Azamin Amin | 28 April 2014.
Dipin Abu Bakar bukanlah sosok yang mahu ditonjolkan. Namun luahannya sebagai wakil Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Persekutuan (JKKP) di kampung itu, sesuatu yang mengejutkan.
"Sebelum pilihan raya umum-13, kerajaan BN berjanji kampung tradisi ini akan dikekalkan tetapi sebaik sahaja selesai, mereka halau kami.
"Sedangkan kami mengundi BN...sudah lebih 30 tahun kami duduk di sini," katanya dalam bahasa pekat yang adakalanya sukar difahami.
Beliau menukilkan perasaan sambil menunjukkan kad sebagai ahli Gerakan, kompenen BN sewaktu Harakah berkunjung ke Kampung Muhibbah, kampung atas air di Batu 2, Sandakan,Sabah tahun lalu.
Sedang menyelusuri kampung yang rata-ratanya memacak bendera BN, kami disapa oleh Simon bin Loo dan isterinya, berketurunan Kadazan dengan nada resah, kerana diarah berpindah.
"Kami bagai kerbau dicucuk hidung..bah!
"Kami tak ada duit..disuruh bayar deposit untuk duduk rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan bayar sewa sampai mati...tak boleh milik rumah, " kata isterinya yang mengasuh enam orang anak, hasil bersama Simon.
Tanah kediaman mereka akan dibangunkan sebagai sebuah kawasan komersial yang memberi pulangan kepada kerajaan BN Sabah.
Mengamati perkampungan itu, sukar dibayangkan setelah 50 tahun Sabah menyertai Malaysia pada 16 September 1963, kehidupan mereka sungguh menghayat. Bukan kemiskinan biasa tetapi tegar!
Air tidak bersih, sekadar menadah hujan dan nyalaan lampu bergantung jentera generator adalah penyambung hayat perkampungan yang didiami lebih 2,000 penduduk.
Sebuah rumah layaknya seperti reban ayam, didiami adakalanya sehingga 10 orang termasuk anak menantu cucu dan dipisahkan dengan sebuah bilik bertirai sehelai kain nipis.
Bukan itu sahaja, paling memeranjatkan lebih 3,000 kanak-kanak Sandakan tidak dapat masuk sekolah. Bukan kemiskinan menjadi halangan sebaliknya karenah birokrasi kerajaan menyediakan dokumen sijil lahir yang tanpanya, sukar untuk mendapat pendidikan sempurna.
Bagi setiap kes, paling cepat diselesaikan dalam setahun. Menunggu tempoh sebegitu lama, dewasa mereka akhirnya menjadi bukan sahaj buta huruf tetapi buta warna!
Aneh, gaya penampilan, suara lantang dan 'pencak silat' ahli-ahli parlimen Sabah yang gah di Dewan Rakyat, mengelabui mata. Harta melimpah, rumah besar, kereta mewah dan melayang di awan biru ke sini sana seperti tidak menggambarkan kehidupan rakyat yang hidup di negeri bawah bayu.
Menjadi bahan jenaka ramai, seorang wanita yang tidak boleh langsung berbahasa melayu boleh dipilih menjadi wakil rakyat BN Sabah dan diletakkan harapan besar untuk menyelami susah senang penduduk yang tidak mengerti apa sepotong laras pun bahasa penjajah.
Dengan kos sara hidup tinggi dan gaji murah, sekitar RM300-RM400 sebulan bagi pekerja kilang, apa ertinya bulan dan bintang yang dijanjikan BN di sana sini.
Harakah berkesempatan ke kawasan Kampung Ulu Dusun,di diiringi dua orang guru daripada Semenanjung, 50 kilometer daripada Parlimen Kinabatangan yang mana wakil rakyatnya Dato' Bung Mokhtar mendabik dada bahawa kenaikan bahan bakar tidak memberi kesan kepada orang kampung.
Kata lancangnya hampir tepat kerana penduduk kampung di kawasannya amat daif kehidupan mereka yang sekadar berjalan kaki dan tidak mampu membeli motosikal apatah lagi kereta!
Rentetan itu, harga barang menjadi naik. Telur sebiji atau ikan seekor dikongsi ramai yang menjadi hidangan mengalas perut bagi yang tinggal jauh di pendalaman.
Guru itu kemudian menunjukkan seorang lelaki yang memakai topi berlambang dacing dan berbaju t-shirt biru.
"Mereka pakai baju BN bukan kerana mereka taksub kepada parti itu tetapi itulah satu-satu baju yang elok dan topi yang pernah dimilikinya selama hidupnya," katanya.
Pendidikan agama juga jauh ketinggalan. Sekolah agama rakyat diwujud, namun pelaksanaannya acuh tak acuh. Ada bangunan dan ramai pelajar, tiada pula guru kata guru tersebut.
"Itu belum bab nikah. Ramai yang menikah tidak ikut peraturan menyebabkan tidak ada sijil nikah dan status anak mereka diragui.
"Nak sekolah dan nak cari kerja, memang masa depan mereka susah. Bapa kerja nelayan. Ada kerja pelayan restoran hanya dengan gaji RM10 sehari," katanya memandu kereta.
Beberapa kali, tubuh kami terentak kerana jalan yang dilalui ada yang tidak berturap dan jika bertar, ada lubang dan pecah teruk berpunca daripada kualiti bahan rendah akibat rasuah, kata guru itu.
Pilu mendengar cerita, rakannya Ahmad dari utara semenanjung yang duduk bersebelahn dengan saya di belakang kereta. Mengajar jauh di pendalaman, terpaksa menaiki bot selama 8 jam untuk membeli barang keperluan seminggu sekali di pekan berdekatan.
Atas dasar kesedaran dan tanpa sebarang bayaran, mengajar orang kampung tidak kira apa 'ideologi bendera', di waktu luar sekolah supaya celik agama dan boleh mengaji Quran.
"Kemudian JKKK desak kerajaan tukarkan saya ke tempat lain, sedangkan saya juga mengajar keluarga mereka sampai tahu membaca al-Quran," katanya menggangap itu sebagai ujian dan cabaran sebagai pendidik yang mahu melihat perubahan minda masyarakat.
Bukan itu sahaja, ancaman kerajaan BN Sabah terhadap aduan dan suara lantang penduduk, dengan pelbagai teknik menakutkan sukar untuk dipatahkan yang akhirnya menyebabkan ramai yang kunci mulut dan terus dihimpit kesusahan.
Harakah tinggalkan sisi gelap kisah Sandakan yang tidak upaya dirungkai selama tiga hari kunjungan, jauh sekali mampu menyusuri denai lecak pendalaman negeri bawah bayu yang menghidangkan pelbagai cerita duka, indah khabar dari rupa.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan