Ahad, 31 Oktober 2010

UMNO Peralat Agama, Fakta Bukan Fitnah


Partii Islam Semalaysia Pas, menegaskan memang umno peralatkan agama dan peralatkan orang agama. Ia bukan merupakan fitnah, tetapi kenyataan. Mereka gunakan isu agama apabila penduduknya kuat berpegang dengan agama seperti di Galas. Ustaz-ustaz umno  disuruh berkempen untuk menghalalkan apa yang umno buat. Merekalah orang yang mencari dalil untuk menghalalkan arak, judi dan program maksiat yang ditaja oleh kerajaan umno BN.
Ketika Datin Rosmah Mansur menjadi penaung kepada Festival Fesyen Islam di Monte Carlo Monarco pada 9 Ogos 2010. Orang agama di dalam Umno membisu, seolah-olah mulut penuh dengan sagon, tidak berani tegur. Mana suara ustaz umno apabila  kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).  Banyak lagi bukti orang agama di dalam umno hanya menjadi tukang baca doa dan marhaban sahaja tidak lebih daripada itu.
Pas mencabar umno berikan bukti, peranan orang agama di dalam umno berkesan untuk mempertahankan Islam dan menentang kemungkaran. Orang agama di dalam umno hanyalah membesarkan tembolok sahaja. Mereka hanya mencari hujah untuk melawan dengan Pas. Hujah mereka mengenai orang bukan Islam tidak booleh masuk masjid, ditolak dnegan keputusan Majlis Fatwa kebangsaan sendiri yang mengharuskan orang bukan Islam masuk ke dalam masjid.  Hujah berkenaan dengan sumber judi telah makan diri sendiri. Rakyat mula berkata, umno haram duit judi, tetapi halalkan lesen judi. Ke manakah pergi orang-orang agama di dalam umno yang berkelulusan tinggi, antaranya ialah Dr Hamid Osman, Dr Abdullah Mohd Zin, Dr Yusuf Nor, Ustaz Zainal Abidin Abd Kadir, Datuk Dasuki Haji Ahmad, Ustaz Fadhil Hanafi, Dr Amran Kasimin. Persoalannya di manakah suara mereka sekarang. Perkasakan Islam di dalam umno. Kenapakah isteri Presiden Umno tidak bertudung mereka membisu. Persoalannya tenangkah jiwa orang agama di dalam umno  yang bergelomang dengan parti yang menyuburkan maksiat.  Ilmu yang mereka belajar bertentangan dengan parti yang  mereka sertai. Pas menyeru supaya orang agama tinggalkan  sahaja umno, sertailah Pas. Habiskanlah sisa umur yang masih berbaki untuk Islam. Tidak ada makna kemewahan dunia, tetapi hati tidak tenang.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Isnin, 25 Oktober 2010

Jom Kenali Naib Ketua PKR Cabang Lenggong Siri 4

SUARA BARU POLITIK BARU
Gambar Saudara ID Azalan bersama calon Timbalan Presiden,
YB Saudara Azmin Ali.

Sebuah buku yang sangat menarik yang Yob pernah baca telah ditulis oleh John Fiske, menceritakan kisah Walliam Peen yang juga merupakan seorang sangat terkenal dengan Penyatuan Amerika. Dia percaya penyatuan ini pasti berlaku, beliau merangka pelan ke arah penyatuan Amerika dan pembentukkan Kesatuan Eropah (EAU) dicadangkan 300 tahun lebih awal, walaupun berusia 70 tahun. William Peen boleh hidup senang dan mewah kerana ramai kenalan terdiri daripada orang kenamaan dan kerabat diraja. 

Beliau berhijrah ke Amerika untuk membentuk keadilan dan kebebasan. King Charles I telah berhutang sebanyak $80,000 dan memberi sekeping tanah yang terletak di bandar Phildelphia, Pennsylvania. Beliau telah membayar pampasan kepada peneroka, walhal tanahnya adalah anugerah daripada raja. Beliau juga telah membayar pampasan kepada kaum Red Indian. William Peen percaya dengan suara kebebasan dan keadilan. Beliau telah membina koloni Amerika yang bebas bersuara dalam menyebar dan memberi peluang pendidikan untuk semua orang. William Peen bekerja keras bagi mendapatkan kebebasan sejagat. Idea ini diguna pakai sepanjang sejarah peradaban manusia hari ini.

