Khamis, 7 Oktober 2010

Rahimi Osman bohong - PKR

PETALING JAYA, 7 Okt: “Kami berpendapat bahawa Rahimi Osman, bekas pembantu Anwar telah berbohong dalam laporan polisnya yang mendakwa beliau dipaksa membuat surat sumpah.
“Perkara ini akan dijelaskan oleh peguam dalam sidang akhbar tengah hari ini,” kata Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Syed Husin Ali.
PKR juga, katanya memandang berat atas percubaan beberapa orang, yang mengakui sebagai penyokonparti untuk menggagalkan sebuah sidang akhbar di Klang, semalam.
“Mereka dilaporkan sebagai bertindak kasar dan mengeluar kata-kata kesat pada masa itu.
“Hal ini tidak membantu kes fitnah kedua terhadap Anwar Ibrahim, bahkan menjejas imej parti,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, pagi ini.
Justeru, beliau ingin menegaskan bahawa PKR tidak pernah merestui, apatah lagi mengarah tindakan kumpulan itu.
Menurutnya, orang yang dikatakan memimpin kumpulan  itu bukannya Naib Presiden Parti ataupun Pembantu Khas Anwar, seperti mana dilaporkan oleh sesetengah media.
sumber : Harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top