Selasa, 14 Jun 2011

Hassan Kekal Exco Kerajaan Negeri - Abdul Khalid


SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak berhasrat menggugurkan Datuk Dr Hassan Mohamad Ali sebagai Exco Kerajaan Negeri buat masa ini.
Beliau berkata, sebaliknya Hassan akan kekal dengan portfolionya sebagai Pengerusi Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas desas-desus akan berlaku rombakan Exco ekoran pengguguran Hassan sebagai Pesuruhjaya PAS negeri Ahad lalu.
Pengguguran berkenaan sebagai melengkapkan proses pemilihan parti seperti yang diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas seminggu berakhirnya Muktamar Tahunan PAS ke-57 pada 5 Jun.
Jawatan itu kini disandang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Dr Abdul Rani Osman yang juga Yang Dipertua PAS Kapar.
sumber: mStar Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top