Sabtu, 2 Februari 2013

Masalah lalu lintas di Penang bakal diatasi


Tangani masalah lalulintas, 'cahaya di hujung terowong'


Susan Loone
3:56PM Feb 2 2013


Masalah trafik dijangka menjadi isu tempatan utama dalam pilihan raya umum akan datang tetapi kerajaan negeri Pakatan Rakyat bersedia berdepan dengan cabaran itu.

Selepas berdekad mengalami kesesakan lalulintas, Pulau Pinang akhirnya boleh 'melihat cahaya di hujung terowong' apabila pelan untuk menanganinya, dilaksanakan.


Itulah sebabnya apabila Ketua Menteri Lim Guan Eng (kiri)
mengumumkan malam tadi cadangan pembinaan empat peringkat jalan utama, para penyokong beliau menarik nafas lega.

Beliau berkata exco kerajaan negeri telah memutuskan untuk menganugerahkan kepada sebuah syarikat bagi membina empat projek jalan utama di Pulau Pinang.

Beliau tidak menamakan syarikat tersebut tetapi ia diketahui bahawa projek yang bernilai RM8 bilion juta akan bermula pada tahun 2015.

Dan syarikat itu, katanya, perlu mematuhi beberapa syarat baru dalam kontrak.

"Salah satu syarat baru ialah kita tidak akan memberikan mereka jaminan trafik," katanya.

Pada masa pentadbiran BN, tambahnya, syarikat konsesi akan mendesak untuk mendapatkan jaminan trafik tersebut.


Lim menegaskan demikian ketika berucap kepada lebih 3,000 orang di majlis makan malam untuk mengumpul dana DAP di Pulau Pinang malam tadi.

Katanya, melalui jaminan trafik tersebut, jika jumlah kenderaan
yang menggunakan lebuh raya tersebut tidak cukup, maka kerajaan negeri terpaksa membayar pampasan kepada syarikat terbabit.

Sebaliknya, kata Lim, pihaknya mahu membuktikan bahawa Pakatan Rakyat boleh melakukan perkara itu secara berbeza daripada BN.

Oleh itu, katanya, pihaknya telah memberitahu syarikat konsesi, tersebut bahawa tidak ada jaminan trafik untuk jalan-jalan berkenaan.

Empat projek yang dicadangkan itu melibatkan Lebuhraya Gurney Drive-Tun Dr Lim Chong Eu (4.2km), Jalan Pintas Tun Dr Lim Chong Eu-Bandar Baru Air Itam (empat lorong) sejuah 4.6 kilometer, Terowong Pulau Pinang-Butterworth (6.6km) dan jalan 12km menghubungkan Tanjung Bungah dan Teluk Bahang (empat lorong).

Sebelum itu, Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow mengumumkan bahawa parti itu telah berjaya mengumpul RM500,000 daripada jualan tiket, dan RM12,000 lagi kutipan sumbangan dari meja ke meja.

[Baca berita penuh]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top