Khamis, 16 Mei 2013

Artikel Pilihan : Cara terbaik tingkatkan mutu pendidikan

Cara terbaik tingkatkan mutu pendidikan


Oleh ABU FIRDAUS

SAYA pernah ditanya apakah pendapat saya mengenai bagaimana caranya untuk

meningkatkan mutu pendidikan negara kerana waktu ini ia berada pada imej buruk.

Maka saya hanya jawab “bebaskan media”. Saya terangkan kepadanya hanya dengan media yang bebas memuji dan mengkritik baru ada maklum balas baik.

Setelah banyak tahun media arus perdana tidak menampilkan isuisu pendidikan secara berimbang kerana mereka dikawal supaya kerajaan dipandang indah dan terus mendapatkan sokongan.

Sedangkan keadaan pendidikan di negara ini tidak dapat dinilai secara berimbang.

Untuk mengharapkan media arus media pinggiran untuk mengulas mengenai pendidikan tidak boleh dibuat kerana ia berpecah-pecah, mereka kekurangan sumber terlatih dan lebih-lebih lagi mereka mudah diculik oleh pihak yang memiliki kuasa dan berdana besar.

Media arus perdana ada tiga saluran iaitu akhbar, televisyen dan radio dengan Internet sebagai penyambung dan perangkai kepada jenama asalnya.

Akhbar adalah media terbaik untuk membincangkan mengenai kedudukan pendidikan di negara baik di peringkat rendah mahupun tinggi. Bentuk cetakan membolehkan akhbar menyediakan ruang yang besar dengan tempoh masa berhari-hari bagi mengetengahkan isu-isu.

Namun kini akhbar tidak boleh berbuat demikian.

Sejak beberapa tahun kebelakangan akhbar banyak masuk ke bilik-bilik darjah dengab mereka menjadi sebagai sebahagian daripada alat mengajar.

Lihatlah akhbar-akhbar arus perdana negara.

Daripada Utusan Malaysia, Berita Harian, The New Straits Times hinggalah Star mempunya banyak ruang untuk digunakan sebagai alat pengajaran di sekolah.

Dalam keadaan begini, tidak ada mana-mana akhbar yang berani mengkritik sekolah dan Kementerian Pelajaran kerana bimbang akhbarakhbar mereka diharamkan daripada masuk bilik darjah.

Apabila keadaan begini berlaku saban tahun, akhbar-akhbar itu tidak dapat lagi melahirkan pemberita dan wartawan yang cekap menghidu isuisu berkaitan pendidikan. Akhirnya, mereka akan melahirkan wartawan yang hanya mampu membuat kertas-kertas soalan peperiksaan.

Pada masa ini semua akhbar mempunyai ruangan promosi institusi pendidikan tinggi. Semua IPT termasuk IPTA menghabiskan berjutajuta ringgit membeli iklan dalam akhbar dan bidang ini sudah menjadi perniagaan besar.

Kalau dahulu, iaitu pada tahun 80-an, iklan yang disiarkan oleh IPTA pengumuman pengambilan pelajar dalam waktu-waktu tertentu tetapi sekarang iklan mereka adalah bentuk komersial dan dibuat sepanjang tahun.

Dengan memperoleh pendapatan berjutajuta ringgit ini tidak ada akhbar yang akan berani mengkritik mana-mana IPT kerana bimbang periuk nasi mereka terjejas.

Ditambah pula pada zaman ini semua IPT termasuk IPTA selaras dengan amalan perhubungan awam terkini bersama pula dengan fahaman kepentingan penjenamaan berbelanja jutaan ringgit untuk menjaga nama baik institusi masing-masing.

Dalam keadaan ini, mereka akan berusaha mengadakan pelbagai helah supaya dapat mewujudkan hubungan baik dengan akhbar.

Untuk itu, maka berlakulah kerjasama IPT dengan akhbar yang ada kalanya menggunakan agensi media melibatkan jutaan ringgit bagi mengadakan acara bersama. Umpamanya, IPTA menganjurkan konvokesyen yang dikendalikan oleh pihak akhbar.

Keuntungan besar yang diperoleh oleh IPTA berkenaan ialah mereka memperoleh imej baik yang dipaparlan oleh akhbat yang menjadi rakan media mereka. Maka yang pasti akhbar berkenaab tidak akan berani mengkritik IPTA berkenaan jika timbul sebarang isu.

Pada zaman ini pula semua kementerian termasuk Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi serta agensi-agensi kerajaan mempunyai peruntukan berjuta-juta ringgit untuk mengupah pakar runding bagi merancang kempen besar-besaran melalui iklan dan kegiatan perhubungan awam untuk menampilkan pencapaian mereka.

Dalam keadaan ini, tidak ada akhbar yang berani mengkritik manamana kementerian kerana bimbang iklan berjuta-juta ringgit itu ditarik balik lebih-lebih lagi kedudukan pendapatan jualan dan iklan yang kian terancam merosot.

Pada zaman ini pula syarikat-syarikat besar termasuk yang dimiliki kerajaan terlibat dengan pendidikan. Ada antaranya memberikan biasiswa dengan diiklankan dalam akhbar. Ada pula yang menubuhkan universiti.

Tidak ada manamana akhbar yang akan sanggup mengambil risiko menjejaskan pendapatan iklan mereka dengan mengkritik universitiuniversiti milik syarikatsyarikat korporat.

Ditambah pula sejak empat tahun lalu, kerajaan yang bimbang tidak dipilih semula telah memberi tekanan kepada akhbar supaya menyiarkan perkara-perkara yang baik saja supaya mereka dapat memenangi pilihan raya.

Justeru, semua masalah pemdidilam disapu ke bawah karpet. Para pelajar yang dilatih dalam komunikasi massa keluat bekerja untuk menulis cerita baik-baik saja seperti para penulis upahan iklan.

sumber : Detikdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top