Ahad, 31 Oktober 2010

UMNO Peralat Agama, Fakta Bukan Fitnah


Partii Islam Semalaysia Pas, menegaskan memang umno peralatkan agama dan peralatkan orang agama. Ia bukan merupakan fitnah, tetapi kenyataan. Mereka gunakan isu agama apabila penduduknya kuat berpegang dengan agama seperti di Galas. Ustaz-ustaz umno  disuruh berkempen untuk menghalalkan apa yang umno buat. Merekalah orang yang mencari dalil untuk menghalalkan arak, judi dan program maksiat yang ditaja oleh kerajaan umno BN.
Ketika Datin Rosmah Mansur menjadi penaung kepada Festival Fesyen Islam di Monte Carlo Monarco pada 9 Ogos 2010. Orang agama di dalam Umno membisu, seolah-olah mulut penuh dengan sagon, tidak berani tegur. Mana suara ustaz umno apabila  kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).  Banyak lagi bukti orang agama di dalam umno hanya menjadi tukang baca doa dan marhaban sahaja tidak lebih daripada itu.
Pas mencabar umno berikan bukti, peranan orang agama di dalam umno berkesan untuk mempertahankan Islam dan menentang kemungkaran. Orang agama di dalam umno hanyalah membesarkan tembolok sahaja. Mereka hanya mencari hujah untuk melawan dengan Pas. Hujah mereka mengenai orang bukan Islam tidak booleh masuk masjid, ditolak dnegan keputusan Majlis Fatwa kebangsaan sendiri yang mengharuskan orang bukan Islam masuk ke dalam masjid.  Hujah berkenaan dengan sumber judi telah makan diri sendiri. Rakyat mula berkata, umno haram duit judi, tetapi halalkan lesen judi. Ke manakah pergi orang-orang agama di dalam umno yang berkelulusan tinggi, antaranya ialah Dr Hamid Osman, Dr Abdullah Mohd Zin, Dr Yusuf Nor, Ustaz Zainal Abidin Abd Kadir, Datuk Dasuki Haji Ahmad, Ustaz Fadhil Hanafi, Dr Amran Kasimin. Persoalannya di manakah suara mereka sekarang. Perkasakan Islam di dalam umno. Kenapakah isteri Presiden Umno tidak bertudung mereka membisu. Persoalannya tenangkah jiwa orang agama di dalam umno  yang bergelomang dengan parti yang menyuburkan maksiat.  Ilmu yang mereka belajar bertentangan dengan parti yang  mereka sertai. Pas menyeru supaya orang agama tinggalkan  sahaja umno, sertailah Pas. Habiskanlah sisa umur yang masih berbaki untuk Islam. Tidak ada makna kemewahan dunia, tetapi hati tidak tenang.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Isnin, 25 Oktober 2010

Jom Kenali Naib Ketua PKR Cabang Lenggong Siri 4

SUARA BARU POLITIK BARU
Gambar Saudara ID Azalan bersama calon Timbalan Presiden,
YB Saudara Azmin Ali.

Sebuah buku yang sangat menarik yang Yob pernah baca telah ditulis oleh John Fiske, menceritakan kisah Walliam Peen yang juga merupakan seorang sangat terkenal dengan Penyatuan Amerika. Dia percaya penyatuan ini pasti berlaku, beliau merangka pelan ke arah penyatuan Amerika dan pembentukkan Kesatuan Eropah (EAU) dicadangkan 300 tahun lebih awal, walaupun berusia 70 tahun. William Peen boleh hidup senang dan mewah kerana ramai kenalan terdiri daripada orang kenamaan dan kerabat diraja. 

Beliau berhijrah ke Amerika untuk membentuk keadilan dan kebebasan. King Charles I telah berhutang sebanyak $80,000 dan memberi sekeping tanah yang terletak di bandar Phildelphia, Pennsylvania. Beliau telah membayar pampasan kepada peneroka, walhal tanahnya adalah anugerah daripada raja. Beliau juga telah membayar pampasan kepada kaum Red Indian. William Peen percaya dengan suara kebebasan dan keadilan. Beliau telah membina koloni Amerika yang bebas bersuara dalam menyebar dan memberi peluang pendidikan untuk semua orang. William Peen bekerja keras bagi mendapatkan kebebasan sejagat. Idea ini diguna pakai sepanjang sejarah peradaban manusia hari ini.

Pengajaran yang boleh kita ambil daripada cerita ini ialah apa sahaja yang kita hajati dalam perjuangan ini, kita kena percaya dengan mendalam bahawa kita boleh merealisasikan idea kita. Kita boleh membentuk kebebasan serta peluang untuk semua orang tanpa mengira kaum dan budaya. Cara yang paling mulia adalah menyatukan semua rakyat, bukan memisahkan mereka. Apabila semua bersatu barulah terdapat kebebasan, keadilan, persamaan hak serta kemewahan untuk semua. Tetapi hari ini ramai pemimpin yang membolot semua hasil bumi dan menipu rakyat supaya dapat mengumpul kekayaan sendiri. Hasil bumi seperti kayu balak, pasir sungai, batu kapur, lombong dan sebagainya dikaut masuk ke kocek sendiri secara putar belit hinggakan rakyat tidak sedar.

Allah berfirman dalam Surah Al Takathur (102 - 1-3), 'Nafsu bermegah-megah telah melalaikan kamu sehinggalah kamu masuk ke dalam kubur. Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui akibat perbuatan kamu menurut hawa nafsu itu.'

Pada hakikatnya, Yob bukan mencari kekayaan dengan menyertai PKR kerana kekayaan sudah dinikmati. Kejayaan di dalam hidup juga sudah dikecapi di samping pengaruh dan kuasa melalui perniagaan. Populariti dan kemasyhuran tidak perlu kita kejar cuma yang Yob idamkan adalah dapat membantu orang lain supaya berjaya dalam hidup dan itulah kepuasan hakiki dan ini merupakan perjuangan yang masih belum selesai.

Akhir sekali, bagi mencapai matlamat Suara Baru Politik Baru, marilah kita semua rapatkan saf barisan serta diiringi dengan doa tanpa henti. Jangan sesekali pasrah sebelum berdoa dan diiringi kepercayaan yang mendalam. Sama-sama kita berjuang dengan penuh iltizam serta tegakkan amalan demokrasi. Hasrat ini akan tercapai sekiranya suadara semua bersama-sama PKR Lenggong dalam membentuk gagasan baru, politik baru dan mempunyai suara baru.

Sekian. Salam Reformasi.

Hasil Nukilan,
ID Azalan Shah bin Banyamin,
Naib Ketua PKR Cabang Lenggong.


Ahad, 24 Oktober 2010

Jom Kenali Naib Ketua PKR Cabang Lenggong Siri 3

SUARA BARU POLITIK BARU
Gambar menunjukkan Saudara ID Azalan sedang menunaikan
umrah di tanah suci buat kali kedua.

