Ahad, 24 Oktober 2010

Jom Kenali Naib Ketua PKR Cabang Lenggong Siri 3

SUARA BARU POLITIK BARU
Gambar menunjukkan Saudara ID Azalan sedang menunaikan
umrah di tanah suci buat kali kedua.

Berkat kesabaran dan kesungguhan di dalam perniagaan telah membolehkan Yob melawati banyak negara di dunia ini antaranya Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan, Japan, Australia, Timur Tengah, China, Perancis, England, Belanda dan Belgium serta beberapa negara di rantau Asia Tenggara. Bak kata pepatah, jauh perjalanan, banyak pengalaman dan luas pemandangan. Di Paris Yob boleh lihat bangunan yang tersergam indah yang menjadi sejarah pada hari ini yang telah terbina sejak kurun ke-14 lagi. Yob tidak boleh bayangkan penduduk Tanah Melayu pada waktu itu, tetapi sudah lebih 50 tahun kita merdeka, pemimpin silih berganti namun yang menggelikan hati ialah apabila melihat keadaan pekan Lenggong yang tidak banyak berubah sampailah sekarang. Seperti negara maju di Eropah, kebajikan rakyat merupakan agenda utama. Mereka telah mendahului kita sejak berabad-abad lamanya dalam pelbagai bidang. 

Ramai kawan di Lenggong, Perak yang masih mengenali Yob dan mereka kenal atuk Yob iaitu, 'Pak Ngah Hashim' yang juga 'Guru Silat Kuntau Jawa', kami semua berlatih di tepi sungai bawah pokok buluh. Atuk dahulu memang orang kuat PAS di kampung. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Semasa Yob bersama Gerakan Pemuda UMNO Pulai, banyak ilmu politik yang Yob pelajari selama dua penggal bergiat aktif. Begitu juga ketika berada bersama Kesatuan Sekerja CEUPEC, pernah berjuang menuntut kenaikan gaji dan kebajikan pekerja di Malaysia. Juga pernah menyertai beberapa NGO, PEMADAM dan Pengerusi PIBG Sekolah.

Alhamdulillah apabila ramai yang mengajak Yob balik ke tempat asal, untuk mencurah bakti, peluang ini Yob tidak sia-siakan dan Yob sambutnya dengan rasa rendah diri. Satu cabaran bagi Yob serta amanah yang sangat besar. Rasanya bila sudah berada di pentas politik di Lenggong, ibarat sirih pulang ke ganggang, barulah buku bertemu ruas.

Semasa dalam bulan Syawal yang sudah, PKR telah mengadakan pemilihan di peringkat cabang. Rakyat Lenggong telah diperkenalkan dengan proses pemilihan pucuk pimpinan bercorak baru. Cara pemilihan yang sangat adil dan demokrasi sebenar. Yob telah menawarkan diri bertanding jawatan Naib Ketua PKR Cabang Lenggong dan telah dipilih memegang jawatan tersebut. Diucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas sokongan yang diberikan itu.  Segala sokongan dan kepercayaan yang diberikan hanya Allah jua yang membalasnya. Mari sama-sama kita buktikan misi kita untuk rakyat Lenggong dengan 'suara baru politik baru' akan terlaksana. Rakyat diberi kuasa secara mutlak untuk memilih pucuk pimpinan melalui satu undi untuk seorang. PKR merupakan sebuah parti yang mempunyai masa depan dan menarik minat rakyat pada masa akan datang.

Hasil Nukilan,
ID Azalan Shah bin Banyamin,
Naib Ketua PKR Cabang Lenggong.



2 ulasan:

  1. Salam,selamat sajatera perak adalah negeri ku,perubahan akan berlaku keyakinan ku itu pasti.

    Kalau dapat di letakan gambar semasa di luar negeri untuk tatapan pembaca yang tidak pernah keluar negeri spt.kami

    BalasPadam
  2. salam, terima kasih Aku Dan Teksi. Sokongan anda begitu berharga buat kami. InsyaAllah saya akan paparkan lebih banyak gambar2 semasa di luar negara...bukan untuk bermegah cuma sebagai usaha menggalakkan orang kita berniaga.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top