Ahad, 1 Mei 2011

Sumpah Shazryl tidak kena

Petikan dari Sinar Harian

SHAH ALAM - Seseorang yang menuduh individu lain melakukan perbuatan zina layak mendapatkan empat saksi adil, tidak fasiq dan tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk, tetapi tidak layak melakukan sumpah laknat.
Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahib berkata, hukum fekah menjelaskan sekiranya ingin menuduh seseorang melakukan perbuatan terkutuk, individu itu perlu membawa empat saksi tidak termasuk dirinya.

Menurutnya, sekiranya gagal membawa bukti dan saksi, individu terbabit tidak layak membuat tuduhan.

Beliau berkata, sekiranya tidak layak, individu itu wajib dikenakan hukum qazaf, hukuman kepada orang yang menuduh orang berzina tanpa empat saksi di mana dalam Islam dikenakan 80 kali sebatan.

"Laknat Allah ini tidak boleh dipermainkan, kalau tidak berlaku (perbuatan) jangan menuduh, nanti sumpah memakan diri. Apa disiarkan di televisyen semalam (merujuk kes Datuk Shazryl Eskay bersumpah laknat), langsung tidak kena kerana itu bukan disyariatkan Islam.

"Segala apa dilakukan (sumpah laknat), bukan selesai begitu sahaja dan bukan bermakna kita sudah cuci tangan, tetapi kita di-pertanggungjawabkan mulai saat kita melakukan perbuatan itu sehingga kita bertemu Allah," katanya.

Abdul Wahid berkata, sumpah laknat atau sumpah mubahalah ini berat malah ianya perlu dihadiri kedua-dua pihak (yang menuduh dan dituduh).


Sumpah hak Anwar

SHAH ALAM - Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya berkata, keputusan sama ada ingin bersumpah atau sebaliknya terpulang kepada Anwar.

"(Datuk Shazryl) Eskay (Abdullah) tidak patut bersumpah kerana yang tertuduh (Anwar) perlu bersumpah menafikan tuduhan bersifat jahat itu.

"Jika Anwar mengangkat sumpah, memadai hanya dengan lafaz wallahi, tuduhan itu palsu," katanya.

Menurutnya, pendakwa perlu membawa bukti tuduhan, manakala tertuduh bersumpah jika ingin me-nafikannya.

Beliau berkata, mahkamah perlu bertindak secara proaktif dengan memutuskan isu ini segera bagi menutup aib umat Islam.

"Saya berharap isu ini diselesaikan segera kerana memalukan umat Islam," katanya.

Dr Juanda turut mengulas individu membuat tuduhan zina tanpa empat saksi layak dikenakan tuduhan qazaf.

Pendakwah bebas, Md Daud Che Ngah berkata, berdasarkan al-Quran sumpah laknat hanya boleh dila-kukan suami isteri sahaja.

"Sumpah laknat dilakukan kerana suami membuat tuduhan zina dan isteri perlu bersumpah untuk menolak tuduhan terbabit.

"Dalam isu sumpah laknat Shazryl semalam, langsung tiada kena mengena kerana apa yang dilakukannya adalah pembohongan bersifat fitnah dalam masjid," katanya.

Md Daud berkata, Shazryl sepatutnya membawa kes itu ke Mahkamah Syariah mengikut proses perundangan sedia ada.

"Ini kerana orang yang mengangkat sumpah sepatutnya bebas dosa," katanya.

sumber : Sinar Harian

Shazryl layak dikenakan tuduhan qazaf

SHAH ALAM - Tmdakan sumpah laknat Datuk Shazryl Eskay Abdullah kelmarin menjadi pertikaian sama ada layak atau sebaliknya kerana ketia-daan pihak tertuduh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah pada waktu yang sama.

Presiden Persatuan Peguam Syarie, Muhamad Isa Abdul Ralip berkata, sumpah laknat perlu dilakukan tertuduh (Anwar) bagi membersihkan nama daripada tuduhan itu.

"Dalarn kes ini, sumpah laknat Eskay tidak selari pendekatan syarak dalam Islam kerana ketiadaan pihak disabitkan dengan tuduhannya itu.

"Saya sendiri kurang jelas Shazryl sumpah untuk tujuan apa kerana sumpah perlu berlandaskan pada hukum syarak ditetapkan dalam Islam.

"Jangan sewenang-wenang angkat sumpah jika tidak tahu maksud sumpah sebenarnya, atau Eskay sebenarnya bermotifkan politik," katanya.

