KUALA LUMPUR, 28 Julai: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib berkata, kerajaan perlu menurunkan cukai sekiranya benar-benar ikhlas ingin membantu meringankan beban rakyat.Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seperti yang disiarkan media hari ini yang mengumumkan pertambahan satu lagi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu Perangi Kos Kehidupan Yang Kian Meningkat sebagai usaha membantu meringankan beban rakyat ekoran kenaikan kos harga barang makanan.
“Cara untuk kurangi beban rakyat adalah mudah, kerajaan jangan ambil cukai yang berlebihan, itu sahaja,” kata beliau ketika dihubungi.
Menurutnya, cukai import hendaklah berpandukan kepada panduan sistem pengambilan zakat iaitu 2.5 peratus.
“Tak perlu cukai yang berlebihan yang membebankan rakyat, rakyat terpaksa bayar harga yang tinggi untuk barang yang sepatutnya boleh dibeli dengan harga yang murah,” ujar beliau yang juga adalah Adun Manir.
KUALA LUMPUR, 13 Julai – Dalam pandangan dilihat menyentuh kesan perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Putrajaya telah mempergunakan pemimpin agama untuk mempertahankan kuasa sebagaimana disaksikan di rantau Timur Tengah.
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, parti itu akan mendesak pihak BERSIH 2.0 sekali lagi menganjurkan perhimpunan itu.

Pekeliling bertarikh 30 Jun yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah JPA Tan Sri Abu Bakar Abdullah, bagaimanapun tidak menamakan mana-mana perhimpunan.
Ketua pengarah JPA mengingatkan kakitangan awam untuk mempertahankan prinsip 'neutrality' dan 'impartiality' dalam perkhidmatan awam dan memastikan mereka berkecuali terhadap mana-mana politik, kumpulan termasukan gerakan, fahaman dan parti politik.
Pekeliling itu dialamatkan kepada semua pengarah bahagian, pengarah jabatan pelajaran negeri, pengarah institut pendidikan guru dan pengarah kolej matrikulasi.
“Sehubungan dengan itu adalah ditegaskan bahawa semua pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia serta pelajar sekolah, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru adalah dilarang menghadiri atau melibatkan diri dalam perhimpunan haram tersebut pada mana-mana tarikh atau tempat yang dianjurkan oleh pertubuhan tidak berdaftar BERSIH,” katanya.

Ketua pergerakan itu, Zuraida Kamaruddin berkata, Datuk Seri Najib Razak tidak seharusnya membiarkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein terus mengarahkan polis menahan individu yang didakwa terbabit dengan perhimpunan berkenaan.
"Walaupun Agong dah jumpa pemimpin BERSIH, mereka tetap ambil tindakan ke atas BERSIH," ," katanya.