Berkat kesabaran dan kesungguhan di dalam perniagaan telah membolehkan Yob melawati banyak negara di dunia ini antaranya Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan, Japan, Australia, Timur Tengah, China, Perancis, England, Belanda dan Belgium serta beberapa negara di rantau Asia Tenggara. Bak kata pepatah, jauh perjalanan, banyak pengalaman dan luas pemandangan. Di Paris Yob boleh lihat bangunan yang tersergam indah yang menjadi sejarah pada hari ini yang telah terbina sejak kurun ke-14 lagi. Yob tidak boleh bayangkan penduduk Tanah Melayu pada waktu itu, tetapi sudah lebih 50 tahun kita merdeka, pemimpin silih berganti namun yang menggelikan hati ialah apabila melihat keadaan pekan Lenggong yang tidak banyak berubah sampailah sekarang. Seperti negara maju di Eropah, kebajikan rakyat merupakan agenda utama. Mereka telah mendahului kita sejak berabad-abad lamanya dalam pelbagai bidang. 

Ramai kawan di Lenggong, Perak yang masih mengenali Yob dan mereka kenal atuk Yob iaitu, 'Pak Ngah Hashim' yang juga 'Guru Silat Kuntau Jawa', kami semua berlatih di tepi sungai bawah pokok buluh. Atuk dahulu memang orang kuat PAS di kampung. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Semasa Yob bersama Gerakan Pemuda UMNO Pulai, banyak ilmu politik yang Yob pelajari selama dua penggal bergiat aktif. Begitu juga ketika berada bersama Kesatuan Sekerja CEUPEC, pernah berjuang menuntut kenaikan gaji dan kebajikan pekerja di Malaysia. Juga pernah menyertai beberapa NGO, PEMADAM dan Pengerusi PIBG Sekolah.

Alhamdulillah apabila ramai yang mengajak Yob balik ke tempat asal, untuk mencurah bakti, peluang ini Yob tidak sia-siakan dan Yob sambutnya dengan rasa rendah diri. Satu cabaran bagi Yob serta amanah yang sangat besar. Rasanya bila sudah berada di pentas politik di Lenggong, ibarat sirih pulang ke ganggang, barulah buku bertemu ruas.

Semasa dalam bulan Syawal yang sudah, PKR telah mengadakan pemilihan di peringkat cabang. Rakyat Lenggong telah diperkenalkan dengan proses pemilihan pucuk pimpinan bercorak baru. Cara pemilihan yang sangat adil dan demokrasi sebenar. Yob telah menawarkan diri bertanding jawatan Naib Ketua PKR Cabang Lenggong dan telah dipilih memegang jawatan tersebut. Diucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas sokongan yang diberikan itu.  Segala sokongan dan kepercayaan yang diberikan hanya Allah jua yang membalasnya. Mari sama-sama kita buktikan misi kita untuk rakyat Lenggong dengan 'suara baru politik baru' akan terlaksana. Rakyat diberi kuasa secara mutlak untuk memilih pucuk pimpinan melalui satu undi untuk seorang. PKR merupakan sebuah parti yang mempunyai masa depan dan menarik minat rakyat pada masa akan datang.

Hasil Nukilan,
ID Azalan Shah bin Banyamin,
Naib Ketua PKR Cabang Lenggong.



Khamis, 21 Oktober 2010

Jom Kenali Naib Ketua PKR Cabang Lenggong Siri 2

Suara Baru, Politik Baru
Gambar menunjukkan Yob dan rakan-rakan bercuti
di Belanda.
Bapa saya hanya bekerja kampung, manakala emak suri rumah sepenuh masa. Orang kampung sangat mengenali mereka dengan panggilan Namin dan Mak Saba. Kami adik beradik memang dididik supaya berdikari, tahan cabaran, tidak mudah mengalah, hormat menghormati antara satu sama lain, lebih-lebih lagi kepada orang yang lebih tua, serta jujur. Inilah tunjuk ajar dan panduan daripada mereka berdua sampai hari ini. 

Yob mempunyai seorang isteri yang menjalankan perniagaan di Kuala Kangsar, nama gelarannya, Kak Long atau nama sebenarnya Sharifah Hazlina. Hasil perkongsiaan hidup bersama Kak Long kami telah mempunyai 5 orang cahaya mata, iaitu seorang lelaki dan 4 orang perempuan. Apa yang menarik, hampir seluruh penduduk Lenggong mengenali keluarga Yob ini.

Semasa di tingkatan enam di SMSIS II, Grik, Yob telah dilantik menjadi Pengerusi Persatuan Tingkatan Enam, setiausahanya ialah Ahli Parlimen Lenggong sekarang ini. Yob juga berpengalaman mengerakkan Kesatuan Sekerja CUEPECS,beberapa pertubuhan NGO dan PEMADAM. Oleh kerana minat yang mendalam dengan  pentas politik saya telah berkecimpung dengan Gerakan Pemuda Bahagian Pulai dan Biro Anti Dadah Pemuda Malaysia. Setelah lama menceburi arena politik yang dikatakan memperjuangkan Melayu ini hanyalah retorik semata-mata banyak lagi agenda yang perlu kita perjuangkan melalui saluran parti pelbagai kaum adalah pilihan yang paling ideal di hati rakyat ketika ini.  Walaupun usia masih muda tetapi asam garam politik telah lamaYob lalui. Segala gerak tari politik ini telah mendewasakan dan mematangkan yob sebelum usia. 

Bagi diri Yob strategi bisnes mesti kita laksanakan.Sebagai usahawan Bumiputera yang berdikari tanpa mengharapkan bantuan dari mana-mana pihak.sikap percaya kepada diri sendiri amat penting dan inilah kunci paling utama kejayaan dan menjadi kerjaya paling penting. Minat berniaga dalam diri Yob telah bermula sejak dari kecil lagi. Apabila Yob mencebur diri di dalam perniagaan barulah kita mempunyai dana untuk membantu orang yang susah,bukankah 9/10 rezeki kita dalam bidang perniagaan? Kebanyakkan rakan-rakan bisnes telah meninggalkan kerjaya 'makan gaji' untuk mencebur diri dalam bidang usahawan sepenuh masa.Ketika rencana ini di tulis ramai rakan Yob berada di Switzerland tengah makan angin. 

Hasil Nukilan,
Naib Ketua PKR Cabang Lenggong

Rabu, 20 Oktober 2010

Jom Kenali Naib Ketua PKR Cabang Lenggong Siri 1

Suara Baru, Politik Baru 

Naib Ketua (dibulatkan merah ) Bersama Rakan Usahawan di Paris, Perancis

Assalamualaikum dan salam reformasi buat semua yang melayari blog ini. Salam persaudaraan, mari sama-sama kita fokus pada perjuangan kita. Sekarang ini rakyat satu Malaysia mulai sedar tentang pentingnya kuasa undi, tidak mengira bangsa samada Melayu, India, Cina, Iban, Kadazan dan Orang Asli, tidak kira latar belakang pendidikan, jawatan tertinggi hinggalah ke jawatan rendah di dalam kerajaan. Semua tidak sabar untuk membuat perubahan di dalam pilihan raya akan datang.

Syukur Alhamdulillah, tidak lama lagi proses demokrasi, satu orang satu undi akan terlaksana di bumi bertuah ini, inilah hak kita untuk menentukan kepada siapa amanah dan tanggungjawab yang akan kita beri.

