Isnin, 8 November 2010

Selepas pemilihan 1/3 cabang, Azmin kekal di depan.

Selepas satu pertiga daripada lebih 200 cabang PKR melangsungkan pemilihannya, calon timbalan presiden Azmin Ali terus mengungguli jawatan nombor dua dalam parti itu.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi daripada 84 cabang (78 setakat semalam dan enam hari ini) yang diperoleh setakat ini, Azmin - kini naib presiden - di depan dengan majoriti 2,247 undi.


Azmin secara keseluruhan mendapat 5,987 undi, Zaid mendapat 3,740 manakala Mustaffa pula mendapat 1,211 undi.

Bagaimanapun, setakat jam 9 malam, keputusan daripada tiga cabang lagi - Pensiangan, Tuaran dan Tenom - belum diperoleh.

Walaupun tempat-tempat tersebut dikatakan mempunya jumlah pengundi yang ramai, Malaysiakini difahamkan peratusannya keluar mengundi masih rendah, justeru tidak akan mengubah kedudukan sedia ada.

Semalam, Azmin di depan dengan dengan majoriti 1,619 undi. Beliau mendapat keseluruhan 5,027 undi diekori Zaid dengan 3,408 dan Mustaffa pula 1,197 undi. 

Ini bermakna, walaupun Sabah dianggap banyak pihak sebagai kubu kuat Zaid, Azmin membuktikan berjaya memperoleh peningkatan majoriti sebanyak 628 undi. 

Bagaimanapun, dalam kehangatan pemilihan berdasarkan konsep '1 anggota 1 undi' ini, makin banyak muncul dakwaan salah laku dalam proses pemilihan ini. Kesemuanya dinafikan PKR.

PKR dijadual mengumumkan keputusan rasmi pemilihan untuk minggu ini dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu tengah hari esok.

Berikut keputusan mengikut cabang:

Tawau Azmin (553), Zaid (4), Mustaffa (0)

Sepanggar Azmin (114), Zaid (49), Mustaffa (10)

Sipitang Azmin (83), Zaid (65), Mustaffa (1)

Putatan Azmin (28), Zaid (112), Mustaffa (2)

Beluran Azmin (9), Zaid (37), Mustaffa (0)

Kota Marudu Azmin (173), Zaid (65), Mustaffa (2)


sumber : Kembara Jr@Blogspot

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top