Rabu, 23 November 2011

Soalan-soalan asal yang dikemukakan oleh ahli-ahli Parlimen PAS lain itu penuh dengan saranan dan pandangan-pandangan yang baik untuk dilaksanakan

PAS beri saranan baik, bukan serang kerajaan
Aziz Muda



KUALA LUMPUR, 22 Nov: PAS kesal kerana saranan-saranan baik yang dikeluarkan oleh ahli-ahli Parlimen dan para pemimpin parti itu untuk memperrtingkatkan mutu penyiaran RTM tidak diberikan layanan yang sewajarnya oleh menteri dan timbalan menteri kementerian itu.

Sebaliknya, ketika perbahasan pada persidangan Dewan Rakyat, timbalan menteri yang mewakili kementerian terbabit lebih berminat menjawab soalan-soalan tambahan yang dikemukakan oleh ahli-ahli Parlimen Umno BN daripada memberikan respon terhadap soalan asal yang dibangkitkan oleh pihak PAS.

Ahli Parlimen Baling, Taib Azamuddeen Md Taib berkata, pada hal dalam soalan-soalan asal yang dikemukakan oleh beliau dan ahli-ahli Parlimen PAS lain itu penuh dengan saranan dan pandangan-pandangan yang baik untuk dilaksanakan.

Menurut beliau, respons dari pihak Kerajaan BN termasuk timbalan menteri kementerian terbabit bagaimanapun lebih kepada tuduhan terhadap pihak PAS yang kononnya hanya sekadar tahu menyerang pihak kerajaan.

Katanya, tindakan seperti itu tidak seharusnya berlaku kerana sudahlah saranan baik yang diberikan tidak dilayan, dituduh pula pihaknya dengan tuduhan sedemikian.

"Pada hal saya tak pun menyerang pihak kerajaan dan tidak pernah bersikap sedemikian. Sebaliknya, saya hanyalah memberikan saranan dan pandangan. Tetapi timbalan menteri tak jawabpun pertanyaan asal saya," katanya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Ketika bangun mencelah sewaktu Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 peringkat kementerian itu, beliau berkata, sikap seperti itu tidak akan memberikan keuntungan kepada sesiapa.

Sebaliknya, ia akan menyebabkan mutu penyiaran RTM semakin merosot, malah gagal menarik perhatian lebih ramai penonton, apatah lagi dengan laporan-laporannya yang berat sebelah yang penuh dengan kenyataan-kenyataan negatif terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.

Selain itu, beliau turut kesal kerana pihaknya tidak diberikan ruang yang sewajarnya untuk bersuara bagi menyatakan pandangan-pandangan yang baik pada persidangan Dewan Rakyat.

"Sudahlah saranan saya tak dilayan oleh timbalan menteri, ruang untuk bercakap di Parlimen pun tak diberikan. Peluang untuk bercakap hanyalah diberikan kepada ahli-ahli Parlimen dari BN sahaja," tegas beliau.

Pada hal, tambahnya, soalan-sdoalan asal dan pandangan-pandangan yang diberikan oleh pihaknya itu adalah yang relevan untuk diketengahkan.

"Ia sepatutnya diberikan layanan yang baik, bukan seperti yang diberikan ini," ujar beliau kesal.

sumber : Harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top