Salam perkenalan buat semua sahabat bagi yang belum mengenali saya, ID Azalan Shah Banyamin, lahir di Kampung Banggol Batu, Lenggong, Perak. Dilahirkan pada 26.5.1967, masih muda dalam usia awal 40-an. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah, serta mendapat pendidikan menengah di Sek. Men. Dato' Ahmad hingga ke Tingkatan 5 hingga berjaya mendapat pangkat pertama di dalam SPM dan ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam di Sek. Men. Sultan Idris Syah II, Grik. Bila tamat Tingkatan Enam mendapat tawaran mengajar sebagai guru sandaran di Sek. Keb. Changkat Tin, Batu Gajah kemudian ke Sek. Keb. Pos Piah di Lasah hampir 5 tahun. Pengalaman mengajar di sekolah Orang Asli telah memahirkan bercakap bahasa Orang Asli serta memahami budaya mereka. (Malok haq doh....).

Dalam keadaan untuk keluar daripada garis kemiskinan hidup saya menolak tawaran ke Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan di Pahang untuk melaporkan diri, dan saya menerima memilih kerjaya tetap dan mempunyai  Diploma Perkastaman  berpencen sebagai Pegawai Kastam Kanan di selatan tanahair,membuat pilihan kerjaya untuk menyara keluarga di kampung. Keluarga mengelar abang yang tua dengan panggilan "Yob", adik-beradik 8 orang, 5 lelaki dan 3 perempuan.

Hasil Nukilan
Naib Ketua PKR Cabang Lenggong

Ahad, 17 Oktober 2010

Bekas Setpol Liong Sik sertai PKR

Senarai Terkini Untuk Pencalonan Bagi Jawatan Tertinggi Pemilihan PKR, Hanya Wan Azizah Yang Menang Tanpa Bertanding Bagi Kerusi Presiden !!

PETALING JAYA, 17 Okt [9.37 am] - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (foto), berjaya mengekalkan jawatannya apabila tiada calon lain yang menyerahkan borang bagi mencabar kedudukannya itu selepas tempoh penghantaran borang tamat. Timbalan Setiausaha Agung PKR,Sharifah Shahidah berkata, setakat pukul 6 petang semalam Wan Azizah merupakan itu merupakan satu-satunya calon bagi jawatan itu."Secara keseluruhannya, Majlis Perwakilan Pusat (MPP) menerima 158 pencalonan, Angkatan Muda Keadilan (AMK) (76) dan Wanita (59)," katanya. Sementara itu seperti dijangkakan bagi perebutan jawatan yang paling sengit iaitu Timbalan Presiden, tiga calon utama sah bakal bertanding iaitu Naib-Naib Presiden Mohamed Azmin Ali dan Mustafa Kamil Ayub serta Pengerusi PKR wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zaid Ibrahim. Seramai 19 calon pula menawarkan diri merebut jawatan Naib Presiden termasukNurul Izzah Anwar, Abdullah Sani Abdul Hamid, Chua Tian Chang, Dr Xavier Jayakumar, Fuziah Salleh, Jonson Chong, dan N. Gobalakrishnan. 

Azizah kekal presiden, tiga tanding jawatan timbalan presiden

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatannya tanpa cabaran tetapi kerusi timbalan presiden menyaksikan persaingan tiga penjuru.
Jawatan naib presiden yang menawarkan empat kerusi juga kelihatan panas dengan anak sulung Dr Wan Azizah, Nurul Izzah Anwar mengesahkan bertanding walaupun turut dicalonkan bagi jawatan timbalan presiden.
Walaupun tiga orang dicalonkan bagi jawatan presiden, hanya Dr Wan Azizah menerima pencalonan bagi mengekalkan kepimpinannya yang bermula 11 tahun lalu.

Selasa, 12 Oktober 2010

Calon PAS di PRK Galas Diumumkan pada 24 Oktober

"PAS akan mengumumkan nama calonnya untuk bertanding pada PRK DUN Galas pada 24 Oktober ini, dan semua senarai calon telah diserahkan kepada Dewan Syura untuk diperhalusi sebelum diputuskan secara muktamad," tegas Pengarah Pilihanraya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun.
"Kita (PAS) bercadang membuat pengumuman nama calon 24 Okt ini serentak dengan hari pengumuman yang akan dibuat oleh parti lawan BN (Barisan Nasional), ini dikirakan sesuai dan adil bagi semua pihak," katanya kepada Bernama di sini Isnin. Beliau yang juga anggota DUN Bukit Tuku berkata, mengikut kebiasaannya selepas mengumpul senarai nama calon berkenaan, anggota pimpinan PAS Pusat akan membuat kaji selidik dan semakan secara terperinci latar belakang calon terbabit sebelum membuat keputusan.

"Mereka akan turun ke bawah untuk memastikan calon yang paling sesuai dan memenuhi ciri-ciri kriteria yang dikehendaki sebelum membuat keputusan muktamad," katanya. Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membayangkan bahawa Orang Asli adalah antara senarai nama calon yang dicadangkan oleh parti kawasan berkenaan untuk diserahkan ke peringkat pimpinan parti itu.

Mengenai pelancaran jentera pilihan raya PAS bagi menghadapi kempen di kawasan Galas itu, Abdul Fatah berkata, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan merasmikan majlis pelancaran jentera pilihan raya itu pada 19 Okt ini. "Tarikh itu dianggap sesuai sebagaimana dipersetujui Menteri Besar Kelantan itu sendiri," katanya.

Pilihan raya kecil DUN Galas akan diadakan pada 4 Nov jika ada pertandingan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Chek Hashim Che Sulaiman, 46, akibat barah usus pada 27 Sept lepas. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon ialah pada 26 Okt ini, dan pengundian akan diadakan pada 4 November 2010.



sumber : Salam Perjuangan

Isnin, 11 Oktober 2010

Pilihan raya kecil: PKR akan tanding wakili Pakatan di Batu Sapi

KUALA LUMPUR, 10 Okt — Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menurunkan calonnya mewakili Pakatan Rakyat (PR) jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memanggil pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu Sapi di Sabah meskipun tiada wakil diletakkan dua tahun lalu.
Pilihan raya kecil bagi mengisi kekosongan Batu Sapi yang mempunyai 26,000 pengundi, yang terletak di sebelah timur Sabah, merupakan pilihan raya kecil yang ke-13 sejak 8 Mac 2008.
PR hanya memenangi satu daripada 25 kerusi Parlimen ditandingkan di Sabah pada 2008.
Pengarah Pilihan Raya PKR,

Lima Calon PAS PRK Galas Dikenalpasti


Sekurang-kurangnya lima nama
telah dikenalpasti untuk
disenarai sebagai
calon PAS di 
PRK DUN Galas, kata
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man,
lapor media.

sumber : Harakah
 
Posted by Picasa

Membangun Bersama Islam: Kelantan menerajui perubahan- Siri 1

Wan Nik Wan Yussof dan Mazlan Jusoh

KELANTAN terkenal dengan penduduknya orang beragama. Buktinya gelaran Serambi Mekah dinukil orang sejak dari dahulu sehingga sekarang. Kelantan juga sinonim dengan gelaran Negeri Tadahan Wahyu. Dikenal dengan panggilan Tanah Serendah Sekebun Bunga atau negeri berbudaya. Penduduknya 95 peratus juga beragama Islam. Jumlah penduduknya sekarang melebihi 1.5 juta orang.

Ini sesuai dengan Firman Allah SWT yang bermaksud: "Demi sesungguhnya adalah bagi penduduk negeri Saba' satu tanda (yang membuktikan) kemurahan Allah) terdapat di tempat tinggal mereka iaitu: dua kebun (yang luas lagi subur) yang lertetak di sebelah kanan dan kiri (kariah mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka):

Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadanya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik aman dan makmur) dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang amat Pengampun" (Al-Quran, Surah Saba': 15).

Justeru William R. Roff (1974) pula mengiktiraf Kelantan sebagai: "The Islamic State of Kelantan, in the north east corner of mainland Malaysia bordering southern Thailand, has existed as a locus of power in the peninsular for the least a thousand years."

Prof. Ismail Hussein (1989) mencatat di Kelantan sudah lama tumbuh suatu penghidupan keintelektual dan kesusasteraan yang sama suburnya, yang sedikit diketahui orang hari ini.
Di sebalik kenyataan tersebut, ternyata Kelantan merupakan negri yang unik, terutama dari segi wajah kuasa rakyat dan kehidupan budaya politiknya. Maksudnya, Negeri Kelantan sejak sebelum merdeka melalui proses sejarah yang pernah dinaungi kuasa Siam (sebelum 1909) dan selepas itu dinaungi (melalui perjanjian Bangkok) oleh penjajah Inggeris sehinggalah merdeka. Namun menjelang merdeka berlaku pilihan raya Persekutuan 1955 kuasa politik rakyat telah memberi mandat kepada Umno menang di Kelantan.

Tetapi pada pilihan raya pertama 1959 (selepas meredeka) berlaku pula perubahan mandat rakyat Kelantan apabila parti PAS dipilih mengetuai kuasa politik negeri. Mandat kuasa kepada parti PAS berlaku sehinggalah tercetus `politik darurat' 1977 yang menyaksikan mandat kuasa rakyat beralih kepada Umno tahun 1978. Perubahan mandat kali ketiga itu berlangsung sehingga 1990, dan Umno berdepan dengan kemerosotan populariti kerana pada pilihan raya umum ke-8 21 Oktober 1990, rakyat sudah beralih sokongan dan menyaksikan parti PAS sekali lagi mendapat mandat mentadbir negeri untuk kali kedua. Mandat kuasa rakyat itu berlangsung kini dan tatkala 21 Oktober 2010 adalah ulang tahun ke-20 pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan di bawah dominasi dasar Membangun Bersama Islam. Suatu tempoh yang menciptakan kejayaan Negeri Kelantan menerajui perubahan dari segi kuasa dan politik rakyat yang berteraskan cara hidup Islam.

PEM BENTUKAN KERAJAAN 1959-1978
Bermula pilihan raya 1959, PAS mendominasi kuasa politik di Kelantan. Sebelum itu, Umno menenangi pilihan raya Persekutuan atas sentimen rakyat inginkan kemerdekaan. Justeru sokongan adalah semata-mata menyokong usaha merdeka yang turut dipersetujui semua parti-parti politik termasuk PAS. Namun, sleerqa rakyat Kelantan kepada Umno berubah kerana parti itu tidak serasi dengan jiwa beragama rakyat Kelantan. Maka parti PAS yang memperjuangkan dasar politik Islam menjadi pilihan dalam pilihan raya 1959.

Mulai 1959 PAS mentadbir kerajaan Negeri Kelantan. la berlangsung selama 12 tahun. Dalam tempoh itu, berlaku liku-liku cabaran kuasa rakyat dan politik Kelantan. Parti PAS di Kelantan secara eksklusifnya merupakan parti yang sentiasa di hati rakyat. Maka dalam era dominasi kuasa (sejak 1959-1978) parti PAS boleh disifatkan melalui suatu tempoh pembentukan pentadbiran memimpin politik rakyat Kelantan yang berjaya mencetuskan sejarah tersendiri di sisi rakyat Kelantan. Dalam tempoh itu, menyaksikan Umno sukar diterima rakyat di Negeri Serambi Mekah yang terkenal sebagai pusat penyebaran Islam yang subur di Nusantara selepasAcheh.

Membina harapan rakyat

Di atas sokongan rakyat itu, parti PAS yang mentadbir negeri tetap membina harapan rakyat dengan pelbagai usaha pembangunan yang meliputi fizikal, sikap dan rohani rakyat. Justeru dari aspek fizikal, dalam tempoh 10 tahun PAS memerintah Kelantan sejak 1959 sebanyak 7,620 keluarga penduduk miskin dianugerah tanah. Seluas 78,170 ekar diberi kepada mereka sebagai penempatan baru di Hulu Kelantan.

Hari ini pembangunan tanah di bawah Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Kelantan (LKTN) telah membuahkan hasilnya. Ramai peneroka di rancangan tanah LTKN berubah taraf hidup. Terdapat sebanyak 27 rancangan tanah dikendalikan di bawah LKTN.

Lihat apa yang berlaku di Sungai PAS, Mengkebang, Chuchuh Puteri, Sungai Sok dan Sungai Syam di Kuala Krai, Air Lanas di Jeli, Kemahang 1, Tanah Merah serta Sungai Terah di Gua Musang sekarang.
Penduduk yang pernah bergelar sebagai peneroka kini sudah jauh berubah. Hutan belantara sudah menjadi perkampungan tersusun. Pokok getah dan kelapa sawit subur menghijau melimpah rezeki kepada mereka.

Sedangkan sebelum wujud LKTN, kawasan berkenaan merupakan hutan belantara. Namun, hasil idea dicetus kerajaan PAS, kawasan hutan sekarang sudah bertukar menjadi kampung dan pekan.

Apa yang lebih penting setiap peneroka memiliki geran tanah tanpa perlu membayar hutang kepada agensi kerajaan seperti Felda atau Kesedar. Penduduk tidak perlu risau tentang hutang tanam semula seperti dialami rakan mereka di tanah rancangan milik Kesedar atau Felda.
Pe mbangunan berjalan lancar

Biar pun sumber kewangan kerajaan negeri agak terhad, namun pembanguan tetap berjalan lancar. Kerajaan Negeri pimpinan PAS mampu membina jambatan Sultan Yahya Petra, Stadium Sultan Mohammad Ke- IV dan Rancangan Tali Air Kemubu.

Pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra dimulakan pada 1963 melibatkan perbelanjaan awal sebanyak RM2.86 juta. Selepas slap sepenuhnya pada 1965 jumlah keseluruhan kos meningkat kepada RM6.7 juta. Ketika pembinaan dijalankan Umno mendakwa jambatan itu tidak mampu disiapkan tanpa bantuan kerajaan pusat.

