Ahad, 17 Oktober 2010

Senarai Terkini Untuk Pencalonan Bagi Jawatan Tertinggi Pemilihan PKR, Hanya Wan Azizah Yang Menang Tanpa Bertanding Bagi Kerusi Presiden !!

PETALING JAYA, 17 Okt [9.37 am] - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (foto), berjaya mengekalkan jawatannya apabila tiada calon lain yang menyerahkan borang bagi mencabar kedudukannya itu selepas tempoh penghantaran borang tamat. Timbalan Setiausaha Agung PKR,Sharifah Shahidah berkata, setakat pukul 6 petang semalam Wan Azizah merupakan itu merupakan satu-satunya calon bagi jawatan itu."Secara keseluruhannya, Majlis Perwakilan Pusat (MPP) menerima 158 pencalonan, Angkatan Muda Keadilan (AMK) (76) dan Wanita (59)," katanya. Sementara itu seperti dijangkakan bagi perebutan jawatan yang paling sengit iaitu Timbalan Presiden, tiga calon utama sah bakal bertanding iaitu Naib-Naib Presiden Mohamed Azmin Ali dan Mustafa Kamil Ayub serta Pengerusi PKR wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zaid Ibrahim. Seramai 19 calon pula menawarkan diri merebut jawatan Naib Presiden termasukNurul Izzah Anwar, Abdullah Sani Abdul Hamid, Chua Tian Chang, Dr Xavier Jayakumar, Fuziah Salleh, Jonson Chong, dan N. Gobalakrishnan. 
Bagi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), penyandang iaitu Shamsul Iskandar Mohd Akin dicabar oleh Badrul Hisham Shaharin. Sementara itu, Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin berdepan dengan dua pesaing untuk memegang jawatan tersebut. Mereka terdiri daripada Animah Ferrar dan Suraya Sudin. Menurut Sharifah, keputusan tidak rasmi akan dikeluarkan sebelum pukul 6 petang ini (Ahad). Katanya, calon-calon terbabit boleh membuat sebarang bantahan dan tarik diri atas sebab-sebab disiplin pada 18-20 Oktober."Selepas itu, pihak jawatankuasa pemilihan parti akan memproses bantahan dari 21 hingga 24 Oktober ini," katanya. Tambah beliau, senarai muktamad akan dikeluarkan pada 24 Oktober ini dan proses pemilihan parti pada 29 Oktober ini. Berikut merupakan senarai terkini penerimaan pencalonan semalam.

PRESIDEN
1) Wan Azizah Wan Ismail
TIMBALAN PRESIDEN
1) Mohamed Azmin Ali
2) Mustafa Kamil Ayub
3) Zaid Ibrahim
NAIB PRESIDEN (19 CALON)
Abdullah Sani Abdul Hamid, Ansari Abdullah, Baru Bian, Chua Tian Chang, Dominique Ng Kim Ho, Dr Xavier Jayakumar, Fuziah Salleh, James Ghani, Jimmy Donald, Jonson Chong, Mansor Othman, Mohd Yahya Sahri, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff, N. Gobalakrishnan, Nurul Izzah Anwar, S. Manickavasagam, Saiman Marjuki, Sivarasa Rasiah Suresh, Kumar a/l Ramachandran Ahli Majlis Pimpinan Pusat (135 pencalonan)
KETUA AMK
1) Badrul Hisham Shaharin
2) Shamsul Iskandar Mohd Akin
TIMBALAN KETUA AMK
1) Khairul Anuar Ahmad Zainudin
2) Chang Li Kang
NAIB KETUA AMK
Abdul Yunus Jamhari, Azmizam Zaman Huri, Chan Ming Kai, Erviana Ansari, Farhash Wafa Salvador, Lee Khai Loon, Mohd Nazree Mohd Yunus, Nicholas Guntobon, Rozan Azen Mat Rasip, S. Kesavan, Sivam a/l Veeramuthu Ahli Majlis Pimpinan AMK Pusat (61 pencalonan)
KETUA WANITA
1) Animah Ferrar
2) Suraya Sudin
3) Zuraida Kamaruddin
TIMBALAN KETUA WANITA
1) Rodziah Ismail
2) Asmah Abd Kadir
NAIB KETUA WANITA (9 CALON)
Aishah Lamsah, Begum Jan, Felicia Ling, Gan Pei Nei, Haniza Talha, Noorsham Abu Samah, Rosmah Suly, Rozaini Mohd Rosli, Salma Ismail Ahli Majlis Pimpinan Wanita Pusat (45 pencalonan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top