Keratan akhbar Sinar harian tentang berita tersebut.
MOHD ZAILANIABD RAHMAN
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun tindakan sumpah laknat dilakukan seorang ahli pernia-gaan, Datuk Shazryl Eskay, kelmarin.
Menteri Besar Kelantan berka-ta, tindakan menyebarkan video itu jelas menganiaya Anwar selain ber-niat menjatuhkan peribadi Ketua Pembangkang itu yang dianggapnya sebagai 'tenaga orang Melayu'
Nik Aziz turut mengulangi kenya-taannya,videoseksdisebarkanitu me-ragukan apabila raut wajah individu ti-dak difokuskan dengan jelas. "Sebelum ini, saya dengar ada pemimpin Pakatan Rakyat (PR) keti-ka berceramah menjelaskan video itu bukan Anwar, kalau betul nak kenakan Anwar,kena fokus pada muka, bukan pada tubuh, itu caranya," katanya men-gadakan ceramah di Kampung Parang Puting, di sini malam semalam. Hadir sama, Exco Kerajaan Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah.
Anwar bersama Nik Aziz turut berkongsi pentas dalam satu majlis di Kota Bharu petang semalam, namun kedua-dua pemimpin itu tidak men-gulas tindakan bersumpah dibuat Shazryl.
Dalam pada itu, Nik Aziz turut kecewa dengan sikap segelintir orang Melayu yang sanggup melakukan tin-dakan memburukkan individu tertentu sedangkan seorang pemimpin MCA terbukti melakukan perbuatan kesalahan seks, namun tidak dihebohkan seperti mana yang berlaku. Menurutnya, jika Anwar tidak jujur, sudah lama beliau sudah merosakkan negara kerana pernah memimpin negara, selain bertindak sebagai bekas Menteri Kewangan yang bertanggungjawab mengurus pentadbiran negara.
sumber: Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan