Oleh G Manimaran
October 03, 2011
KUALA LUMPUR, 3 Okt — Satu wacana isu semasa mengenai hudud mengesyorkan satu jawatankuasa teknikal ditubuhkan untuk mengkaji kemungkinan bagi melaksanakan undang-undang Islam itu secara serius di Malaysia ketika parti-parti politik pula mempamerkan pendirian berbeda dalam hal ini.
Selain itu, wacana tersebut juga mengesyorkan agar diadakan satu referendum atau pungutan suara untuk memahami persepsi dan kehendak rakyat berhubung pelaksanaan hudud dan juga program penerangan secara berterusan.
Wacana bertajuk “Hudud: Sesuaikah Dilaksanakan Di Malaysia” dianjurkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) semalam.