Pengajaran yang boleh kita ambil daripada cerita ini ialah apa sahaja yang kita hajati dalam perjuangan ini, kita kena percaya dengan mendalam bahawa kita boleh merealisasikan idea kita. Kita boleh membentuk kebebasan serta peluang untuk semua orang tanpa mengira kaum dan budaya. Cara yang paling mulia adalah menyatukan semua rakyat, bukan memisahkan mereka. Apabila semua bersatu barulah terdapat kebebasan, keadilan, persamaan hak serta kemewahan untuk semua. Tetapi hari ini ramai pemimpin yang membolot semua hasil bumi dan menipu rakyat supaya dapat mengumpul kekayaan sendiri. Hasil bumi seperti kayu balak, pasir sungai, batu kapur, lombong dan sebagainya dikaut masuk ke kocek sendiri secara putar belit hinggakan rakyat tidak sedar.

Allah berfirman dalam Surah Al Takathur (102 - 1-3), 'Nafsu bermegah-megah telah melalaikan kamu sehinggalah kamu masuk ke dalam kubur. Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui akibat perbuatan kamu menurut hawa nafsu itu.'

Pada hakikatnya, Yob bukan mencari kekayaan dengan menyertai PKR kerana kekayaan sudah dinikmati. Kejayaan di dalam hidup juga sudah dikecapi di samping pengaruh dan kuasa melalui perniagaan. Populariti dan kemasyhuran tidak perlu kita kejar cuma yang Yob idamkan adalah dapat membantu orang lain supaya berjaya dalam hidup dan itulah kepuasan hakiki dan ini merupakan perjuangan yang masih belum selesai.

Akhir sekali, bagi mencapai matlamat Suara Baru Politik Baru, marilah kita semua rapatkan saf barisan serta diiringi dengan doa tanpa henti. Jangan sesekali pasrah sebelum berdoa dan diiringi kepercayaan yang mendalam. Sama-sama kita berjuang dengan penuh iltizam serta tegakkan amalan demokrasi. Hasrat ini akan tercapai sekiranya suadara semua bersama-sama PKR Lenggong dalam membentuk gagasan baru, politik baru dan mempunyai suara baru.

Sekian. Salam Reformasi.

Hasil Nukilan,
ID Azalan Shah bin Banyamin,
Naib Ketua PKR Cabang Lenggong.


Ahad, 24 Oktober 2010

Jom Kenali Naib Ketua PKR Cabang Lenggong Siri 3

SUARA BARU POLITIK BARU
Gambar menunjukkan Saudara ID Azalan sedang menunaikan
umrah di tanah suci buat kali kedua.

Berkat kesabaran dan kesungguhan di dalam perniagaan telah membolehkan Yob melawati banyak negara di dunia ini antaranya Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan, Japan, Australia, Timur Tengah, China, Perancis, England, Belanda dan Belgium serta beberapa negara di rantau Asia Tenggara. Bak kata pepatah, jauh perjalanan, banyak pengalaman dan luas pemandangan. Di Paris Yob boleh lihat bangunan yang tersergam indah yang menjadi sejarah pada hari ini yang telah terbina sejak kurun ke-14 lagi. Yob tidak boleh bayangkan penduduk Tanah Melayu pada waktu itu, tetapi sudah lebih 50 tahun kita merdeka, pemimpin silih berganti namun yang menggelikan hati ialah apabila melihat keadaan pekan Lenggong yang tidak banyak berubah sampailah sekarang. Seperti negara maju di Eropah, kebajikan rakyat merupakan agenda utama. Mereka telah mendahului kita sejak berabad-abad lamanya dalam pelbagai bidang. 

Ramai kawan di Lenggong, Perak yang masih mengenali Yob dan mereka kenal atuk Yob iaitu, 'Pak Ngah Hashim' yang juga 'Guru Silat Kuntau Jawa', kami semua berlatih di tepi sungai bawah pokok buluh. Atuk dahulu memang orang kuat PAS di kampung. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Semasa Yob bersama Gerakan Pemuda UMNO Pulai, banyak ilmu politik yang Yob pelajari selama dua penggal bergiat aktif. Begitu juga ketika berada bersama Kesatuan Sekerja CEUPEC, pernah berjuang menuntut kenaikan gaji dan kebajikan pekerja di Malaysia. Juga pernah menyertai beberapa NGO, PEMADAM dan Pengerusi PIBG Sekolah.