Beliau menyifatkan tindakan sumpah Shazryl semalam adalah pelik kerana pihak yang mendakwa mengangkat sumpah dan bukannya Anwar.

"Sumpah laknat adalah mubahalah yang mana perlu ada kedua-dua yang bertentangan, tertuduh dan pendakwa semasa proses angkat sumpah," katanya.

Petikan dari Sinar Harian

Qazaf cara terbaik 

IPOH - Isu penyelesaian siapa pelaku video seks dikaitkan dengan ketua pembangkang, hanya boleh diselesaikan mengikut syariat Islam, dengan memfailkan pertuduhan qazaf.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sumpah laknat bukan cara terbaik kerana semua orang boleh bersumpah (laknat) dan ramai boleh melaku-kannya kerana beranggapan tidak perlu takut dengan sumpah.

"Sepatutnya, selepas dia (merujuk kepada Shazryl Eskay) membuat tuduhan orang itu berzina, perlu ke-mukakan bukti bukannya bersumpah.

"Menuduh orang berzina itu maknanya qazaf , qazaf ini bukan bersumpah tetapi perlu bawa bukti, katanya.

Menurutnya, cara dilakukan Shazryl Eskay itu membabitkan pertuduhan zina antara suami isteri.

"Qazaf ini, kalau dia (trio Datuk T) tidak boleh mengemukakan bukti, ikut hukum Islam dia (trio Datuk T) kena sebat. Itu saja hukumnya. Sebab itu, tidak semudah ini menghukum orang berzina," katanya.

Bagi Penasihat Agama Menteri Besar, Kapten (B) Datuk Mohd Najpuiddin Elias berkata, sumpah lak-nat dilakukan bagi menggantikan tuduh berzina tanpa empat saksi namun jika saksi mencukupi ia tidak perlu. 

sumber : Sinar Harian

ANWAR DIANIAYA - Sinar harian

Keratan akhbar Sinar harian tentang berita tersebut.

Sebar video agenda jatuhkan Ketua Pembangkang

MOHD ZAILANIABD RAHMAN

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun tindakan sumpah laknat dilakukan seorang ahli pernia-gaan, Datuk Shazryl Eskay, kelmarin.

Menteri Besar Kelantan berka-ta, tindakan menyebarkan video itu jelas menganiaya Anwar selain ber-niat menjatuhkan peribadi Ketua Pembangkang itu yang dianggapnya sebagai 'tenaga orang Melayu'

Nik Aziz turut mengulangi kenya-taannya,videoseksdisebarkanitu me-ragukan apabila raut wajah individu ti-dak difokuskan dengan jelas. "Sebelum ini, saya dengar ada pemimpin Pakatan Rakyat (PR) keti-ka berceramah menjelaskan video itu bukan Anwar, kalau betul nak kenakan Anwar,kena fokus pada muka, bukan pada tubuh, itu caranya," katanya men-gadakan ceramah di Kampung Parang Puting, di sini malam semalam. Hadir sama, Exco Kerajaan Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah.

Anwar bersama Nik Aziz turut berkongsi pentas dalam satu majlis di Kota Bharu petang semalam, namun kedua-dua pemimpin itu tidak men-gulas tindakan bersumpah dibuat Shazryl.

Dalam pada itu, Nik Aziz turut kecewa dengan sikap segelintir orang Melayu yang sanggup melakukan tin-dakan memburukkan individu tertentu sedangkan seorang pemimpin MCA terbukti melakukan perbuatan kesalahan seks, namun tidak dihebohkan seperti mana yang berlaku. Menurutnya, jika Anwar tidak jujur, sudah lama beliau sudah merosakkan negara kerana pernah memimpin negara, selain bertindak sebagai bekas Menteri Kewangan yang bertanggungjawab mengurus pentadbiran negara.

sumber: Sinar Harian

Tok Guru Nik Aziz Mengulas Gesaan Najib Supaya Pas Tinggalkan PR




Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang konsisten menolak idea kerajaan perpaduan dan kerjasama politik Umno-PAS menegaskan, pihaknya tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat sebagaimana diminta oleh Datuk Seri Najib Razak.

Najib menyentuh isu berkenaan dua kali di Kuala Terengganu sempena lawatan kerja ke negeri itu hari ini.


Nik Aziz (gambar) yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pandangan dilontarkan oleh Perdana Menteri dan Presiden Umno itu adalah satu isu lama.


“Ini (meninggalkan Pakatan) adalah isu lama,” kata Nik Aziz di sini hari ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top