Sabtu, 21 Mei 2011

Kebebasan media hanya untuk pemerintah

KEBEBASAN akhbar yang sebenar tidak ada di negara ini kerana terlalu banyak undang-undang yang mengekang elemen kebebasan itu dari hidup subur, dakwa bekas wartawan veteran, Said Zahari.
Beliau diminta  mengulas mengenai sambutan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia yang diraikan pada 3 Mei lalu.Katanya, selagi mana akta-akta seperti OSA, ISA, Akta Hasutan, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak masih wujud kebebasan tidak akan dapat direalisasikan sampai bila-bila pun, melainkan ia menguntungkan pihak kerajaan dan sekutunya.



"Malah saya lihat akhbar di Malaysia selama ini tidak pernah membincangkan tentang kebebasan akhbar ditambah pula dengan isu kebebasan persuratkhabaran ini tidak banyak diperkatakan orang.
"Kita dapat lihat ramai yang berpendapat wujud atau tidak kebebasan akhbar tidak memberikan kesan kepada negara ini," ujarnya kesal.
Mengulas lanjut mengenai kebebasan sebenar, penerima tokoh Anugerah Kewartawanan itu berkata ianya banyak bergantung kepada sejauh mana kebebasan wartawan boleh menulis tanpa sebarang sekatan dan halangan.

sumber: Detikdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top