Ahad, 1 Mei 2011

Sumpah Shazryl tidak kena

Petikan dari Sinar Harian

SHAH ALAM - Seseorang yang menuduh individu lain melakukan perbuatan zina layak mendapatkan empat saksi adil, tidak fasiq dan tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk, tetapi tidak layak melakukan sumpah laknat.
Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahib berkata, hukum fekah menjelaskan sekiranya ingin menuduh seseorang melakukan perbuatan terkutuk, individu itu perlu membawa empat saksi tidak termasuk dirinya.

Menurutnya, sekiranya gagal membawa bukti dan saksi, individu terbabit tidak layak membuat tuduhan.

Beliau berkata, sekiranya tidak layak, individu itu wajib dikenakan hukum qazaf, hukuman kepada orang yang menuduh orang berzina tanpa empat saksi di mana dalam Islam dikenakan 80 kali sebatan.

"Laknat Allah ini tidak boleh dipermainkan, kalau tidak berlaku (perbuatan) jangan menuduh, nanti sumpah memakan diri. Apa disiarkan di televisyen semalam (merujuk kes Datuk Shazryl Eskay bersumpah laknat), langsung tidak kena kerana itu bukan disyariatkan Islam.

"Segala apa dilakukan (sumpah laknat), bukan selesai begitu sahaja dan bukan bermakna kita sudah cuci tangan, tetapi kita di-pertanggungjawabkan mulai saat kita melakukan perbuatan itu sehingga kita bertemu Allah," katanya.

Abdul Wahid berkata, sumpah laknat atau sumpah mubahalah ini berat malah ianya perlu dihadiri kedua-dua pihak (yang menuduh dan dituduh).


Sumpah hak Anwar

SHAH ALAM - Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya berkata, keputusan sama ada ingin bersumpah atau sebaliknya terpulang kepada Anwar.

"(Datuk Shazryl) Eskay (Abdullah) tidak patut bersumpah kerana yang tertuduh (Anwar) perlu bersumpah menafikan tuduhan bersifat jahat itu.

"Jika Anwar mengangkat sumpah, memadai hanya dengan lafaz wallahi, tuduhan itu palsu," katanya.

Menurutnya, pendakwa perlu membawa bukti tuduhan, manakala tertuduh bersumpah jika ingin me-nafikannya.

Beliau berkata, mahkamah perlu bertindak secara proaktif dengan memutuskan isu ini segera bagi menutup aib umat Islam.

"Saya berharap isu ini diselesaikan segera kerana memalukan umat Islam," katanya.

Dr Juanda turut mengulas individu membuat tuduhan zina tanpa empat saksi layak dikenakan tuduhan qazaf.

Pendakwah bebas, Md Daud Che Ngah berkata, berdasarkan al-Quran sumpah laknat hanya boleh dila-kukan suami isteri sahaja.

"Sumpah laknat dilakukan kerana suami membuat tuduhan zina dan isteri perlu bersumpah untuk menolak tuduhan terbabit.

"Dalam isu sumpah laknat Shazryl semalam, langsung tiada kena mengena kerana apa yang dilakukannya adalah pembohongan bersifat fitnah dalam masjid," katanya.

Md Daud berkata, Shazryl sepatutnya membawa kes itu ke Mahkamah Syariah mengikut proses perundangan sedia ada.

"Ini kerana orang yang mengangkat sumpah sepatutnya bebas dosa," katanya.

sumber : Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top