Malah pada kempen pilihan raya 1964 ada pemimpin Umno memberitahu mereka akan berbogel di atas jambatan itu kalau berjaya disiapkan kerajaan PAS.
Sehingga sekarang janji politik itu tidak ditunaikan pemimpin Umno.Jawatankuasa pembinaan jambatan dipengerusi Menteri Besar, Dato' Asri Muda (Tan Sri).
Manakala Stadium Sultan Mohammad Ke IV dibina di kawasan seluas 13 ekar melibatkan kos sebanyak RM1.5 juta.

Rancangan Tali Air Kemubu pula dibina bagi faedah pesawah padi di kawasan seluas 51,000 ekar meliputi jajahan Kota Bharu, Pasir Puteh dan Bachok. Projek itu mengambil masa lima tahun untuk disiapkan dengan kos sebanyak RM45 juta. Dana bagi menyiapkan projek berkenaan dipinjam dari Bank Dunia. Pegawai Kewangan Negeri ketika itu, Dato' Abdul Aziz berlepas ke Washington, Amerika Syarikat bagi melobi pinjaman tersebut untuk membiayai pembinaan tali air.
Projek tali air sepanjang 500 batu akhirnya berjaya disiapkan dengan kos melonjat sehingga RM75 juta.

Ini antara projek besar dilaksanakan kerajaan PAS Kelantan. Tidak ramai yang tahu sejarah itu kerana Umno sering mendabik dada merekalah yang membina Kota Darulnaim dan kompleks Balai Islam di Lundang dan Pasar Siti Khatijah.
Awan mendung—politik darurat

Namun, cerah di langit tidak selama-lamanya. Awan mendung bermula selepas jasa perpaduan akibat 13 Mei 1969 mewujudkan Kerajaan Campuran 1971 dan kemudiannya membawa kepada penyertaan PAS dalam BN 1974. Seketika gelora kuasa rakyat digoda dengan ujian tegar dan parti PAS berdepan dengan kemelut kepimpinan. Berlakunya kekeliruan dalaman parti PAS yang memaksa usul undi tidak percaya dan usaha menyingkir Dato' Mohamad Nasir dari kerusi Menteri Besar Kelantan. la kerana terserlah sikap dan tindakan politik menteri besar itu sehingga dianggap sebagai boneka Umno.
Lalu berlaku 'politik darurat' dan tapak kuasa rakyat sudah goyah bersama PAS berikutan Kerajaan BN yang menguasai Pusat menguatkuasakan perintah darurat melalui Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) di Kelantan. Diikuti suatu pilihan nraya khas mac 1978 menyaksikan peralihan kuasa kepad Umno dengan bantuan kuasa MAGERAN. Justeru kuasa rakyat yang membolehkan pembinaan kerajaan oleh parti PAS (1959-1978) tetap melakar sejarah unik politik Kelantan.

1978 – 1990: PEM BINAAN PEN GARUH DI KALANGAN RAKYAT

Bagi generasi lama tentunya masih segara dalam ingatan, kerana belum pudar mengenangkan nasib menimpa PAS selepas kehilangan kuasa pada 1978. Timbul persoalan, bagaimana untuk mencerahkan semula langit Kelantan agar rakyat yang sedia beragama terus subur nilai-nilai keagamaannya. Justeru itu, komitmen parti PAS selepas kalah 1978 ialah menyuburkan semula siraman wahyu negeri kelantan dengan pengajuran kulaih-kuliah agama dan majlis-majlis ilmu. la telah menyemarakkan kepudaran kesan politik darurat.

Ramai tidak lupa setelah PAS kecundang, ahli parlimen Pengkalan Chepa ketika itu, Ustaz Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sekian lama menyampaikan kuliah agama di Masjid Muhammadi telah dihalang berkuliah. Ketagih rakyat terhadap majlis-majlis ilmu tiba-tiba terhalang.
Maka mengambil kira halangan kuasa yang dimiliki Umno dan Barisan Nasional (BN), Dewan Ulamak PAS Kelantan memutuskan kuliah agama perlu diteruskan di lokasi lain. Pilihan yang ada di Dewan Prof Zulkifli Muhamad, Pejabat Perhubungan PAS Kelantan.

Sambutannya semakin hangat dan ketokohan Ustaz Nik Abdul Aziz (Ustaz Nik Aziz) mula terserlah. Beliau sebagai seorang ulama muda yang sendat dengan ilmu agama di dada berupaya menarik ramai peminat. Anak¬anak murid yang sudah serasi turut sama berpindah ke Dewan Zulkifli Muhamad bagi mengikuti kuliah agama Ustaz Nik Aziz.

Kedudukan pejabat Perhubungan PAS Kelantan di tengah-tengah bandar Kota Bharu, di Jalan Dato' Pati tiba¬tiba menjadi tumpuan ramai. Penduduk datang dari pelbagai tempat. Ada yang datang dari jauh dan dekat. Mereka tidak jemu mengelek kitab bagi memasak lagi ilmu agama di dada.
Kerajaan BN ketika itu diketuai Dato' Mohamad Yaakub, seorang pemimpin Umno lulusan dalam bidang undang¬undang. Kerajaan BN dibentuk selepas PAS tinggal dua kerusi di Dewan Undangan Negeri (Dun). PAS ketika itu diwakili Wan Abdullah Wan Su di Dun Manek Urai dan Nik Abdullah Arshad di Dun Sering.

Sebagai parti yang memperjuangkan Islam, PAS tidak pernah merasa gundah dengan kekalahan yang menimpa. la tidak lebih sebagai satu cabaran bagi meningkatkan lagi jati diri perjuangan.
Bermula dari situlah sebagai Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Aziz menggerakkan tenaga ulama' dan ustaz-ustaz melalui kuliah-kuliah agama ke seluruh Kelantan. Beliau sendiri begitu istiqamah mengajar kitab di masjidnya sendiri di Pulau Melaka. Selari dengan itu, premis-premis milik PAS diguna dan dipopularkan sebagai markaz tarbiah, iaitu sebagai pusat pengembangan ilmu. Sementara di Dewan Zulkifli Muhamad, Bangunan PAS Negeri diperkenalkan kuliah lima minit setiap kali lepas solat zohor. Sejak itu, siri kuliah Jumaat dan kuliah Maghrib mula mendapat sambutan.

Menyokong kepada usaha pendidikan (kuliah-kuliah) agama kepada rakyat, pihak Jawatankuasa Penerangan PAS juga menggerakkan tenaga penerangan menjalankan kempen dan ceramah isu semasa serta gerak gempur penerangan. Antara tenaga penting termasuklah (Data') Haji Omar Mohamad, Haji Mustapha Ibrahim dan haji Buniyamin Yaakob. Di samping Ustaz Nik Aziz sendiri yang Siang dan malam bekerja, tanpa rasa jemu dan penat menyebarkan perjuangan Islam.
Seterusnya ketokohan Ustaz Nik Aziz mulai terserlah sebagai seorang ulama' muda yang disegani kawan dan lawan. Sifat warak dan kealimannya menambahkan lagi tarikan ribuan 'murid' pelbagai lapisan generasi yang cintakan ilmu agama hadir belajar (menadah) kitab di masjidnya di Pulau Melaka dan di Dewan Zulkifli. Maka tidak hairanlah ramai orang mula memanggilnya sebagai tok guru, selaras dengan keilmuan dan sifat warak yang ada pada dirinya.

