Rabu, 6 Oktober 2010

Ahli Umno sabotaj mesyuarat PKR dikenalpasti

Beberapa pihak luar yang sesetengah mereka didakwa mempunyai hubungan dengan BN dipercayai terbabit dalam menganggu pemilihan cabang PKR sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

NONESehubungan itu, setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution berkata beliau akan menyahut cabaran Timbalan Perdana Menteri, Tan SriMuhyiddin Yassin untuk menamakan mereka.

"Saya sahut cabarannya dan akan namakan mereka yang timbulkan masalah itu yang kami kenalpasti melalui rakaman video,” kata Saifuddin di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.

Menurut Saifuddin, antara yang dikenalpasti ialah Razak Halili yang dianggap orang luar yang menimbulkan kekecohan di pemilihan peringkat cabang Kuala langat.

"Dia pernah menjadi ahli PKR tetapi meninggalkan parti selepas kekalahan pada pemilihan a 2004. Dia mungkin menganggotai Umno, selepas itu, saya tidak tahu. Namun dia ada memohon (menyertai PKR) tetapi ditolak,” katanya.

Saifuddin juga berkata seorang lagi orang luar juga dikenalpasti menimbulkan kekacauan di mesyuarat cabang Klang yang didakwanya sebagai seorang anggota parti terbesar komponen BN. Beliau bagaimanapun tidak mahu mendedahkan identiti individu berkenaan.



sumber : Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top