Isnin, 25 Oktober 2010

Jom Kenali Naib Ketua PKR Cabang Lenggong Siri 4

SUARA BARU POLITIK BARU
Gambar Saudara ID Azalan bersama calon Timbalan Presiden,
YB Saudara Azmin Ali.

Sebuah buku yang sangat menarik yang Yob pernah baca telah ditulis oleh John Fiske, menceritakan kisah Walliam Peen yang juga merupakan seorang sangat terkenal dengan Penyatuan Amerika. Dia percaya penyatuan ini pasti berlaku, beliau merangka pelan ke arah penyatuan Amerika dan pembentukkan Kesatuan Eropah (EAU) dicadangkan 300 tahun lebih awal, walaupun berusia 70 tahun. William Peen boleh hidup senang dan mewah kerana ramai kenalan terdiri daripada orang kenamaan dan kerabat diraja. 

Beliau berhijrah ke Amerika untuk membentuk keadilan dan kebebasan. King Charles I telah berhutang sebanyak $80,000 dan memberi sekeping tanah yang terletak di bandar Phildelphia, Pennsylvania. Beliau telah membayar pampasan kepada peneroka, walhal tanahnya adalah anugerah daripada raja. Beliau juga telah membayar pampasan kepada kaum Red Indian. William Peen percaya dengan suara kebebasan dan keadilan. Beliau telah membina koloni Amerika yang bebas bersuara dalam menyebar dan memberi peluang pendidikan untuk semua orang. William Peen bekerja keras bagi mendapatkan kebebasan sejagat. Idea ini diguna pakai sepanjang sejarah peradaban manusia hari ini.

Pengajaran yang boleh kita ambil daripada cerita ini ialah apa sahaja yang kita hajati dalam perjuangan ini, kita kena percaya dengan mendalam bahawa kita boleh merealisasikan idea kita. Kita boleh membentuk kebebasan serta peluang untuk semua orang tanpa mengira kaum dan budaya. Cara yang paling mulia adalah menyatukan semua rakyat, bukan memisahkan mereka. Apabila semua bersatu barulah terdapat kebebasan, keadilan, persamaan hak serta kemewahan untuk semua. Tetapi hari ini ramai pemimpin yang membolot semua hasil bumi dan menipu rakyat supaya dapat mengumpul kekayaan sendiri. Hasil bumi seperti kayu balak, pasir sungai, batu kapur, lombong dan sebagainya dikaut masuk ke kocek sendiri secara putar belit hinggakan rakyat tidak sedar.

Allah berfirman dalam Surah Al Takathur (102 - 1-3), 'Nafsu bermegah-megah telah melalaikan kamu sehinggalah kamu masuk ke dalam kubur. Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui akibat perbuatan kamu menurut hawa nafsu itu.'

Pada hakikatnya, Yob bukan mencari kekayaan dengan menyertai PKR kerana kekayaan sudah dinikmati. Kejayaan di dalam hidup juga sudah dikecapi di samping pengaruh dan kuasa melalui perniagaan. Populariti dan kemasyhuran tidak perlu kita kejar cuma yang Yob idamkan adalah dapat membantu orang lain supaya berjaya dalam hidup dan itulah kepuasan hakiki dan ini merupakan perjuangan yang masih belum selesai.

Akhir sekali, bagi mencapai matlamat Suara Baru Politik Baru, marilah kita semua rapatkan saf barisan serta diiringi dengan doa tanpa henti. Jangan sesekali pasrah sebelum berdoa dan diiringi kepercayaan yang mendalam. Sama-sama kita berjuang dengan penuh iltizam serta tegakkan amalan demokrasi. Hasrat ini akan tercapai sekiranya suadara semua bersama-sama PKR Lenggong dalam membentuk gagasan baru, politik baru dan mempunyai suara baru.

Sekian. Salam Reformasi.

Hasil Nukilan,
ID Azalan Shah bin Banyamin,
Naib Ketua PKR Cabang Lenggong.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top