Bermula dari situlah panggilannya bertukar daripada ustaz' kepada `tok guru.' Gelaran itu bukan beliau yanng meminta, sebaliknya is suatu pengiktirafan sosial daripada orang ramai yang senang memanggilnya begitu. Lebih-lebih lagi sering timbul cerita-cerita 'kelebihan' Tok Guru Nik Aziz yang dikaitkan dengan kejadian bersifat `karomah' yang jarang berlaku atas tok-tok guru lain.
Pernah suatu ketika Hai Omar dan Ustaz Wan Jamil Wan Mahmood melihat dalam kereta dipandu Tok Guru Nik Aziz penuh dengan penumpang. Selkanjutnya Haji Omar menceritakan: "Saya mengekori kereta `tok guru' yang baru selesai berceramah di Mata Air, Pulai Chondong.
"Saya lihat keretanya 'sengek' dan kelihatan ramai orang di dalam. Kemudian keesokan harinya saya bertanya apa yang dilihatnya malam tadi.

"Tok Guru Nik Aziz mengakui bahawa dia seorang diri sahaja memandu pada malam tadi ketika pulang dari ceramah. Mendengarjawapan itu, saya dan Ustaz Wan Jamil mengucap panjang," kata Haji Omar.
Sesungguhnya banyak peristiwa aneh berlaku melibatkan Tok Guru Nik Aziz sepanjang beliau menjalankan tugas sebagai penceramah mahupun pengkuliah. Tambahan pula, setiap hari Jumaat beliau akan hadir solat Jumaat di serata masjid dan acap kali dijemput berkhutbah. Caranya begitu telah menambahkan lagi perhatian orang ramai terhadap ketokohannya

sumber : Harakahdaily

Manek Urai belum tunai, apa pula janji di Galas







Sabtu, 9 Oktober 2010

PRU 13 : Bagaimana kalau Anwar-Ku Li bergabung?

http://kalamperantau.wordpress.com 
Tidak ramai pemimpin yang berjaya memerintah selama 2 dekad mentadbir sesebuah pemerintahan kerajaan di Malaysia. Diperingkat pusat setakat ini hanya Tun Dr. Mahathir sahaja yang berjaya melakukannya dengan memerintah selama 22 tahun, satu rekod yang mungkin sukar dilakukan lagi selepas ini.
Tetapi diperingkat negeri, terdapat beberapa pemimpin kerajaan negeri yang berjaya melakukannya, iaitu Tan Sri Osman Saat (bekas Menteri Besar Johor), Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad (bekas Menteri Besar Terengganu) dan Tun Lim Chong Eu (bekas Ketua Menteri Pulau Pinang) serta Datuk Patinggi Taib Mahmud (Ketua Menteri Sarawak) dan Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan).      
Rekod semasa Menteri Besar atau Ketua Menteri paling lama berkuasa setakat ini masih dipegang oleh Datuk Patinggi Abdul Taib Mahmud, 74 yang juga Presiden Parti PBB, sebuah komponen BN dari Sarawak selama hampir 30 tahun yang memerintah negeri Sarawak sejak dari tahun 1981 hingga sekarang.

Galas: Pemuda PAS lancar jentera hari ini.

Hazayani Zakaria 
  
KUALA LUMPUR, 9 Okt: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP)  akan melancarkan
jentera pilihan raya pemuda peringkat negeri Kelantan bagi pilihan raya kecil
Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas di Markaz PAS Kawasan Gua Musang
jam 3 petang ini.
Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, seluruh pemuda negeri khususnya di
Gua Musang dikerah untuk memulakan gerak kerja setelah jentera dilancarkan
petang ini.
"Untuk peringkat kebangsaan kita dah lancar di program ijtima' minggu lepas
dan hari ini untuk peringkat negeri Kelantan sendiri," kata beliau ketika dihubungi
Harakahdaily hari ini.
Menurut beliau, seramai 5000 pemuda di seluruh negara telah dikerahkan untuk turun
membantu jentera Kelantan pada PRK kali ini.
"Kita telah sasarkan seramai 5000 pemuda akan turun bertugas mengikut syif yang
ditetapkan," katanya.
Sementara itu, Ketua DPP Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman memberitahu,
Kelantan telah menyediakan seramai 400 pemuda dari setiap kawasan
untuk bertugas.
Jumlah petugas dijangka akan meningkat dari semasa ke semasa.
"Kita telah gerakkan gelombang pertama bermula 7 Oktober lalu. Setiap gelombang
akan bertugas mengikut syif iaitu satu syif selama lima hari dan akan berterusan
sehingga ke hari membuang undi," katanya.
Majlis pelancaran petang ini akan dirasmikan oleh Timbalan Pesuruhjaya II
PAS Kelantan, Datuk Husam Musa dan akan dihadiri oleh beberapa
pimpinan DPPP.
sumber : Harakahdaily

Tengku Razaleigh Belum Ada Keputusan


Tengku Razaleigh Hamzah
belum sahkan sama ada
beliau mahu menjadi calon
PRK Dun Galas,
telah terima tawaran
sebagai
Pengarah Pilihan Raya
Umno.

sumber : Harakah

Jumaat, 8 Oktober 2010

Galas: Siap sedia hadapi sebarang kemungkinan

KUALA LUMPUR, 8 Okt: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menggesa jentera PAS bagi Pilihan Raya Kecil N45 Dun Galas, menyusun strategi dan gerak kerja dengan kemas berdepan sebarang kemungkinan.
Menurutnya, strategi dan perancangan yang kemas mampu untuk menghadapi sebarang tindakan tidak bermoral parti lawan.
"Saya percaya bahawa kita semua akan dapat menghadapi tindakan tidak bermoral parti lawan nanti dengan kita menyusun strategi dan gerak kerja yang kemas.
"Kita sekali-kali tidak gentar dengan sebarang ugutan yang menjadi mainan parti lawan sejak puluhan tahun," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas suasana beberapa pilihan raya kecil sebelum ini yang menyaksikan banyak tindakan tidak bermoral berlaku sepanjang kempen.
Ianya antara lain termasuk ugutan, rasuah kepada pengundi dan provokasi keterlaluan sehingga mencetuskan suasana tegang.
Bagaimanapun menurutnya, jika PAS mengatur strategi dengan baik, dan cukup prasyaratnya, parti itu mampu mengekalkan kerusi Dun tersebut.
"Insya Allah, kita akan mempertahankan kerusi di Dun Galas nanti," katanya lagi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRK Dun Galas adalah pada 26 Oktober manakala 4 November tarikh mengundi.
Dalam pada itu, Kerajaan Kelantan semalam mengumumkan kemungkinan akan mengisytiharkan hari mengundi pada 4 November nanti sebagai cuti peristiwa.
Ianya bagi memudahkan rakyat negeri itu, khususnya pengundi di luar kawasan keluar mengundi dengan selesa.
sumber : Harakahdaily