Alhamdulillah apabila ramai yang mengajak Yob balik ke tempat asal, untuk mencurah bakti, peluang ini Yob tidak sia-siakan dan Yob sambutnya dengan rasa rendah diri. Satu cabaran bagi Yob serta amanah yang sangat besar. Rasanya bila sudah berada di pentas politik di Lenggong, ibarat sirih pulang ke ganggang, barulah buku bertemu ruas.

Semasa dalam bulan Syawal yang sudah, PKR telah mengadakan pemilihan di peringkat cabang. Rakyat Lenggong telah diperkenalkan dengan proses pemilihan pucuk pimpinan bercorak baru. Cara pemilihan yang sangat adil dan demokrasi sebenar. Yob telah menawarkan diri bertanding jawatan Naib Ketua PKR Cabang Lenggong dan telah dipilih memegang jawatan tersebut. Diucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas sokongan yang diberikan itu.  Segala sokongan dan kepercayaan yang diberikan hanya Allah jua yang membalasnya. Mari sama-sama kita buktikan misi kita untuk rakyat Lenggong dengan 'suara baru politik baru' akan terlaksana. Rakyat diberi kuasa secara mutlak untuk memilih pucuk pimpinan melalui satu undi untuk seorang. PKR merupakan sebuah parti yang mempunyai masa depan dan menarik minat rakyat pada masa akan datang.

Hasil Nukilan,
ID Azalan Shah bin Banyamin,
Naib Ketua PKR Cabang Lenggong.



Khamis, 21 Oktober 2010

Jom Kenali Naib Ketua PKR Cabang Lenggong Siri 2

Suara Baru, Politik Baru
Gambar menunjukkan Yob dan rakan-rakan bercuti
di Belanda.
Bapa saya hanya bekerja kampung, manakala emak suri rumah sepenuh masa. Orang kampung sangat mengenali mereka dengan panggilan Namin dan Mak Saba. Kami adik beradik memang dididik supaya berdikari, tahan cabaran, tidak mudah mengalah, hormat menghormati antara satu sama lain, lebih-lebih lagi kepada orang yang lebih tua, serta jujur. Inilah tunjuk ajar dan panduan daripada mereka berdua sampai hari ini. 

Yob mempunyai seorang isteri yang menjalankan perniagaan di Kuala Kangsar, nama gelarannya, Kak Long atau nama sebenarnya Sharifah Hazlina. Hasil perkongsiaan hidup bersama Kak Long kami telah mempunyai 5 orang cahaya mata, iaitu seorang lelaki dan 4 orang perempuan. Apa yang menarik, hampir seluruh penduduk Lenggong mengenali keluarga Yob ini.

Semasa di tingkatan enam di SMSIS II, Grik, Yob telah dilantik menjadi Pengerusi Persatuan Tingkatan Enam, setiausahanya ialah Ahli Parlimen Lenggong sekarang ini. Yob juga berpengalaman mengerakkan Kesatuan Sekerja CUEPECS,beberapa pertubuhan NGO dan PEMADAM. Oleh kerana minat yang mendalam dengan  pentas politik saya telah berkecimpung dengan Gerakan Pemuda Bahagian Pulai dan Biro Anti Dadah Pemuda Malaysia. Setelah lama menceburi arena politik yang dikatakan memperjuangkan Melayu ini hanyalah retorik semata-mata banyak lagi agenda yang perlu kita perjuangkan melalui saluran parti pelbagai kaum adalah pilihan yang paling ideal di hati rakyat ketika ini.  Walaupun usia masih muda tetapi asam garam politik telah lamaYob lalui. Segala gerak tari politik ini telah mendewasakan dan mematangkan yob sebelum usia. 

Bagi diri Yob strategi bisnes mesti kita laksanakan.Sebagai usahawan Bumiputera yang berdikari tanpa mengharapkan bantuan dari mana-mana pihak.sikap percaya kepada diri sendiri amat penting dan inilah kunci paling utama kejayaan dan menjadi kerjaya paling penting. Minat berniaga dalam diri Yob telah bermula sejak dari kecil lagi. Apabila Yob mencebur diri di dalam perniagaan barulah kita mempunyai dana untuk membantu orang yang susah,bukankah 9/10 rezeki kita dalam bidang perniagaan? Kebanyakkan rakan-rakan bisnes telah meninggalkan kerjaya 'makan gaji' untuk mencebur diri dalam bidang usahawan sepenuh masa.Ketika rencana ini di tulis ramai rakan Yob berada di Switzerland tengah makan angin. 

Hasil Nukilan,
Naib Ketua PKR Cabang Lenggong

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top