Jumaat, 1 Oktober 2010

Kenyataan Richard Branson Wajar Dipandang Serius

Saya merakamkan penghargaan di atas kenyataan yang dibuat oleh Sir Richard Branson, usahawan terkemuka Britain yang menyatakan pandangan ikhlas beliau mengenai konspirasi dan fitnah ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Kenyataan Branson dalam majlis di Kuala Lumpur kelmarin tuntasnya senada dengan kenyataan-kenyataan tokoh-tokoh besar dunia seperti Sheikh Yusuf al-Qaradawi, Sheikh Taha Jabir al-Alwani, Maulana Ihsan Hendriks dan lain-lain tokoh antarabangsa yang mengecam perbicaraan berat sebelah kes konspirasi kedua ke atas Dato’ Seri Anwar. Penekanan beliau mengenai keperluan Malaysia menjadi lebih terbuka wajar dipandang serius oleh pemerintah.
Tatkala imej negara sekian lama dicemar dengan ketidakadilan, senario ini jika dibiar berterusan pastinya mengesani persepsi masyarkat dunia ke atas imej Malaysia.
Justeru, KEADILAN mengalu-alukan kenyataan Branson itu dan diharap menjadi indikator jelas buat UMNO-BN untuk melaksanakan reformasi sistem.
KEADILAN konsisten mempertahan prinsip kedaulatan undang-undang melalui sistem kehakiman yang telus dan saksama. Yang kekal dikecam adalah penyalahgunaan proses mahkamah dan memperalatkan jentera serta instrumen kerajaan untuk memfitnah sewenangnya.
DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top