Selasa, 23 November 2010

Azmin Ali bakal Timbalan Presiden PKR

KUALA LUMPUR: Azmin Ali bakal menjadi Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) manakala anak sulung Presiden dan Penasihat parti, Nurul Izzah Anwar, hampir pasti mengisi salah satu daripada empat jawatan Naib Presiden. 

Menurut pegawai parti itu, keputusan tidak rasmi selepas pengundian berakhir semalam menunjukkan Azmin meraih bilangan undian yang cukup besar untuk jawatan nombor dua dengan mengenepikan Naib Presiden, Mustaffa Kamil Ayub.


Pegawai berkenaan, bagaimanapun, enggan mendedahkan jumlah undi yang diperolehi oleh calon kerana keputusan rasmi akan hanya diumumkan pada hari terakhir Kongres Nasional Tahunan PKR di Petaling Jaya, Ahad ini.
Seorang lagi calon Timbalan Presiden, Datuk Zaid Ibrahim, telah menarik diri daripada pertandingan dan Jumaat lepas telah mengumumkan beliau keluar parti mulai 16 Disember ini. 

Namun Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, ketika dihubungi berkata biro politik parti itu telah mengadakan mesyuarat malam tadi dan mengambil keputusan untuk menerima pengunduran Zaid dengan serta-merta.


petikan dari Berita Harian Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top