Khamis, 28 Julai 2011

Turun cukai jika kerajaan ikhlas bantu rakyat

Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 28 Julai: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib berkata, kerajaan perlu menurunkan cukai sekiranya benar-benar ikhlas ingin membantu meringankan beban rakyat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seperti yang disiarkan media hari ini yang mengumumkan pertambahan satu lagi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu Perangi Kos Kehidupan Yang Kian Meningkat sebagai usaha membantu meringankan beban rakyat ekoran kenaikan kos harga barang makanan.

“Cara untuk kurangi beban rakyat adalah mudah, kerajaan jangan ambil cukai yang berlebihan, itu sahaja,” kata beliau ketika dihubungi.

Menurutnya, cukai import hendaklah berpandukan kepada panduan sistem pengambilan zakat iaitu 2.5 peratus.

“Tak perlu cukai yang berlebihan yang membebankan rakyat, rakyat terpaksa bayar harga yang tinggi untuk barang yang sepatutnya boleh dibeli dengan harga yang murah,” ujar beliau yang juga adalah Adun Manir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top