Isnin, 24 Mac 2014

Undi Melayu meningkat, undi Cina turun

PRK Kajang: Pengundi Melayu Meningkat, Pengundi Cina Menurun 7 peratus
Ahad, 23 Mac 2014



DS Wan Azizah yang mewakili PKR berjaya mengekalkan kemenangan Dun Kajang dengan majoriti 5,379 undi. PKR mendapat 16,741 undi manakala BN pula mendapat 11,362 undi daripada 28,314 atau 72 peratus yang keluar mengundi pada pilihan raya kecil hari ini. Sebelum ini pada 5 Mei tahun lalu peratus keluar mengundi ialah 87 peratus.

PKR telah berjaya menguasai undi di kebanyakan saluran 5, 6 dan 7 yang merupakan saluran undi golongan muda dan kemenangan ini juga, dikatakan lebih baik kerana berjaya meningkatkan undi Melayu, selain berjaya memenangi dua kawasan Melayu yang dahulunya dimenangi BN.

Analisis awal yang sempat saya buat ada peningkatan undi Cina kepada calon MCA Datin Paduka Chew Mei Fun kira-kira 25 peratus berbanding antara 17 dan 18 peratus pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu.

Peratus keluar mengundi yang kurang iaitu 15% iaitu kira-kira 5,899 pengundi tidak datang mengundi membuatkan analisis secara tepat mungkin tidak diperolehi.

Apakah pengundi Cina sudah beralih arah? Suatu post-mortem yang lebih detail harus dilakukan.

sumber : http://tempayanretak.blogspot.com/2014/03/prk-kajang-pengundi-melayu-meningkat.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top