata anwar di lobi parlimen hari ini.
Menurut Anwar yang juga ketua umum PKR, apa yang jelas adalah setiap ucapan dan pendirian PKR dan Pakatan Rakyat mengenai isu bahasa Melayu, Islam sebagai agama persekutuan, hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera serta kedudukan Raja-Raja Melayu tidak pernah dipertikaikan. Malah, katanya, ia dipertahankan.
“Yang tuan itu adalah kedudukan Raja dan sebab itu disebut Yang di-Pertuan Agong, Yam Tuan Negeri Sembilan. Kedudukan itu kita tidak dipertikaikan.
Justeru, beliau berharap agar isu tersebut tidak dipolitikkan.
sumber :

Rabu, 1 Disember 2010

Harga petrol RON97 naik 15 sen

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Harga minyak petrol RON 97 mengalami kenaikan 15 sen kepada RM2.30 seliter mulai tengah malam ini.
“Ya, harga minyak petrol RON 97 naik mulai esok (tengah malam ini),” kata sumber kepada The Malaysian Insider.
Bagaimanapun harga minyak RON 95 tidak mengalami perubahan.
Laporan Reuters pula menyebut kenyataan rasmi mengenai perubahan harga ini dijangka dikeluarkan kemudian.
Ia kenaikan kali kedua sejak kerajaan membuat pelarasan subsidi dan memutuskan untuk mengapungkan harganya dari semasa ke semasa.
Pada 1 November lalu, petrol gred RON 97 naik sebanyak 5 sen kepada RM2.15 seliter.
Bagaimanapun kenaikan harga itu tidak diumumkan manakala Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bukan satu isu yang patut dimanipulasi pihak tertentu kerana harganya sudah diapungkan mengikut pasaran minyak dunia.
Ismail Sabri berkata, penetapan harga itu tidak lagi dilakukan oleh kerajaan dan ia tidak memerlukan sebarang pengumuman.
“Pembangkang kata kerajaan naikkan harga. Bukan kerajaan naikkan harga tetapi (kenaikan) berlaku mengikut harga pasaran. Ini berbeza dengan harga petrol RON 95 dan diesel yang masih diberi subsidi dan dikawal kerajaan,” katanya.
Kata beliau, rakyat juga tidak perlu rasa panik kerana lebih 90 peratus penggunaan minyak di negara ini menggunakan RON 95 selain menjangkakan tidak ada kenaikan sehingga penghujung tahun ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top