Kenaikan 5-dalam-1: 'PM, akurlah atau kami demo lagi'



Christine Chan




Jika tuntutan mereka tidak dipenuhi, gabungan NGO yang membantah kenaikan harga barang akan menganjurkan perhimpunan besar-besar menentang kenaikan "5-dalam-1" yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

Sebagai respons kepada kenaikan harga petrol, diesel, gula gas, Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (PROTES) membuat lima tuntukan kepada kerajaan:
  • Hentikan pembaziran dalam pembangungan beberapa projek gajah putih seperti Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ)
  • Menguatkuasakan dasar gaji minimum
  • Kembalikan harga asas barang asas seperti sebelum kenaikan bulan ini
  • Jelaskan bagaimanapun 'penjimatan' 4.6 bilion daripada penyelarasan subsidi pada 2006 dibelanjakan
  • Menstruktur semula subsidi supaya rakyat miskin terus mendapat faedah daripadanya
Bagaimanapun menurut PROTES, perhimpunan tersebut merupakan langkah terakir, kata penyelarasnya Dr Hatta Ramli (kiri) yang juga bendahari PAS.

Dalam tempoh itu, kempen yang dinamakan "Bantah: Selamatkan Rakyat" itu akan dilancarkan pada 9 Ogos ini di Kampung Kerinchi,Pantai Dalam bagi memastikan mesej itu sampai kepada pelbagai pihak.

Menurut Dr Hatta, tempat itu dipilih kerana ia antara kawasan tempat tinggal rakyat berpendapatan rendah dan sederhana di Kuala Lumpur - yang paling terasa dengan kenaikan harga barangan.

Katanya, gabungan terdiri daripada parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu juga akan menyediakan sebanyak mungkin bahan makluman dan bacaan dalam bentuk risalah dan buku kecil untuk diedarkan kepada rakyat sepanjang tempoh kempen, sehingga kerajaan menurunkan kembali harga barang.

Selain itu juga, PROTES juga akan mengadakan beberapa siri bantahan di peringkat negeri di seluruh negara.

Kita akan selaraskan dan masa, tempat, aktiviti kita akan umumkan dari semasa ke semasa di seluruh negara," katanya.

PROTES juga memutuskan untuk mengadakan jelajah ke negeri-negri dalam bulan Syawal ini dengan menaiki bas.

Sehubungan itu, beliau mengajak pimpinan parti politik bersama dalam siri jelajah itu bagi turun bertemu rakyat melalui aktiviti himpunan ringkas dan ceramah.
Ahli parlimen Kuala Krai itu berkata pihaknya juga akan menghantar memorandum bantahan mereka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di parlimen pada 14 Oktober depan.

"Kita tunggu sehingga hari akhir sidang parlimen. Kalau mereka (kerajaan) masih berdiam diri, kita akan umumkan masa dan tempat untuk kita berdemo dalam bulan Disember ini," tegasnya.
Turut bersama pada sidang media berkenaan ahli parlimen Lembah Pantai mewakili PKR, Nurul Izzah Anwar, pengerusi lajnah penerangan Dewan Muslimat PAS, Aiman Athirah Al Jundi, setiausaha Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan, bendahari Jemaah Islah Malaysia, Naha Mohd Nor, serta wakil-wakil dari Gabungan Persatuan Islam Malaysia (Gamis), Kelab Mahasiswa Independent (KAMI) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia.

sumber: Malaysiakini


Khamis, 7 Oktober 2010

Datuk Zaid Ibrahim mahu undur.


Datuk Zaid Ibrahim tawarkan
untuk undur diri daripada
bertanding jawatan
Timbalan Presiden PKR
jika Nurul Izzah Anwar
turut bertanding, lapor media.

sumber : Harakah Daily

Rahimi Osman bohong - PKR

PETALING JAYA, 7 Okt: “Kami berpendapat bahawa Rahimi Osman, bekas pembantu Anwar telah berbohong dalam laporan polisnya yang mendakwa beliau dipaksa membuat surat sumpah.
“Perkara ini akan dijelaskan oleh peguam dalam sidang akhbar tengah hari ini,” kata Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Syed Husin Ali.
PKR juga, katanya memandang berat atas percubaan beberapa orang, yang mengakui sebagai penyokonparti untuk menggagalkan sebuah sidang akhbar di Klang, semalam.
“Mereka dilaporkan sebagai bertindak kasar dan mengeluar kata-kata kesat pada masa itu.
“Hal ini tidak membantu kes fitnah kedua terhadap Anwar Ibrahim, bahkan menjejas imej parti,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, pagi ini.
Justeru, beliau ingin menegaskan bahawa PKR tidak pernah merestui, apatah lagi mengarah tindakan kumpulan itu.
Menurutnya, orang yang dikatakan memimpin kumpulan  itu bukannya Naib Presiden Parti ataupun Pembantu Khas Anwar, seperti mana dilaporkan oleh sesetengah media.
sumber : Harakahdaily

Rabu, 6 Oktober 2010

Seruan Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang


Tuan Guru Abdul Hadi Awang seru
semua ahli PAS serta petugas
Pakatan Rakyat dengan
kepakaran yang berbagai
supaya dapat turun ke
DUN Galas, Gua Musang,
Kelantan.

sumber : Harakah

Ahli Umno sabotaj mesyuarat PKR dikenalpasti

Beberapa pihak luar yang sesetengah mereka didakwa mempunyai hubungan dengan BN dipercayai terbabit dalam menganggu pemilihan cabang PKR sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

NONESehubungan itu, setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution berkata beliau akan menyahut cabaran Timbalan Perdana Menteri, Tan SriMuhyiddin Yassin untuk menamakan mereka.

"Saya sahut cabarannya dan akan namakan mereka yang timbulkan masalah itu yang kami kenalpasti melalui rakaman video,” kata Saifuddin di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.

Menurut Saifuddin, antara yang dikenalpasti ialah Razak Halili yang dianggap orang luar yang menimbulkan kekecohan di pemilihan peringkat cabang Kuala langat.

"Dia pernah menjadi ahli PKR tetapi meninggalkan parti selepas kekalahan pada pemilihan a 2004. Dia mungkin menganggotai Umno, selepas itu, saya tidak tahu. Namun dia ada memohon (menyertai PKR) tetapi ditolak,” katanya.

Saifuddin juga berkata seorang lagi orang luar juga dikenalpasti menimbulkan kekacauan di mesyuarat cabang Klang yang didakwanya sebagai seorang anggota parti terbesar komponen BN. Beliau bagaimanapun tidak mahu mendedahkan identiti individu berkenaan.



sumber : Malaysiakini

Pilihan raya Galas: 4 Nov undi, 26 Okt penamaan calon

Tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, di Gua Musang, Kelantan ditetapkan pada 4 November ini.

Pada sidang media di Putrajaya, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar juga mengumumkan tarikh penamaan calon akan diadakan pada hari Selasa, 26 Oktober ini.

Keputusan itu dibuat selepas SPR bermesyuarat, pagi ini.
Menurut Wan Ahmad, seramai 11,553 pengundi yang melibat 11,426 pengundi biasa manakala 127 pengundi pos layak menentukan ADUN di Galas.
SPR juga menamakan Ketua Jajahan Gua Musang, Wan Mustaffa Wan Abdul Halim sebagai pegawai pengurus pilihan raya yang akan dibantu oleh tiga penolong pengurus.
Penamaan calon yang dijadualkan pada 26 Oktober ini bakal berlangsung di Bilik Gerakan Jajahan Gua Musang manakala Pusat Sivik Gua Musang akan dijadikan pusat penjumlahan undi pada malam 4 November.
Sebanyak 11 buah sekolah, sebuah balai dan dewan akan digunakan sebagai tempat mengundi yang membabit 25 buah saluran.
Wan Ahmad juga berkata seramai 323 petugas pilihan raya telah dilantik oleh SPR bagi melincinkan perjalanan pilihan raya itu.
Kerusi DUN Galas kosong selepas kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaima, 48, akibat barah usus, 27 September lalu.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Chek Hashim mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari Barisan Nasional (BN), Mohd Saufi Deraman (3,753 undi) dengan majoriti 646 undi.

Galas terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang bersama DUN Nenggiri dan DUN Paloh.

sumber : Malaysiakini

Selasa, 5 Oktober 2010

Orang Asli Dun Galas sedia bantu PAS

KOTA BHARU, 5 Okt: Masyarakat Orang Asli dari Gua Musang memberi sokongan padu kepada kepimpinan ulama di Kelantan dan sanggup bekerja keras bagi membantu kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil N45 Dun Galas nanti.

Menurut wakil Masyarakat Orang Asli, Pandak Bin Panjang Ey, 39, kejayaan PAS di Gua Musang juga dibantu oleh kaum mereka dan untuk kali ini mereka sanggup membina satu pasukan sendiri bagi memberi penerangan kepada masyarakat Orang Asli dan Melayu di dalam Dun Galas.

“Saya berharap untuk pilihan raya kecil kali ini, PAS Kelantan memberi kebebasan kepada jentera yang dibentuk oleh kami bagi memberi penerangan tersendiri kepada orang kami dan kalau boleh kami ingin menjadi penceramah di pentas PAS di kawasan orang Melayu juga,” ujar beliau yang disambut dengan tepukan orang ramai.

Beliau berucap demikian di Majlis Ramah Mesra Pimpinan Negeri Bersama Masyarakat Orang Asli di Kediaman Rasmi JKR 10.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub mewakili Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis yang turut dihadiri Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasruddin Daud dan Exco Kerajaan Negeri.
Pandak juga berharap kerajaan Kelantan lebih peka tentang permasalahan masyarakat Orang Asli terutamanya berkaitan dengan masalah pemilikan tanah.

Sementara itu, Datuk Ahmad Yakub berkata, pelbagai dasar dan pelaksanaan telah dibuat untuk meningkatkan ekonomi dan pembangunan masyarakat Orang Asli.
Beliau juga memberitahu, sehingga kini seramai 240 Orang Asli telah dimasukkan dalam senarai peserta Ladang Rakyat.

“Kita seberapa daya usaha telah membawa perubahan dalam kehidupan masyarakat Orang Asli ini dan alhamdulillah, kerjasama dari tuan-tuan amat memberangsangkan,” kata beliau.

 Galas: Buruk sungguh Umno layan Razaleigh


sumber : Harakahdaily

Isnin, 4 Oktober 2010

Isu duit RM 100 warga emas kerajaan PP

lim-guan-eng

Antara Fakta Penting : 

  1. Hasil daripada cukai judi dan arak telah digunakan selama ini oleh Kerajaan UMNO-BN untuk : bantuan pelajaran, ubat-ubatan, bantuan kebajikan masyarakat, pembiayaan sukan dan bantuan mangsa bencana alam ;
  2. Hasil ini juga telah tidak diasingkan daripada pendapatan-pendapatan negara yang lain, dengan erti kata lain pendapatan daripada sumber haram dan halal bercampur aduk dan ini diletakkan di dalam akaun Kumpulan Wang yang disatukan... yang digunakan juga untuk membayar gaji semua kakitangan awam Malaysia yang terdiri lebih daripada 1 juta orang !! ;
  3. Ahli-Ahli Parlimen Pakatan rakyat termasuklah ramai daripada mereka yang bukan Islam mendesak judi dihapuskan ;
  4. UMNO sambut ulang tahun kelahirannya yang ke-62 pada 11 Mei dengan diwarnai oleh pengumuman kelulusan Judi Bola Sepak Piala Dunia oleh Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek dan Najib iringi dengan penegasan yang dia tak perlu memberi sebarang komen terhadap hal tersebut ;
  5. Jumlah sebenar hasil daripada cukai judi dan arak seolah-olah DISEMBUNYIKAN daripada pengetahuan rakyat ;
  6. Kerajaan mengatakan SUKAR untuk membezakan sumber pendapatan lain dengan pendapatan daripada hasil cukai judi dan arak bila didesak agar mengadakan akaun yang berasingan . Dan kalaupun itu terpaksa dilakukan maka ia akan mengambil masa yang lama!




PERSOALANNYA :

  1. PM dan TPM hatta Kabinet Malaysia tidak pernah nafikan fakta ini yang ternyata benar kerana dijawab dan dinyatakan sendiri oleh kerajaan di dalam Dewan Rakyat sekitar tarikh 28 November 2009 ;
  2. Timbalan Presiden UMNO - Muhyidin, dan Ketua Penerangan Pemuda UMNO - Reezal Merican tidakpun bangkit menjadi HERO Muslim Malaya, walaupun fakta-fakta buruk itu tidak pernah disanggah.... Ironinya berkobar-kobar untuk terus MENYERANG Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang di bawah Lim Guan Eng meskipun Ketua Menteri itu telah memberi penjelasan dan menafikan tuduhan itu... kenapa? Apakah nawaitu SANDIWARA TERBARU UMNO PULAU PINANG itu? Apakah benar-benar atas kesedaran dan perasaan sedar selaku Hamba Allah yang wajib terikat pada syariatNya atau hanya mempergunakan segala peluang yang ada untuk kepentingan UMNO/BN ?




ADAKAH INI TUMPUAN SEBENAR UMNO/BN ? :

  1. Terus menggugah kredibiliti kerajaan PR Pulau Pinang ?
  2. Membangkitkan kemarahan Melayu dan Islam ?
  3. Menjadi Hero Muslim Malaya ?
  4. Berusaha keras memburukkan imej Cina DAP dan Guan Eng (Pakatan Rakyat) bagi memberi kuasa semula kepada Cina GERAKAN dan Koh Tsu Koon (Barisan Nasional) ?




NASIHAT UMUM :

  1. Hentikan politik perkauman.
  2. Jangan jadikan politik kepartian memburukkan wajah Malaysia dan rakyatnya.
  3. UMNO/BN terima kekalahan mereka di Pulau Pinang dan belajar menghormati Kerajaan sah yang ada.
  4. PRU13 lawanlah pula, mana tahu UMNO - Melayu Islam Pulau Pinang boleh jadi Ketua Menteri !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top