Selasa, 3 Mei 2011

Obama dakwa Osama meninggal dunia

Gambar diambil dari mStar Online

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 2 Mei: Pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden meninggal dunia, kata
Presiden Barack Obama.

Al-Jazeera melaporkan, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berkata, Osama yang
menjadi buruan amat dikehendaki Amerika terkorban dalam operasi tentera negara itu
di Pakistan, malam tadi.

Stesen televisyen satelit itu juga melaporkan rakyat Amerika berpesta di hadapan
Rumah Putih menyambut pengumuman Obama berhubung perkara itu.

Sementara itu, wakil stesen al-Jazeera di Pakistan melaporkan ada di kalangan rakyat
negara itu yang menganggap berita kematian Osama sebagai khabar angin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top