Antara Fakta Penting :
- Hasil daripada cukai judi dan arak telah digunakan selama ini oleh Kerajaan UMNO-BN untuk : bantuan pelajaran, ubat-ubatan, bantuan kebajikan masyarakat, pembiayaan sukan dan bantuan mangsa bencana alam ;
- Hasil ini juga telah tidak diasingkan daripada pendapatan-pendapatan negara yang lain, dengan erti kata lain pendapatan daripada sumber haram dan halal bercampur aduk dan ini diletakkan di dalam akaun Kumpulan Wang yang disatukan... yang digunakan juga untuk membayar gaji semua kakitangan awam Malaysia yang terdiri lebih daripada 1 juta orang !! ;
- Ahli-Ahli Parlimen Pakatan rakyat termasuklah ramai daripada mereka yang bukan Islam mendesak judi dihapuskan ;
- UMNO sambut ulang tahun kelahirannya yang ke-62 pada 11 Mei dengan diwarnai oleh pengumuman kelulusan Judi Bola Sepak Piala Dunia oleh Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek dan Najib iringi dengan penegasan yang dia tak perlu memberi sebarang komen terhadap hal tersebut ;
- Jumlah sebenar hasil daripada cukai judi dan arak seolah-olah DISEMBUNYIKAN daripada pengetahuan rakyat ;
- Kerajaan mengatakan SUKAR untuk membezakan sumber pendapatan lain dengan pendapatan daripada hasil cukai judi dan arak bila didesak agar mengadakan akaun yang berasingan . Dan kalaupun itu terpaksa dilakukan maka ia akan mengambil masa yang lama!
PERSOALANNYA :
- PM dan TPM hatta Kabinet Malaysia tidak pernah nafikan fakta ini yang ternyata benar kerana dijawab dan dinyatakan sendiri oleh kerajaan di dalam Dewan Rakyat sekitar tarikh 28 November 2009 ;
- Timbalan Presiden UMNO - Muhyidin, dan Ketua Penerangan Pemuda UMNO - Reezal Merican tidakpun bangkit menjadi HERO Muslim Malaya, walaupun fakta-fakta buruk itu tidak pernah disanggah.... Ironinya berkobar-kobar untuk terus MENYERANG Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang di bawah Lim Guan Eng meskipun Ketua Menteri itu telah memberi penjelasan dan menafikan tuduhan itu... kenapa? Apakah nawaitu SANDIWARA TERBARU UMNO PULAU PINANG itu? Apakah benar-benar atas kesedaran dan perasaan sedar selaku Hamba Allah yang wajib terikat pada syariatNya atau hanya mempergunakan segala peluang yang ada untuk kepentingan UMNO/BN ?
ADAKAH INI TUMPUAN SEBENAR UMNO/BN ? :
- Terus menggugah kredibiliti kerajaan PR Pulau Pinang ?
- Membangkitkan kemarahan Melayu dan Islam ?
- Menjadi Hero Muslim Malaya ?
- Berusaha keras memburukkan imej Cina DAP dan Guan Eng (Pakatan Rakyat) bagi memberi kuasa semula kepada Cina GERAKAN dan Koh Tsu Koon (Barisan Nasional) ?
NASIHAT UMUM :
- Hentikan politik perkauman.
- Jangan jadikan politik kepartian memburukkan wajah Malaysia dan rakyatnya.
- UMNO/BN terima kekalahan mereka di Pulau Pinang dan belajar menghormati Kerajaan sah yang ada.
- PRU13 lawanlah pula, mana tahu UMNO - Melayu Islam Pulau Pinang boleh jadi Ketua Menteri !
sumber : http://anakmuaallaf.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan