Sabtu, 9 Oktober 2010

Galas: Pemuda PAS lancar jentera hari ini.

Hazayani Zakaria 
  
KUALA LUMPUR, 9 Okt: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP)  akan melancarkan
jentera pilihan raya pemuda peringkat negeri Kelantan bagi pilihan raya kecil
Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas di Markaz PAS Kawasan Gua Musang
jam 3 petang ini.
Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, seluruh pemuda negeri khususnya di
Gua Musang dikerah untuk memulakan gerak kerja setelah jentera dilancarkan
petang ini.
"Untuk peringkat kebangsaan kita dah lancar di program ijtima' minggu lepas
dan hari ini untuk peringkat negeri Kelantan sendiri," kata beliau ketika dihubungi
Harakahdaily hari ini.
Menurut beliau, seramai 5000 pemuda di seluruh negara telah dikerahkan untuk turun
membantu jentera Kelantan pada PRK kali ini.
"Kita telah sasarkan seramai 5000 pemuda akan turun bertugas mengikut syif yang
ditetapkan," katanya.
Sementara itu, Ketua DPP Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman memberitahu,
Kelantan telah menyediakan seramai 400 pemuda dari setiap kawasan
untuk bertugas.
Jumlah petugas dijangka akan meningkat dari semasa ke semasa.
"Kita telah gerakkan gelombang pertama bermula 7 Oktober lalu. Setiap gelombang
akan bertugas mengikut syif iaitu satu syif selama lima hari dan akan berterusan
sehingga ke hari membuang undi," katanya.
Majlis pelancaran petang ini akan dirasmikan oleh Timbalan Pesuruhjaya II
PAS Kelantan, Datuk Husam Musa dan akan dihadiri oleh beberapa
pimpinan DPPP.
sumber : Harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top